Friday, September 10, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2010

SKROL KE BAWAH UNTUK ENTRI SETERUSNYA

########################################################



Assalamualaikum...

Nampaknya puasa kian menghilang dan hari raya pula menghampiri kita..
saperti biasa..kakliza cukup padat dengan jadual kerja yang tidak pernah hentinya...

buat masa ini 4 orang anak telah berkumpul dirumah di Kerteh untuk berpuasa dan akan balik ke Kedah pada hari Rabu [8.9.2010] ini selepas suami kakliza habis kerja..
manaklaa anak sulong kakliza dan isterinya akan balik terus dari KL ke Alor Setar..

kakliza akan berkonvoi 2 kereta bersama anak dari Kerteh melalui Kuala Terengganu - Machang - Jeli - Grik - Baling - Gurun - Alor Setar..
tapi kakliza rasa kemungkinan besar kami akan travel secara relax..santai-santai gitu..
ini adalah kerana kami akan mulakan perjalanan setelah habis waktu pejabat..tentunya suami penat..
kakliza pula tidak suka memandu waktu malam so suami saja yang memandu..
bila dia penat..kami akan berhenti dan rehat..untuk dia tidur..
kalau kakliza tak mengantuk..sure kakliza jadi pakgad..tenguk sana sini..tenguk kereta yang lalu...

untuk sehari dua ini terlalu banyak tugasan yang perlu kakliza bereskan..
rasa tak tercapai tangan untuk membereskan kerja-kerja sebelum berangkat pulang bercuti raya ..
jadi kakliza mungkin tak boleh nak mengupdatekan cerita atau resepi disini...

Kakliza akan berada di Kedah sehingga Rabu [15.9.2010] ..
sesiapa yang tinggal di Alor Setar, kakliza berbesar hati jika dapat berkunjung kerumah mertua kakliza di 32, Anak Bukit, Alor Setar nanti..

kakliza akan bertolak ke Butterworth rumah anak kakliza no.3 tu pada Khamis [16.9.2010] dan balik ke Kerteh pada Jumaat [17.9.2010] nanti..InsyaAllah...

kakliza juga mengambil kesempatan ini memohon berbanyak-banyak ampun dan maaf sekiranya dalam percakapan, perkataan dan gurau senda kakliza telah menyinggung perasaan adik semua..

Kakliza ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI pada semua adik-adik siber dan sesiapa sahaja yang mengenali diri kakliza sebagai Hanieliza atau Noorliza..

semoga hari lebaran ini disambut dengan gembira...
MAAF ZAHIR BATIN..

14 comments:

Tie-Ibu wawanisolehah said...

Selamat hari raya kak..Moga selamat sampai pergi dan balik.

izahdaut said...

selamat hari raya buat kak liza sekeluarga dan berhati hati di jalan raya....ampun maaf dipinta dan halalkan resepi kak liza yang saya dah cube..maceeh kak

sonata anak kancil said...

selamat hari raya - maaf zahir dan batin...selamat perjalanan balik ke kampung

Ida Ddapur said...

Salam Aidilfitri utk k'Liza sekeluarga.....semoga perjalanan balik kampung selamat pergi dan balik.Terima kasih daun keladi di atas resepi2 dr K'Liza.

Ibu Sayang said...

Salam Kak Liza,

Selamat Hari Raya Aidul Fitri buat akak & family. Maaf zahir batin.

Mintak halal ceduk resipi akak.

Kak Ja said...

Selamat hari raya..maaf zahir batin coz dah byk cedok resipi akak..insyaallah kalo terjumpa akak kat pasar ramadhan Aloq staq saya akan tegur...heheh

hana said...

selamat ari raya wat kakliza skluarga. maap zahir batin jika ada salah silap. halalkan resepi2 yg telah dicuba kak yer... take care kak..

Kak Lin said...

Salam Kak Liza Tersayang....
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin Juga Daripada Lin & Family....

A Halim said...

Salam Kak Liza...Kesempatan ni Azimah nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...Moga berseri hari raya ni dgn pelbagai kuih dan makanan..tak lupa juga minuman....Bila la boleh rasa resepi kak liza...bila nak buat kelas memasak lagi kat Trg? Nak join leh x?

syalinda johari said...

salam kak liza, linda juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat berhari raya dan maaf zahir dan batin. rabu ni lind apun bertolak balik ke Perlis, mungkin kita selisih kat lebuhraya nnt.. hehhee.. hati2 di jln raya ..

mama3hz said...

salam aidilfitri kak hanieliza dari saya sekeluarag di rantauan.....halalkan resepi2 akak yer..kdg2 rujuk gak terutamanya yg mudah2...nnt saya amik e-card akak ni yer.....

zaza@mamaHanin said...

Salam eidul Fitri buat kak liza sekeluarga.. mohon halal resepi2 yang telah dicuba ya kak.. semoga dirahmati selalu.. :)

~Yatt~ said...

salam aidilfitri kak hanieliza..
halalkan semua resepi yg dicuba..tkasih banyak2..saya pun nak amik card raya akak ni yer..nak tempek ke blog saya..

ainaa said...

Selamat Hari Raya...
Maaf Zahir Batin buat K.Liza sekeluarga...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers