Showing posts with label Buah-buahan. Show all posts
Showing posts with label Buah-buahan. Show all posts

Wednesday, June 06, 2012

Mangga Pipi Merah


semalam kakliza pergi Pasar Malam Kerteh dan nampak buah manggabewarna merah..perasaan ingin tahu dan terus bertanya....penjual memberitahu nama buah ni Mangga Pipi Merah..

oleh kerana kakliza dah beli banyak buah lain, cadangnya nak beli pada minggu depan [harap-harap ada stok lagi masa tu]
harganya RM7.00 sekilogram..murah..cuma buahnya agak besar anggaran 700-800 sebiji..


maklumat lanjut boleh rujuk http://www.mangga.info/html/



 gambar ehsan Cik Google

 sempat juga kakliza merasa [diberi rasa sebelum membeli]..buah ni bila masak akan nampak warna lebih jingga [oren lembut]..isinya warna kekuningan..texturenya halus dan rasanya manis buah gitu..

Saturday, May 19, 2012

Nangka



Nangka (Artocarpus heterophyllus ) adalah dari keluarga Moraceae dan sesuai ditanam di kawasan tropika. Ia berbuah sepanjang tahun dan isinya mempunyai kandungan zat mineral seperti kalsium, fosforus, natrium dan kalium yang agak tinggi.
Negeri pengeluar utama ialah Johor, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan. Kebanyakkan hasil yang dikeluarkan adalah untuk dimakan mentah. Pasaran buah nangka adalah sekitar negara Asia dan Hong Kong. Bagaimanapun tanaman ini mempunyai potensi untuk dipasarkan ke China, Taiwan, Jepun dan Korea.
Isi nangka yang ditinkan adalah disenarai kedua tertinggi di antara buah-buahan tropika yang ditinkan dan terdapat di pasaran United Kingdom dan Jerman. Isi nangka juga boleh dikeringkan untuk dijadikan snek yang berkhasiat.
Terdapat dua klon nangka yang disyorkan iaitu J29 dan J33 yang sesuai untuk dimakan mentah dan J31 yang sesuai untuk diproses.
Kedua-dua klon boleh dibiakkan secara pembiakan tampang iaitu melalui cantuman mata tunas. Dengan pengurusan tanaman yang baik, tanaman nangka akan mengeluarkan hasil setelah tiga tahun ditanam. Jangka masa kematangan buah adalah antara 130-140 hari dari bunga kembang.
Kejadian layu bakteria merupakan masalah utama tanaman nangka dan sehingga kini tiada langkah kawalan yang berkesan. Dengan itu, adalah disyorkan penanaman nangka diselang dengan tanaman buah-buahan lain yang lebih kekal dan tiada masalah yang sama.

Buah Nangka  

Isi nangka adalah berkanji, berfiber, dan merupakan sumber fiber makanan. Pelbagai jenis nangka dibezakan menurut ciri-ciri isi buah. Di Brazil, tiga jenis diakui. Ini adalah: jaca-dura, atau jenis "keras", yang memiliki isi keras dan buah terbesar dengan berat sekitar 15 dan 40 kilogram setiap satu; jaca-mole, atau jenis "lembut", yang memiliki buah lebih kecil, dengan isi lebih lembut dan manis; dan jaca-manteiga, atau jenis "mentega", yang memiliki buah manis, yang isinya antara jenis "keras" dan "lembut".[8] Di Malaysia jenis yang popular adalah nangka bubur dan nangka biasa.

Buah yang masak dimakan mentah atau dibuat kueh, jem, jeli, acar, dodol, pengat atau ditinkan. Isi nangka muda boleh dimasak gulai lemak, kari, kerabu atau direbus sebagai ulam.

Biji nangka boleh direbus dan dimakan atau dihancurkan menjadi tepung yang boleh dicampur dalam air untuk diminum bagi mengubat penyakit kelebihan hempedu. Bijinya juga dipanggang dan dimakan sebagai tonik kelamin.

Dari segi kandungan nutrien, nangka mengandungi karbohidrat, protein, lemak dan pelbagai jenis mineral seperti fosforus, kalium dan kalsium.

Daripada 100g ini buah nangka; lebih kurang 75 g adalah air.


  jom makan buah-buahan tempatan....

Wednesday, October 13, 2010

Jambu Batu


Jambu batu mempunyai pelbagai kegunaan, di antaranya ialah akar, kulit dan batang serta daunnya direbus dalam air yang mendidih, kemudiannya airnya itu sangat sesuai diminum bagi mengubati sakit perut dan cirit birit.
Air rebusan itu juga boleh digunakan untuk membersihkan selaput lendir proses usus yang terdapat pada bayi (prolapsysani).
Luka-luka boleh diubati dengan menggunakan daun jambu batu jika daun tersebut ditumbuk dan ditampal pada tempat luka tersebut.

Jambu batu adalah buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia ...

Buah tersebut juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.

Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan berfungsi yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia.

Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan.

Ketua Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rokiah Yusof berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu.

Menurut beliau, buah itu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.

Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.

Dr. Rokiah memberitahu, jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.

Beliau menasihatkan supaya buah jambu batu dijadikan sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan.

Katanya, bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu.

Pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya.

Jambu batu atau Psidium guajava merupakan sejenis tumbuhan perdu yang banyak caband. Tingginya dapat mencapai 12 meter, manakala daunnya berbentuk bulat telur, kasar dan kusam. Ianya juga mempunyai bunga yang berwarna putih dan buahnya berisi serta banyak biji. Tumbuhan ini banyak ditanam di ladang di dalaman rumah dan di tanah-tanah yang berbatu. Tumbuhan ini boleh sampai pada ketinggian 1200 meter di atas permukaan laut. Tumbuhan ini termasuk dalam famili atau suku Myrtaceae.

Tumbuhan ini mengandungi tanin pada daun, kulit batang dan buahnya. Ia juga mengandungi banyak lemak, damar, minyak menguap dan garam-garam mineral. Jambu batu juga mengandungi avikularin dan guaijaverin yang berkhasiat sebagai antibakteria.

Jambu batu mempunyai pelbagai kegunaan, di antaranya ialah akar, kulit dan batang serta daunnya direbus dalam air yang mendidih, kemudiannya airnya itu sangat sesuai diminum bagi mengubati sakit perut dan cirit birit. Air rebusan itu juga boleh digunakan untuk membersihkan selaput lendir proses usus yang terdapat pada bayi (prolapsysani). Luka-luka boleh diubati dengan menggunakan daun jambu batu jika daun tersebut ditumbuk dan ditampal pada tempat luka tersebut.

Monday, September 27, 2010

Acar Buah lagiiii...





menjelang posa selalunya kakliza buat jualan acar buah ni...tetapi kali ni kakliza buat lewat sikit..
hanya dekat nak raya dan bawa balik kampung di Kedah nun..


memang sedap bila ada acar ni waktu sahur.. atau makan ramai atau kenduri..
kalau kakliza dan asben bersahur ada acar buah dan telur masin..sedikit sayur salad dah cukup ..
le ni anak2 pulak mmg tak tinggal nak acar masa sahur...

teringat masa kakliza baru kawin dulu selalu Mak mertua belikan dari sedara dia untuk bagi pada kkliza..
dan juga dia bagi bekal untuk kakliza bawa p UK..hanya 250 gram saja..habis dalam 3 ari..
mana taknya kakliza dan asben makan ngan telur rebus..buat sandwich masa kami menginap kat hotel..
so lepas tu mmg niat nak belajar buat..

then selepas beberapa tahun ada seorang saudara asben kakliza supply acar kismis semasa wedding adik ipar..
apa lagi kakliza pun mintalah resepi..
tapi dia hanya bagi resepi acar kismis..yg mana kakliza kurang minat..

then kakliza try olah bahan2 tu dan campurkan dengan buah2 jeruk saperi belimbing buluh kecut..jeruk mangga..buah pala..lobak asin dan buah2 jeruk lain..
pada mulanya kakliza buat hanya untuk makan sendiri..kasi adik beradik..
tapi lama-kelamaan masing2 bertanyakan acar buah..
so kakliza pun mula memasak dan buat jualan..

selalunya mmg kakliza buat banyak kali ..setiap kali tu mencicah 10 kilogram bahan2..
bayangkan kakliza buat sensorang..mmg jenuh nak potong bahan tu..
tapi acar ni satu jer pantang ..masa masak..jangan masukkan air sikit pun..
garvy [kuah tu] adalah terhasil dari campuran cili mesin, gula dan cuka..masak ngan api yg kecil dan selalu kena kacau..
sambal [cili mesin] yg ditumiskan tu mmg kena masak lama..sampai berjam dengn api kecil untuk menjamin ketahanan acar ni supaya tidak basi walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk..
satu lagi..masak acar mmg gunakan minyak yg banyakk. ini adalah untuk menghalang kekeringan pada acar buah tu..cuma masa makan tu ceduklah buah2 dan sambal saja..minyak tu just tinggalkan dalam bekas tu supaya baki acar tu sentiasa nampak basah..

setakat ni acar kkliza mmg tahan lama..
saja kakliza biarkan kat luar dalam bekas2 yg kakliza jual tu untuk menguji ketahanannya..
percaya tak acar tu tahan sampai lebih 6 bulan..

masa kakliza baru bergiat dalam forum [tahun 2003] dan berkenalan ngan org siber..
kakliza masak acar dan packed 300 gram dan poslaju pada depa..
sampai Sabah Sarawak kakliza hantar..just free for testing..
tapi le ni..kakliza buat hanya untuk jualan kat kawasan kak liza tinggal saja..


ACAR BUAH

Bahan

500 gm buah campur [kismis hitam/kuning,prune,aprikot,mangga jeruk,kurma & lobak asin..potong kecil]
sedikit cili api jeruk [jika suka]
belimbing kecut [belimbing yg telah dijerukkan dn di jemur sampai kecut]
jeruk limau

Bahan Mesin Halus
500 gm bawang kecil
10 ulas bawang putih
10 cm halia
100 gm cili kering
3 s/b rempah kari ikan [goreng tanpa minyak]

500 gm minyak
500 gm gula pasir
1 botol kecil cuka
1/2 cawan bijan [goreng tanpa minyak]

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi,garing dan naik minyak.
2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi.
3. Masukkan semua buah campur & cili api jeruk dan masakkan lagi sehingga naik minyak dan pekat.
4. Sejukkan baru dimasukkan dalam bekas kering.
5. Bila nak hidangkan baru taburkan bijan tadi.

Thursday, September 02, 2010

Tat Buah-buahan [Fruit Tartlets]








FRUIT TARTLETS [TAT BUAH]

Bahan

125 gm butter
125 gm majerin
80 gm gula perang
1 biji kuning telur A
400 gm tepung gandum
1/2 cawan cornflakes [kisarkan]

Keju Kerim
250 gm keju kerim
50 gm butter
50 gm gula halus
[Pukul semua bahan dan masukkan dalam tat]

Buah Hiasan
buah peach
epal hijau
anggur merah
jelly apricot [to glaze] >> [boleh beli dikedai jual bahan kek]

Cara
1. Gaulkan butter, majerin dan gula sehingga sebati
2. Masukkan telur dan kacau rata
3. Masukkan tepung dan cornflake yang dikisar halus sedikit demi sedikit sehingga sebati dan lembut.
4. Ambil sedikit doh dan masukkan dalam acuan tat. Tekan nipis dan potong atas tepi acuan.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170 selama 20-25 minit.
6. Keluarkan tat dan sejukkan.
7. Masukkan adunan kerim keju dan hiaskan dengan buah peach, epal hijau dan anggur merah yg telah dipotong kecil dan digaulkan dengan jeli apricot.
8. Hidangkan.



jom rasa....


acuan tat yg digunakan...


sekiranya tak suka Kerim Keju boleh gantikan ngan ..

KERIM KASTAD

Bahan

250 ml susu segar
1 biji telur
3 s/b gula
2 s/b tepung kastad

Cara
1. Gaulkan dan tapiskan semua bahan dalam periuk.
2. Kacau dengan whisker sehingga adunan nampak pekat.
3. Tutup api dan kacau lagi supaya adunan tidak bergentel.
4. Masukkan dalam kulit tat yg telah sejuk.
5. Hiaskan mengikut buah kesukaan sendiri.

Saturday, August 28, 2010

Punch Tembikai



harini cuaca di Kerteh agak panas kuat sedikit.. letih jer..
kebetulan malam tadi balik dari terawih kakliza lepak [baring] tenguk TV..tenguk TV3..megamovie kot..

sambil tu layan makan kek yang anak dara kakliza beli di kedai Resepi Rahsia di Mesra Mall Kerteh tu ha...

pastu sambung baring lagi.. sedar-sedar jam dah 12.30 tghmalam..

mata layu lagi..
pastu sambung lagi ZzzzzZzz.. sedar lagi jam 1.30..
TV masih terbuka..PC masih belum shut down tapi orang-orang dah hilang masuk bilik masing-masing...termasuklah asben kakliza..

kkaliza duduk kejap..konon nak shut-down PC..tapi baca lagi..dan lagi..
sambil tenguk Tv..
pastu tenguk solat terawih dari Mekah di Tv1..
at last jam 2 lebih baru shut down PC..tutup TV..tutup lampu tapi mata takleh tutup lagi..


dalam dok khayal tu sedar-sedar jam bunyi ..jam 4.30 pagi..
apalagi takut tidak terjaga untuk sahur..kakliza bangun dan siapkan makanan..
tapi pastu takleh tidur lagi sebab nak solat suboh pulak..
lepas subuh barulah lali..pening kepala dan segala macam rasa..
kakliza hanya baring disofa..sekali sekala tenguk PC dan Tv..dan yang banyaknya tidur lagi..sampai jam 11 pagi lebih...
aduh rasa macam berpusing jer bila bangun..

dah mandi dan solat zohor..terpaksa pasang ekon sebab agak panas cuaca kat luar..
barulah sedap badan sikit....
so bolehlah merapu meraban kat blog....




PUNCH TEMBIKAI

Bahan

buah tembikai
air gula secukup manis
pewarna merah
air secukup
ketulan ais

Cara
1. Buah tembikar dibuangkan kulit dan potong dadu kecil
2, Masukkan dalam mangkuk besar.
3. Masukkan semua bahan dan kacau rata.
4. Hidangkan.


Wednesday, August 25, 2010

Dokong [sepupu langsat]

petang tadi kakliza pergi membeli buah-buah kat pasar malam Kerteh..
YaAllah...murah giler buah dokong ni hanya RM1.00 untuk 1 kilogram...
sampaikan ada orang tanya 2..3 kali pada penjual..
walhal dah tulis terang hanya RM1.00 sekilo....begitu juga dengan buah duku atau rambutan..

mmm..syedappnyaaa.... untung duduk dikampung...takder dusun tapi kenyang makan buah-buahan
[gambar tenet]


kkliza beli 3 kilogram..
balik terawih kakliza dan suami makan..
anak-anak makan juga tapi taklah sehebat akak dan suami..
dah tinggal separuh jer...
nampaknya Pasar Tani Jumaat ni kena borong lagi la..

buahnya sedap..pejal..manis dan juicy sangat...
rupanya saperti buah langsat tapi bukan langsat la...
kiranya adik beradik sepupu sepappat buah langsat la...
kalau orang tak perasan memang ingatkan buah langsat..

jom kita tenguk fakta mengenai buah ini..

buah dokong [gambar tenet]

KETERANGAN AM

Nama Biasa : Dokong
Nama Saintifik : Lansium Domesticum Corr.
Keluarga : Meliaceae

Asal :
Dokong merupakan satu daripada beberapa genus Lansium yang mempunyai nilai ekonomik seperti langsat, duku ( Johor ) dan duku langsat ( Terengganu ). Dokong dikenali sebagai longkong di Thailand dan dipercayai berasal dari Narathiwat Thailand.

Kawasan Utama Tanaman :
Negeri-negeri utama penanaman dokong di Malaysia adalah Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang dan Kedah.

Kegunaan :
Dokong merupakan buah yang sangat baik untuk dimakan segar dan mempunyai permintaan yang tinggi. Buahnya juga boleh dibuat jem.

Pokok :
Pokok dokong adalah sederhana besar, kanopi berbentuk ovate hingga lanceolate dengan ketinggian antara 6 m hingga 9 m. Batang pokok adalah lurus dan kulitnnya berwarna coklat kehijauan


Daun :
Daunnya jenis pinat dan mempunyai 7–9 helai anak daun yang tersusun berselang-seli dan berbentuk eliptik atau obovat, sementara anak daun dipangkal berbentuk ovat. Permukaan atas daun berwarna hijau tua, licin, bersinar, dan berombak sedikit. Ciri-ciri ini merupakan ciri dokong yang membezakan nya dari Lansium yang lain.

Bunga :
Bunga tersusun dalam satu jambak berbentuk spika pada dahan dan di antara 1-8 jambak bunga keluar pada satu-satu tampok pembungaan pada dahan tersebut. Panjang spika ialah 15 – 20 cm dan bilangan bunga hermofrodit pada satu spika ialah di antara 20 – 50 kuntum berukuran 0.5 – 0.7 cm panjang dan juga 0.5 – 0.7 cm lebar.

Buah :
Buah dokong tersusun padat sehingga 40 biji dalam satu tangkai. Buah berwarna kuning keperangan apabila masak, berbentuk bulat hingga obovat berukuran 3 – 4.7 cm lebar dan 3.5 – 5 cm panjang. Sebiji buah biasanya terdapat 5 ulas isi yang pejal dan rasanya manis dengan kandungan gula di antara 15 – 22 % brix.

Biji :
Biji yang besar terdapat dalam semua buah bersaiz besar. Biji berbentuk bujur, mempunyai 1- 5 embrio dan boleh mengeluarkan 1- 5 anak

Musim :
Pokok dokong mengeluarkan hasil yang tidak menentu, iaitu pengeluaran yang tinggi pada satu tahun dan berkurangan pada tahun berikutnya. Pokok dokong memerlukan musim kering yang nyata ( 3-4 minggu ) untuk pengeluaran bunga. Hujan pada waktu itu boleh memberi kesan kepada pembentukan buah.

sumber : http://jpn.penang.gov.my

pokok buah dokong [macam pokok langsat juga berbuah di batabg pokok..
[gambar tenet]

Monday, October 26, 2009

Pajeri Kedondong

ahaaaa......bior betulll....
kedondong boleh ker buat pajeri..
tak percayer... kakliza boleh tolongggg....

kakliza melawat kawan [Aishah] yang akan berangkat ke tanah suci Mekah dengan suaminya untuk mengerjakan haji pada musim beberapa tahun lalu..
sewaktu nak balik dia memberikan sedikit buah kedondong yg lebat berbuah dipohon yg ditanam depan rumahnya..


sebelum terkoban menjadi pajeri



PAJERI KEDONDONG

Bahan
20 biji buah kedondong [buangkan kulit]
5 cawan santan pekat [1 biji kelapa]

Bahan Tumis
5 ulas bawang merah ] tumbuk kasar
2 ulas bawang putih ]
1 s/b udang kering [tumbuk]
1 inci cm kulit kayu manis
6 s/b rempah kari daging[bancuh ngan air]
4 s/b minyak
2 s/b gula merah/putih
2 s/b kerisik
garam

Cara
1. Rebuskan buah kedondong sehingga mendidih dan buah agak lembut
2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumis, kulit kayu
manis dan rempah kari yang digaul dengan air. Kacau rata
3. Masukkan santan, buah kedondong dan garam serta gula merah/pasir.
4. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak.

Sunday, October 18, 2009

Betik


Betik ataupun nama saintiknya Carica Papaya L
sejenis tumbuhan saka yang mempunyai batang kayu yang lembut, tegak dan biasanya tidak mempunyai cabang.


Khasiat Betik
  • Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.
  • Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.
  • Jika memanggang daging yang dibalut dengan daun betik, ia dapat melembutkan daging tersebut.
  • Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.
  • Betik mengandungi vitamin C dan provitamin A.
  • Betik dapat membantu memecah serat makanan dalam sistem pencernaan
  • Betik dapat mebuat lancar saluran pencernaan makanan.
  • Betik dapat mengubati pelbagai penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti menyembuhkan luka, menghilangkan enfeksi dan juga menghilangkan alergik:




~ Buah yang masak selalu dimakan segar sebagai pencuci mulut.
~ Betik yang masak juga boleh dijadikan jem, jus ( untuk minuman ), perisa untuk aiskrim dan puding, halwa dan sos.
~ Betik matang yang belum masak boleh juga dijeruk atau dimasak sebagai sayur.
~ Betik juga mengeluarkan sejenis enzim yang dikenali sebagai enzim papain.
~ Papain banyak digunakan dalam penyediaan makanan, khususnya untuk melembutkan daging dan penyediaan ‘chewing gum’.

Buah adalah salah satu jenis makanan yang memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang pada umumnya sangat baik untuk diambil setiap hari. Dibandingkan dengan suplemen ubat-ubatan kimia yang dijual dikedai-kedai, buah jauh lebih baik tanpa effek samping yang berbahaya serta dari segi harga umumnya jauh lebih murah dibanding suplemen yang memiliki fungsi yang sama.




Sunday, July 12, 2009

Pesta Durian

Salam..
bebaru ini kakliza p pasar minggu/malam di Kerteh..
oleh sebab lama tak sibuk jadi jurugambar tak bertauliah di situ..
rasa nak gak menyibuk kannn..
so apalagi..inilah hasilnyaaa..


[AMARAN PENAJA]
sesiapa yang tinggal di negara yang tiada durian..sila abaikan pandangan ini...






durian..sedap tapi bahaya oooo..


buah naga [dragoon fruit]


buah manggis[mangoosteen]

buah rambutan

dokong [sama ngan spesis langsat]

pisang [banana]


buah salak

buah jambu madu

buah pelam madu [alahai..madu lagi]

pelbagai jenis buah epal

buah anggur merah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers