Saturday, February 28, 2009

Nasi Bukhari Ayam




Bahan
1 ekor ayam [potong 8 dan bersihkan]
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan]
3 s/b rempah kurma + 1 s/b sos tomato [bancuhkan]
2 biji buah tomato [belah 4]
1 liter air
1/2 cawan susu cair/yogurt
1 pokok daun ketumbar [potong pendek]
4 s/b minyak sapi
garam
gula

bahan tumis
10 ulas bawang merah ]
4 ulas bawang putih ] tumbuk
3 cm halia ]
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan rempah yg dibancuhkan. Kacau rata dan biarkan sehingga wangi dan garing.
3. Masukkan air, garam dan gula. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan ayam dan buah tomato. Biarkan mendideh.
5. Masukkan nasi dan daun ketumbar.Biarkan mendideh dan kering saperti nasi biasa.
6. Bila sudah masak, gemburkan dan hidangkan bersama bawang goreng dan gulai dalca serta acar timun mentah.

8 comments:

aisyan said...

dah lama tak makan nasi bukhari, thanks

Anonymous said...

saya berkesempatan mencuba resepi nasi bukhari ayam kak liza..seronok sgt sebab menjadi dan sedap..Terima Kasih!

Anonymous said...

boleh tak masak dlm rice cooker kalau i tak ada periuk yg besar utk masak nasi k.liza? tq

Ida said...

Minta izin untuk cuba resepi nie ya Kak Liza, Thanks!

Salwa said...

terima kasih kongsi resepi. Saya nak cuba masak nanti. :)

Siti Fatimah bt Asin said...

teringin nak cuba....

Che Hamzah said...

minta izin untuk share dan letak kt blog http://ketayap2u.blogspot.com

Pak Oncu said...

tq ,, tadi gua kat n pes resepi ni ,, insyallah nak cuba petang nanti nak buek tuk berbuko poso ,,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers