Showing posts with label Awards. Show all posts
Showing posts with label Awards. Show all posts

Wednesday, August 29, 2012

Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-Berita Harian

Sempena dengan Bookfest 2012 yang dibuat oleh POPULAR Bookstore di Kuala Lumpur Convention Centre pada 18 - 26 Ogos 2012 baru-baru ini kakliza telah diundang untuk hadir majlis Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR - Berita Harian pada 25 Ogos 2012 [Sabtu] jam 2 petang d Plenary Theatre, Tingkat 3 KL Convention Centre.



Majlis berlansung dengan meriah sekali dimana semua calun-calun buku Fiksyen dan Bukan Fiksyen diperkenalkan diatas pentas majlis. Berseri-seri wajah mereka semua.

Diakhir pengumuman POPULAR telah memberikan Anugerah Penghargaan pada kakliza atas jualan melebihi 100000 Naskah buku 1 Hari 1 Resipi..

Alhamdulillah..Syukur pada Allah kerana setelah sekian lama bersusah payah kesana kesini meninggalkan keluarga untuk membuat promosi jualan dan demo masakan bersama POPULAR Bookstore jualan telah mencapai sasaran..

semoga kami akan dapat mencapai sasaran jualan sehingga 200000 naskah pula...
InsyaAllah...

Tuesday, August 28, 2012

Majlis Anugerah Berlian PTS atas Jualan Melebihi 100000 Naskah Buku 1 Hari 1 Resipi

ALHAMDULILLAH....
setelah berusaha sekian lama...
bersama PTS Media Group dan POPULAR Bookstore akhirnya berjaya mencapai sasaran 100000 naskah terjual..

jemputan ke Majlis


dengan banner majlis


bersama Puan Chairman PTS


bersama Puan Chairman PTS Puan Ainon Mohd dan
anakdanya CEO PTS Tuan Arief Hakim Sani


hadiah yang tiada ternilai


bersama orang kuat PTS dan POPULAR Bookstore



bersama orang yang sentiasa menyokong
dan pengkritik tegar..suami tercinta


Thursday, July 26, 2012

besdey

Salam...
waaaaaahh. ...
hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran kakliza..
dah makin banyak nombor ni..tapi apa ada pada nombor sekiranya ada perkara lain masih kekurangan lagi,,
kakliza tak dapat nak buat apa-apa spesel majlis kerana kalumlah bulan puasa dan anak-anak ada yang duduk berasingan..rasa macam tak cukup korum..
lagipun dah nak Raya so kakliza rancang nak raikan bersama-sama dengan mereka di kampung nanti..InsyaAllah..

waktu petang kakliza buat pangilan pada sesaorang..tiada jawapan..
tetapi tak lama selepas tu..kakliza menerima sms yang membuatkan kakliza sangat gembira...

ALHAMDULILLAH..
syukur pada Allah SWT kerana melimpahkan rezeki yang tidak diduga pada kami sekeluarga...

Monday, June 04, 2012

Cabaran Daisy Sehebat Chef 2012






minggu lepas kakliza mendapat emel jemputan Sidang Akhbar untuk Cabaran DAISY Sehebat Chef bertempat di Akademi Kulinary Chef Liza Zainol yang telah menjadi duta minyak jagung DAISY   selama 7 tahun


di sana kakliza telah berjumpa ramai chef..blogger yang link FB dengan kakliza..
dan juga pembeli buku resipi masakan kakliza..
antaranya....

chef Liza Zainol [bertopi tinggi]

 kakjee

Rozita Kader [tokey Ita delight]



hasilnya..biskut daisy

Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Guru 2012

Salam sejahtera
Hari ini hari Guru..
tak kiralah guru apa...cekgu apa..cekgu sekolah ker...cekgu ngaji Quran ker..cekgu masak ker..cekgu jahit baju ker..cekgu jahit ribon ker..atau jahit langsir ker..
semuanya memang pekerjaan yang yang sangat mulia kerana inginkan ilmu baik yang diketahui diajarkan pada muridnya...

 


kakliza ucapkan ELAMAT HARI GURU pada semua guru..cekgu 
semoga mereka sentiasa didalam keberkatan Allah SWT..



Monday, March 26, 2012

PTS dan Popular meraikan kejayaan 50,000 – 1 Hari 1 Resepi

Salam buat adik-adik sekelian..
kakliza seronok ingin berkongsikan cerita ini..

Kuala Lumpur - PTS menganugerahkan ‘Anugerah Platinum’ kepada Kedai Buku Popular di atas jualan buku 1 Hari 1 Resepi sebanyak 50 000 naskhah. Jualan sebanyak ini dicatat pada bulan November 2011 yang lalu.

Satu majlis ringkas diadakan di ibu pejabat Popular di mana pihak PTS diwakili oleh Timbalan Pemasaran PTS, En. Aizat Razak. Manakala pihak Popular diwakili oleh En. Chew Cheong Tat, selaku Merchandising Manager, English Department.

Menurut En. Chew, beliau begitu teruja dengan anugerah ini dan berharap berharap agar jualan buku ini terus menerus meningkat pada masa hadapan. Beliau memaklumkan, sasaran seterusnya yang ditetapkan oleh pihak Popular adalah sebanyak 100,000 naskah dan cuba mencipta rekod di Malaysia Book of Record bagi Jualan buku masakan tertinggi.

Menurut En. Aizat pula, penganugerahan ini sememangnya layak di berikan kepada pihak Popular hasil komitmen terbaik mereka dalam mempromosikan dan bertungkus lumus menjual buku ini. Selain itu, Chef Hanieliza turut akan dianugerahkan anugerah yang sama.

Katanya lagi, bagi menyokong pihak Popular dalam mencapai sasaran jualan mencecah 100 000 naskhah pada bulan Mei ini, PTS dan Popular mengadakan akan mengadakan satu kempen khas.

Kempen khas ini diberi nama 'Senangnya memasak bersama @ Popular'. Kempen ini akan bermula 15 April ini di semua outlet diseluruh Malaysia. Hadiah lumayan menanti para pembeli iaitu baucar membeli belah sebanyak RM1,000 beserta dengan hadiah-hadiah lain.

Bagi mereka yang berminat untuk turut serta, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Mana tahu, anda mungkin Chef Hanieliza yang seterusnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers