Thursday, September 02, 2010

Tat Buah-buahan [Fruit Tartlets]








FRUIT TARTLETS [TAT BUAH]

Bahan

125 gm butter
125 gm majerin
80 gm gula perang
1 biji kuning telur A
400 gm tepung gandum
1/2 cawan cornflakes [kisarkan]

Keju Kerim
250 gm keju kerim
50 gm butter
50 gm gula halus
[Pukul semua bahan dan masukkan dalam tat]

Buah Hiasan
buah peach
epal hijau
anggur merah
jelly apricot [to glaze] >> [boleh beli dikedai jual bahan kek]

Cara
1. Gaulkan butter, majerin dan gula sehingga sebati
2. Masukkan telur dan kacau rata
3. Masukkan tepung dan cornflake yang dikisar halus sedikit demi sedikit sehingga sebati dan lembut.
4. Ambil sedikit doh dan masukkan dalam acuan tat. Tekan nipis dan potong atas tepi acuan.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170 selama 20-25 minit.
6. Keluarkan tat dan sejukkan.
7. Masukkan adunan kerim keju dan hiaskan dengan buah peach, epal hijau dan anggur merah yg telah dipotong kecil dan digaulkan dengan jeli apricot.
8. Hidangkan.



jom rasa....


acuan tat yg digunakan...


sekiranya tak suka Kerim Keju boleh gantikan ngan ..

KERIM KASTAD

Bahan

250 ml susu segar
1 biji telur
3 s/b gula
2 s/b tepung kastad

Cara
1. Gaulkan dan tapiskan semua bahan dalam periuk.
2. Kacau dengan whisker sehingga adunan nampak pekat.
3. Tutup api dan kacau lagi supaya adunan tidak bergentel.
4. Masukkan dalam kulit tat yg telah sejuk.
5. Hiaskan mengikut buah kesukaan sendiri.

3 comments:

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Menarik dan rapi buatanya. Memang sedap.

ira said...

cik nk tnye,,mase buat doh tu..telur masukan putih dgn kuning skali ke atau kuning saje?n then berape biji pakai?harap dijawab..tq...(^_^)

rinachoc said...

Rina telah cuba resepi tat buah (cheese) memang sedap & ada member nak order kat rina tapi rina tak tau nak ambil berapa RM... Kalau sudi nak tanyalah kalau saiz Top:5.5cm, Bottom: 3.5 cm & High:2 cm ... agak2 berapa boleh caj nyer ...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers