Showing posts with label Mee/Pasta. Show all posts
Showing posts with label Mee/Pasta. Show all posts

Wednesday, May 22, 2013

Bihun Goreng SUFI

Beberapa minggu lalu kakliza diberikan bihun produk SUFI untuk dicuba masak..
olrh kerana tugasan yang amat banyak kakliza selalu lupa nak masak bihun ini..tapi pagi tadi oleh sbb nak makanan sarapan yang mengenangkan..kakliza pun buat ini.. 

Terimakasih pada bihun SUFI yang sedap..tidak hancur dan benyai bila menggorengnya..rendam pun sekadar ambil amsa kakliza potong sayur saja..
wahhhh..senang banget donggg...Percayalaaa...



Bahan-Bahan: 
1 paket bihun SUFI [400 gram]
200 gm daging [hiris nipis] 
200 gm sawi [dipotong pendek] 
200 gm kobis [diracik] 
1 batang lobak merah [dipotong halus saperti batang mancis] 
3 sudu besar minyak masak
1 cawan air 
garam secukup rasa

bahan mesin/tumbuk 
5 biji ciliapi 
5 biji cili merah 
2 biji bawang merah 
3 ulas bawang putih 

Cara Membuat
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi. 
2. Masukan daging, garam dan air kacau rata. 
3. Masukkan kobis, lobak merahdan bihun. Kacau rata sehingga sebati. 
4. Bila nampak bihun lembut masukkan sawi. 
5. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam. 
6. Bila menghidang, taburkan hirisan racik daun bawang dan daun sup.



Thursday, August 02, 2012

FETTUCCINI GORENG PAPRIK

Bahan A

500 gm fettuccini

5 sudu besar sos tomato

5 sudu besar sos cili

3 sudu besar sos tiram

5 helai daun limau purut

1 pokok daun ketumbar [hiris kasar]

5 biji ciliapi [ketukkan]

3 ulas bawang putih [ketukkan]

1 ulas bawang merah [hiriskan]

½ cawan air

2 kiub pes tomyam

3 sudu besar minyak


Bahan B [potong kecil]

300 gm hirisan ayam

300 gm sotong

100 gm lobak merah

100 gm bunga kobis

100 gm brokoli

100 gm putik jagung

1 labu bawang besar

1 biji tomato

3 tangkai cili hijau


Cara Memasak

1. Rebuskan fettuccini dengan sedikit garam sehingga lembut dan toskan. Gaulkan dengan sedikit minyak.

2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.

3. Masukkan ayam, sotong dan pes tomyam. Kacau rata.

4. Masukkan air, lobak merah, sos tomato, sos cili dan sos tiram. Biarkan mendideh.

5. Masukkan sayuran lain dan kacau rata.

6. Bila mendideh masukkan daun limau purut dan kacau rata.

7. Tutup api dan masukkan mee dan daun ketumbar. Kacau lagi.

8. Hidangkan.

Wednesday, August 01, 2012

Bihun Singapore


Bahan-Bahan:
600 gm bihun [direndam lembut dan toskan]
200 gm daging [dihiris nipis dan rebus lembut]
200 gm sotong [dihiris kecil]
200 gm kucai [dipotong pendek]
250 gm kobis [racik halus]
1 batang carrot [disagat ]
1/2 cawan air
3 s/b minyak masak
garam secukupnya

Bahan Tumbuk
1 s/b lada hitam
1 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

bahan hiasan/tabur
1 biji telur [buat dadar dan hiriskan]
2 biji cili merah [mayang halus]

Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehinggan wangi.
2. Masukan daging dan kacau rata.
3. Bila nampak masak masukkan sotong, kobis, carrot, garam dan air. Kacau rata.
4. Masukkan bihun. Kacau rata sehingga sebati.
5. Bila nampak bihun lembut masukkan daun kucai.
6. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam.
7. Bila menghidang, taburkan hirisan telur dadar dan cili merah.

Sunday, May 27, 2012

MEE KUNGFU / MEE HONGKONG / MEE KANTONIS

atas permintaan Abg Sulong [di Facebook] yang ingin resepi..
ini kakliza buat gunakan mee..jika mahu kuetiau..hanya tukarkan mee itu...



 MEE KUNGFU / MEE HONGKONG / MEE KANTONIS

Bahan A
500 gm mee kuning
5 biji telur [ dipukul]

Bahan B
100 gm udang basah [buangkan kulit]
150 gm ayam [dihiris]
1 biji panjang fish cake [potong nipis]
3 ulas bawang putih [dicincang]
100 gm brokoli [dipotong]
100 gm bunga kobis [dipotong]
100 gm lobak merah [potong kecil dan panjang]
5 tangkai baby corn
2 sudu besar minyak masak
2 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 cawan air rebusan ayam
2 s/b sos tiram
1 s/b lada sulah 
3 s/b minyak masak
garam secukup rasa

Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng telur dan mee dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan.
2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
6. Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

Monday, January 30, 2012

Bihun Goreng Ciliapi..pedas berapi....


BIHUN GORENG CILIAPI

Bahan-Bahan:

600 gm bihun [direndamkan sehingga lembut dan toskan]
200 gm sotong [hiris nipis]
200 gm udang [buangkan kulit]
200 gm sawi [potong pendek]
200 gm kobis [racikkan]
1 batang lobak merah [hiris halus]
3 keping tahu [gorengkan dan hiriskan nipis]
½ cawan air
3 sudu besar minyak
garam

Bahan Mesin/Tumbuk
20 tangkai ciliapi
3 biji cili merah
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehinggan wangi.
2. Masukan sotong dan udang, Kacau rata.
3. Bila nampak masak masukkan garam dan air. Kacau rata.
4. Masukkan kobis, carrot, sawi dan bihun. Kacau rata sehingga sebati.
5. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam.
6. Bila menghidang, taburkan hirisan racik daun bawang dan cili merah.

Tips
Boleh gantikan sotong atau udang dengan hirisan isi ayam.

Friday, August 05, 2011

Murtabak Makaroni

Salam pagi Jumaat di bulan Ramadan mulia....

Hari ini kakliza tuliskan salah satu resepi yang pernah disiarkan dalam majalah JELITA Januari 2011 lalu.

Semoga dapat dikongsikan bersama.


MURTABAK MAKARONI

Bahan A

200 gram makaroni

6 biji telur

3 sudu besar minyak masak

Garam secukupnya

Bahan B [Cincang kasar]

5 batang sosej lada hitam atau keju

50 gram daun bawang

2 biji buah tomato

1 labu bawang besar

3 tangkai cili merah

2 tangkai cili hijau

Cara

1. Rebuskan makaroni dengan sedikit garam sehingga lembut dan toskan. Gaulkan dengan 1 sudu besar minyak masak.

2. Sosej dipotong kecil.

3. Masukkan makaroni dan semua bahan kecuali minyak dalam mangkuk besar dan gaulkan sebati.

4. Panaskan minyak dalam kuali leper tidak lekat [non-stik pan] dan masukkan bancuhan makaroni.

5. Masakkan dengan api yang perlahan sehingga adunan kelihatan agak keras.

6. Terbalikkan makaroni dengan perlahan-lahan dan biarkan sehingga masak keperangan.

7. Letakkan dalam pinggan dan hidangkan dengan sos cili dan mayonis.



Saturday, October 09, 2010

Mee Goreng



MEE GORENG

Bahan-Bahan:

500 gm mi kuning
200 gm sotong
100 gm isi ayam [hiris nipis]
100 gm kobis (dipotong)
250 gm sawi (dipotong)
2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cawan air
1 kiub ayam
2 sudu besar minyak
garam [jika perlu]

Bahan tumbuk
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah

cara
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bahan tumbuk & cili mesin hingga garing.
2. Masukkan isi ayam dan sotong. Masukkan air stok dan kacau rata.
3. Bila mendideh masukkan mee, sos tiram, kicap pekat, sawi & kobis.
4. Bila nampak dah mendideh lagi kacau rata dan tutup api. [Jangan biarkan lama2 nanti mee kembang..tak sedap.]
5. Hidangkan.

Friday, August 20, 2010

Seram Sejuk



dah lebih seminggu kita berpuasa..
suasana riang jer sebelum ni..
dengan aktibiti yang agak sibuk...


tapi tetiba lepas balik dari Pasar Tani jam 11 lebih tadi kakliza rasa macam seram sejuk semacam...
macam nak demam jerr...

nak rehat dulu...



nampaknya petang ni kakliza jamu buah-buahan dan kuetiauw goreng saja untuk berbuka..


KUETIAW GORENG

Bahan-Bahan:
500 gm kuetiaw
100 gm daging
1 ikat daun kucai dipotong 1 inci
1 cawan tauge
1 tauhu basah [goreng dan potong kecil]
2 sudu cili mesin
4 ulas bawang putih [ketuk]
2 biji telur [pukul sikit]
4 sudu besar kicap manis
2 s/b sos tomato
2 s/b air
sedikit minyak garam [jika perlu]

Cara:
1. Panas minyak dan tumiskan bawang putih hingga berbau wangi.
2. Masukkan cili mesin dan kicap.
3. Masukkan daging, tomato sos dan air. Biarkan daging lembut sbentar.
4. Maukkan tahu, telur dan kuetiaw. Biarkan telur keras separuh masak baru digaulkan rata.
5. Masukkan taugeh dan kucai. Kacau sentar dan tutup api.

pastikan jangan terlalu kering... biarkan agak basah aje

Wednesday, July 14, 2010

Mee Hailam

Bahan-Bahan:
600 gm mee kuning
100 gm isi ayam [hiris nipis]
100 gm udang
250 gm sawi hijau [potong kecil]
100 gm bunga kubis [hiris]
100 gm kobis [hiiris]
1 biji cili merah [mayang]
1 s/b lada hitam
3 s/b kicap pekat
3 s/b sos tomato
3 sudu besar minyak
1 cawan air
4 ulas bawang putih [ketuk]

bahan hias
3 batang daun sup ]
3 batang daun bawang ] potong pendek
garam [jika perlu]

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan air. Biarkan sehingga lembut.
3. Bila ayam sudah masak, masukkan udang. Kacau rata.
4. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning . Kacau rata.
5. Masukkan bahan sayuran lain. Kacau rata.
6. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup & daun bawang.


Monday, September 07, 2009

Spaghetti Bolognese



Assalamualaikum..
arini kakliza terpaksa akur pada permintaan anak no4 tu yang meminta Spaghetti Bolognese untuk berbuka puasa...
resepi boleh baca disini ....
so hasilnya..








Saturday, February 28, 2009

Mee Goreng Mamak


Bahan
500 gm mee kuning
100 gm daging ) hiris nipis
100 gm fish cake )
1 cawan taugeh
1 mangkuk sawi [potong kecil]
3 sudu cili mesin.~~ nak pedas bubuhlah lebih
1 sudu rempah kari
3 sudu kicap pekat
2 sudu minyak masak
1 labu bawang besar [cincang halus]
1 cawan putih telur
3 biji cili hijau [hiris nipis]

Cara.
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.
2. Masukkan daging dan kacau rata.
3. Masukkan fish cake. Biar sebentar.
4. Masukkan kicap dan mee. Kacau rata.
5. Masukkan taugeh dan sawi.
6. Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
7. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
8. Masakkan mee agak kering.
9. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan

Mee Kari


Bahan
1 kg mee kuning [celur dan toskan]
Taugeh [buangkan kaki/akarnya]
Bawang goreng

Bahan Hiris/potong kecil
Tahu [gorengkan]
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Limau kasturi/limau nipis

Bahan Kuah:
1/2 kg ayam...potong kecil
200 gm udang
1 paket chicken ball
1 paket fish cake [potong nipis]
2 s/b cili mesin
3 s/b rempah kari dibancuh dgn skit air asam jawa
5 cawan santan..(1 biji kelapa)
minyak
garam


Bahan mesin
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih

Cara Memasak Kuah:
1. Tumiskan bahan yang dimesin sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah..biarkan naik minyak.
2. Masukkan ayam.. fish cake..dan chicken ball dan santan..renehkan sehingga naik minyak.
3. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.

Thursday, February 26, 2009

Seafood Spaghetti

Seafood-Spagheti

SEAFOOD SPAGHETTI

Bahan

500 gm spaghetti
500 gm udang
300 gm sotong sederhana
10 keping crap stik [potong kecil]
3 s/b minyak
1 labu bawang besar [cincang kasar]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan cili sos
1 s/k oregano
1/4 cawan daun pasley [cincang]
1 biji kecil cili capsikum hijau [potong dadu]
1 biji carrot kecil [potong dadu]
500 gm tomato cincang
1/2 cawan air
1 s/b lada hitam
1 s/k gula
garam

Cara
1. Rebuskan spagheti dengan sedikit garam sehingga lembut dan toskan. Gaulkan dengan sedikit minyak.
2. Bersihkan udang dan sotong. Basuh dan toskan.
3. Panaskan minyakdan masukkan bawang besar dan bawang putih. Masak sehingga layu.
4. Masukkan tomato sos, cili sos, tomato cincang, cili kapsicum, lada hitam, air, gula dan garam. Kacau dan biarkan mendideh.
5. Masukkan udang, sotong dan crab stik dan kacau rata. [Masakkan sekejap saja untuk mengelakkan udang dan sotong liat.]
6. Masukkan daun pasrley dan oregano. Kacau rata dan tutup api. Hidangkan.

Wednesday, February 11, 2009

Mee Jawa

MeeJawa




Bahan-Bahan:

1 kg mee kuning (dicelur)
1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
300 gm tauge (buangkan kakinya)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah:
1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
3 ulas bawang putih ]
5 ulas bawang merah ]
3 batang serai ] mesin halus
Sedikit halia ]
sedikit lengkuas ]
100 gm udang kering ]
2 s/b cili kisar
3 s/b serbuk kari daging
air rebusan daging
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula

Caranya:
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili kisar hingga garing.
2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.

Tuesday, February 10, 2009

Mee Calong

Kekadang tu mmg rasa buntu nak masak nasi dan laukpauk...
so kakliza suka serve mee atau seangkatan dengannya..
lagi simple lagi kakliza suka masak..
senang kerja..tak banyak songeh...



MeeCalong

MEE CALONG [MEE FISHBALL]

Bahan
1 rangka ayam [potong kecil]
500 gm mee kuning atau bihun [celurkan]
1 pokok daun sup [hiriskan]
1 batang carrot [potong kecil]
3 pokok sawi minyak/baby sawi/kailan [potong pendek]
3 biji cili merah [hiriskan]
bawang goreng
garam
air secukupnya
2 s/b minyak
1 kiub ayam [maggi atau knor]

Bahan tumbuk/mesin
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 s/b lada hitam

Bahan Sos Kicap Pedas
15 biji ciliapi ] tumbuk halus
1 ulas bawang putih ]
2 s/b kicap cair


Bahan Calong
1/2 cawan isi ikan tenggiri atau selayang
1 s/k lada hitam tumbuk
sedikit tepung jagung
sedikit garam

Cara.
1. Isi ikan digaulkan dengan lada hitam, tepung jagung dan garam. Bulat2 bentuk kecil.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk/mesin sehingga wangi.
3. Masukkan air dan biarkan mendideh.
4. Masukkan garam, tulang ayam dan renehkan sehingga mendideh.
5. Apabila mendideh asingkan tulang2 ayam tadi dan masukkan calong.
6. Masukkan kiub ayam dan carrot dan bairkan mendideh perlahan2.
7. Masukkan sawi/kailan.
8. Bila mendideh tuangkan bahan sup keatas mee atau bihun.
9. Taburkan daun sup dan cili yg telah dihiriskan dan bawang goreng.
10. Hidangkan panas2 bersama sos kicap pedas.

Monday, February 09, 2009

Bihun Goreng


Bahan-Bahan:
600 gm bihun [rendamkan lembut dan toskan]
200 gm isi ayam [hiris nipis]
200 gm sawi [potong pendek]
250 gm kobis [racikkan]
1 batang carrot [potong halus saperti batang mancis]
3 keping tahu [gorengkan dan hiriskan nipis]
3 s/b minyak
sedikit kicap
garam
air

Bahan Mesin/Tumbuk
10 biji ciliapi
6 biji cili merah
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehinggan wangi.
2. Masukan isi ayam dan kacau rata.
3. Bila nampak masak masukkan garam dan air. Kacau rata.
4. Masukkan kobis, carrot dan bihun. Kacau rata sehingga sebati.
5. Bila nampak bihun lembut masukkan sawi.
6. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam.
7. Bila menghidang, taburkan hirisan racik daun bawang dan daun sup.

Pasta Goreng

pasta goreng

PASTA GORENG

Bahan

500 gm pasta campuran [makaroni/fussili/pasta siput - rebus sampai lembut]]
300 gm daging ayam [kisar/cincang]
1 tin cendawan butang [potong kecil/nipis]
4 biji buah tomato hijau [potong dadu]
1 biji cili capsicum merah [potong dadu]
1 biji cili capsicum hijau [potong dadu]
1 labu bawang besar [potong dadu]
1 cawan sayur campur frozen
3 sudu cili sos
1/2 cawan sos tomato
garam
gula
minyak
daun sup [racik]

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan ayam dan goreng sehingga masak.
3. cili sos, sos tomato, garam, dan gula. Kacau rata.
3. Masukkan semua sayuran. Kacau rata,
4. Rasakan garamnya dan tutup api.
5. Masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup dan hidangkan.

Friday, January 30, 2009

Kuetiaw Kerang

Kuetiauw-Kerang


KUETIAW KERANG

Bahan-Bahan:

500 gm kuetiaw
300 gm isi kerang
1 ikat daun kucai [dipotong 1 inci ]
1 cawan tauge
1 tauhu basah [goreng dan potong kecil]
2 sudu besar cili mesin
4 ulas bawang putih [ketuk]
4 sudu besar kicap manis
2 s/b sos tomato
2 s/b air
1 biji tomato [potong kecil]
sedikit minyak garam [jika perlu]

Cara:
1. Panas minyak dan tumiskan bawang putih hingga berbau wangi.
2. Masukkan cili mesin dan kicap.
3. Masukkan kerang, tomato sos dan air. Kacau rata.
4. Masukkan kuetiaw, tomato buah, tahu, taugeh dan kucai. Kacau rata dan tutup api.
5. Hidangkan dengan lada jeruk

NOTA:
pastikan jangan terlalu kering... biarkan agak basah aje ...

Thursday, January 29, 2009

Bihun Sup Utara

bihun sup utara
BIHUN SUP UTARA

Bahan A

1 paket bihun ] rendamkan beberapa jam
2 s/b kunyit ]

Bahan Kuah
500 gm daging berlemak muda [potong besar]
300 gm perut
1 bungkus rempah bunjut
2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam [tumbuk kasar]
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
garam
air secukupnya

Bahan Hiasan
daun sup dan daun bawang [ hiriskan]
lobak asin cincang
bawang goreng
cili merah [hiriskan]
limau kasturi [belah 2]

Sos Cili
Bahan

10 biji cili merah
1 bawang putih
1 s/b cuka
garam
gula dan air

Semua bahan dikisar halus dan masakkan sahingga mendideh dan pekat

Cara
1. Rebuskan bahan kuah sehingga daging betul-betul lembut.
2. Daging dan perut dihiriskan nipis.
3. Celurkan bihun supaya lembut dan toskan.
4. Masukkan bihun dan daging serta bahan hiasan dalam mangkuk dan letakkan kuah.
5. Hidangkan,

Thursday, November 27, 2008

Pasta Bakar

PASTA BAKAR


500 g pasta [makaroni/spiral/fennel]
2 s/b minyak

Bahan Inti
500 g daging cincang – boleh juga gunakan ayam fillet [potong kecil& nipis]
1 labu bawang besar [potong dadu kecil]
1 ulas bawang putih [dicincang halus]
8 biji cencawan butang [hiris nipis]
6 biji tomato [dadu kasar]
2 biji cili capsicum hijau
5 tangkai cili merah [racik kasar]
1 cawan tomato sos
1 cawan cili sos
1 s/b lada sulah
1 s/b oregano kering
3 s/b minyak
garam

Bahan Sos Putih
2 s/b butter
3 s/b tepung gandum
1 tin susu cair ]
1 tin air biasa ]
2 biji telur ] kacau rata
1 s/b lada sulah ]
125 g keju cheddar parut

Cara
1. Pasta direbus dalam air mendideh dan garam sehingga lembut. Toskan dan gaulkan dengan minyak.
2. Panaskan kuali dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
3. Masukkan daging kisar yg telah dileraikan. Kacau sehingga daging kelihatan masak.
4. Masukkan cendawan, cili merah, capsikum, cili sos dan tomato sos. Kacau rata.
5. Masukkan lada sulah dan garam. Rasakan masinnya.
6. Bila dan masak masukkan bahan inti dalam mangkuk yg berisi pasta tadi.
7. Masukkan cili capsicum dan kacau rata. Ketepikan.
8. Panaskan butter dan masukkan tepung. Kacau dengan whisker.
9. Masukkan campuran susu dan telur. Kacau supaya tidak berketul.Tutup api.
10. Masukkan keju cheddar yg telah diparutkan. Kacau rata.
11. Sapukan minyak dalam pie plate atau caserolle tahan panas. Masukkan campuran pasta dan inti.
12. Tuangkan sos putih dan dan ratakan. Taburkan oregano kering.
13. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 200'C selama 30 minit.
14. Bila dah masak sejukkan sebentar.
15. Potong dan sedap hidangkan dengan cili sos.

Nota
boleh gantikan susu cair + air dgn susu segar

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers