Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Sunday, May 25, 2014

GULAI BEREMPAH KUNYIT LENGKUAS IKAN

Bahan A
500 gram ikan tenggiri
1 paket (35g) rempah gulai cap bunga rose
2 cawan santan 
1 batang timun (dibangkan tengah dan potong kecil)
3 keping asam gelugor
10-15 biji belimbing buluh
5 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar)
5 biji cili merah
10 biji ciliapi
1 inci lengkuas
1 inci kunyit 
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara Membuat
1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan kisar dan rempah gulai sehingga naik/pecah minyak.
2. Masukkan santan dan masakkan sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan, asam gelugor, timun dan garam. Biarkan mendidih lagi dan agak pekat.
4. Masukkan belimbing buluh dan tutup api.
5. Sedia untuk dihidangkan.

TIP 
Boleh tambahkan kacang panjang jika suka

Friday, October 05, 2012

Lemak Ciliapi telur Ikan

Lemak Ciliapi Telur Ikan

Bahan-bahan
500 gram telur ikan
2 cawan santan pekat
10 biji terung telunjuk kecil
5 biji ciliapi
5 helai daun limau purut
3 batang serai [diketuk]
1 keping asam gelugor
garam secukup rasa

Bahan Dikisar halus
15 biji ciliapi
3 biji bawang merah
1 inci kunyit hidup

Cara Membuat
1. Basuh telur ikan. Potong kecil.
2.Masukkan bahan yang dikisar, telur ikan, terung, daun llimau purut, serai. asam gelugor dan garam ke dalam periuk.
3. Masakkan sehingga mendidih.
4 Masukkans antan pekat dans sentiasa kacau supaya santan tidak meruap.
5. Rasakan garamnya dan tutup api.
6. Hidangkan.


Saturday, August 04, 2012

Lemak Ciliapi Sardin

LEMAK CILIAPI SARDIN

Bahan-bahan

1 tin besar ikan sardin
3 tangkai serai [diketuk]
2 cawan santan pekat [1/2 kelapa]
1 cawan santan cair
7 biji buah belimbing buloh
garam secukup rasa

Bahan kisar:
15 biji ciliapi
3 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup

Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk.
2. Masakkan sehingga mendidih sambil sentiasa mengacau supaya tidak pecah minyak.
3. Masukkan santan pekat.
4. Kacau lagi perlahan sehingga mendidih.
5. Tutup api dan hidangkan.

Sunday, July 22, 2012


Orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan kepada Allah, akan dapat membentuk jiwa yang bersih, dapat menahan nafsu daripada melakukan sifat-sifat tercela dan sebagainya. 
Demikian juga dari sudut kesihatan. Puasa dapat merehatkan perut dan membetulkan alat penghadam, mengurangkan kegemukan serta menghilangkan lemak di badan yang boleh menjauhkan penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, lemah jantung dan sebagainya. Justeru, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Berpuasalah, nescaya kamu akan sihat”. 
Hadis ini memberi gambaran yang nyata pada diri kita akan hikmah di sebalik syariat berpuasa. Para pakar perubatan bersetuju bahawa kantung perut yang penuh disebabkan banyak makan adalah punca utama kepada bermacam-macam penyakit terutamanya kegemukan yang menyebabkan timbulnya pula penyakit lain. 
Maka puasalah satu-satunya cara yang dapat memelihara anggota badan daripada semua penyakit kerana melaluinya unsur-unsur racun dalam makanan dapat dineutralkan setelah berpadu antara satu sama lain.


TANDOORI IKAN

Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal [anggaran 500 gram]
6 ulas bawang putih
1 sudu besar jintan manis
1 sudu teh serbuk kunyit

1 sudu besar cili mesin
2 sudu besar jus lemon
1 cawan yogut asli
3 titik pewarna merah
1 sudu besar minyak   

Cara Membuat
1. Kelar kedua-dua belah ikan, lumur keseluruhan ikan dengan jus lemon, dan perap selama 10 minit.
2. Tumbuk jintan putih dan bawang putih.
3. Satukan bahan yang telah ditumbuk dengan yoghurt, serbuk kunyit, garam dan pewarna.
4. Lumur ikan dengan bahan-bahan tadi dan perap lagi selama ½ jam.
5. Bakar ikan atas dapur arang.
6. Hidangkan.


Tuesday, August 24, 2010

Acar Ikan Masin


ACAR IKAN MASIN

Bahan
300 gm isi ikan masin [talang/kurau/merah]
200 gm gula
2 inci halia [mayang halus]
100 gm kismis
100 gm lobak asin
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
10 biji bawang merah [biarkan sebiji-sebiji]
1/2 cawan cuka tiruan
1 cawan minyak untuk tumis
1 sudu besar bijan goreng untuk tabur/hiasan
garam secukupnya


Bahan Mesin

25 tangkai cili kering

5 sm halia

10 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih


Cara
1. Ikan masin dipotongkan kecil dan gorengkan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin, jintan dan serbuk kunyit sehingga wangi dan naik minyak. Kacau rata.
3. Bila naik minyak masukkan cuka dan gula.
4. Bila mendideh masukkan kismis, lobak asin dan biarkan mendideh lagi.
5. Masukkan bawang merah dan ikan masin yangg digoreng tadi.
6. Bila naik minyak boleh tutup api.

7. Taburkan bijan goring dan hidangkan.

Sunday, August 22, 2010

Ikan Masak Padang


IKAN MASAK PADANG

Bahan


4 keping ikan tenggiri atau merah [taburkan sikit garam halus]

4 cawan santan [1 biji kelapa]
3 biji tomato keras [belah 4]
1 labu bawang besar [belah4]
5 biji cili hijau
5 biji cili api merah
1 keping asam keping
5 keping daun limau purut [koyakkan]
3 s/b minyak
garam

Bahan Mesin

5 biji cili merah
7 biji ciliapi
1 inci kunyit hidup
2 batang serai [hiris halus]
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras

Cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak dan wangi.
2. Masukkan santan dan biarkan mendideh.
3. Masukkan ikan, garam dan asam keping dan biarkab reneh sehingga mendideh lagi.
4. Masukkan pula bahan sayuran dan renehkan sehingga naik minyak dan pekat.
5. Tutup api dan angkat.
6. Hidangkan dengan nasi putih atau roti.

Thursday, July 22, 2010

Ikan oh Ikannnnn

memandangkan ramai yg bekerja disini..ada yg baru kawin..yg belajar..
kak liza rasa ramai yg tak berapa kenai bagaimana rupa ikan ye...
so kak liza cuba listkan nama ikan dan gambaran mengenainya...


ikan siakap...sedap dibakar/kukus/goreng


ikan merah...gulai or sup


ikan terubuk..bakar/goreng



ikan jebong/ayam laut..bakar dengan kulit or buat kari [buangkan kulit n potong kecil]


ikan delah..kukus/bakar


ikan cencaru..bakar or gulai ciliapi pedas2



ikan selayang..goreng/bakar/kukus/singgang or pindang



ikan selar kuning..goreng/singgang/pindang


ikan gerut..bakar/gulai/kukus/




ikan senangin..kukus/pindang



ikan aya/tongkol ..bakar/singgang/gulai


ikan parang...gulai ciliapi/asam pedas/isinya dibuat bebola




ikan kerisi...goreng/sweet-sour



ikan tenggiri...gulai/kukus/goreng/bakar



ikan sebelah or sisa nabi..bakar/kukus/sweet-sour


ikan jenahak...gulai/sup/kukus/bakar
[ikan ni seakan ikan merah tapi siseknya agak cerah sikit..]




ikan kembung..goreng/bakar/kukus/gulai



ikan bawal-tambak...goreng/kukus/bakar/gulai/sweet-sour


ikan bawal puteh..kukus/sup



ikan pari..bakar/gulai...


ikan pisang
banyak tulang macam ikan terubuk/parang..sedap buat gulai ciliapi...


ikan talang
selalunya dibuat ikan masin...tapi baru2 ni kak liza bakar saje..cicah air asam..wau terangkat hidung..sedap siottt..



ikan jebung
masak gulai..bakar..goreng asam/kicap


ikan pelata
digoreng ...masak pindang/asam rebus


ikan rambai
bakar/kukus..gulai/kari..semua boleh buat...sedap..


ikan daun baharu
ikan ni bersisek halus..ada bintik polka dot kat badan..bentuk seakan macam kipas..
semua masakan boleh dibuat..



ikan yu pasir....
sedap masak kari/asam pedas masukkan daun kesum/bunga kantan



ikan aji-aji
isinya putih..sedap buat sup/asam rebus..gulai..dan bakar/kukus


ikan cupak
masakan ...bakar/gulai/kukus


ikan lolong..dikenali ikan uji rasid sbb matanya besar...
sedap bakar/goreng..
juga dibuat kuah laksa/laksam

ikan freshwater juga dikenali sebagai ikan sungai atau kolam..
kebanyakannya suka masak gulai ciliapi or goreng berlada..



ikan talapia merah...sedap di bakar..goreng berlada..lemak ciliapi


talapia hitam..sedap di bakar..goreng berlada..lemak ciliapi


ikan patin..sedap masak asam pedas tempoyak, gulai ciliapi


Ikan haruan..baik untuk orang luka pembedahan..bersalin..
Sedap buat bakar










































































LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers