Showing posts with label Biskut/Kukis. Show all posts
Showing posts with label Biskut/Kukis. Show all posts

Sunday, August 12, 2012

BISKUT BEBOLA KACANG HAZEL


Bahan A

200 gram mentega

50 gram lemak sayuran [shortening]

160 gram gula kastor

1 biji kuning telur

1 sudu teh esen vanilla

150 gram kacang hazel (Dikisar)

260 gram tepung gandum

100 gram tepung jagung


Bahan B (Hiasan)

100 helai acuan kertas

500 gram coklat masakan

200 gram coklat putih

70 gram cocoa butter


Cara Membuat

1. Gaulkan mentega, lemak sayuran dan gula sehingga lembut dan sebati.

2. Masukkan telur dan esen vanila, kemudian gaulkan lagi.

3. Masukkan kacang hazel dan tepung, gaulkan lagi.

4. Buatkan bentuk bebola kecil dan susunkan di dalam loyang

5. Panaskan ketuhar pada suhu 170'C selama 10 minit

6. Bakar selama 20 minit ataupun masak. Sejukkan di dalam loyang.

7. Cairkan coklat masakan cara double boiler dan campurkan dengan cocoa butter. Kacau rata.

8. Gunakan penyepit kecil dan celupkan biskut. Masukkan biskut dalam acuan kertas.

9. Hiaslah dengan coklat putih yang telah dicairkan secara doubler juga.

10. Lorekkan hiaskan diatas coklat tadi.

11. Biarkan biskut sejuk dan masukkan dalam bekas kedap udara.


Tuesday, July 17, 2012

Jem Nenas

Lama tak celoteh ni..
kali ni nak celeteh...sembang sikit boleh la kan...

tidak lama lagi kita akan berpuasa..pastu raya la kannn...
biasanya bila raya macam-macam kukis orang buat..bagai rupa dan bentuk..juga nama kukis..
tapi kakliza tetap suka tat nenas..

alkisahnya kakliza nak buat jem..tapi malasnya nak kacau sampai kerng..
fikir senang..beli jer lah..tapi biasanya jem beli ni keras banget..macam gula-gula getah..nak gentel OK..tapi bila dah masak ..alahai keras kejung benar..
betul tak...

aceli  dah lama kakliza buat kerja ni..cuma tak tefikir nak tulis sini...



JEM NENAS [versi separa segera]


Bahan
1 biji nenas [muda]
1/2 cawan air
1 kg jem nenas segera

Cara Membuat
1. Nenas dikupaskan kulit dan buangkan mata hitam.
2. Cincang kecil dan dikisar dengan air sehingga halus.
3. Masukkan semua bahan dalam kuali tidak lekat [non-stik wok]
4. Masak sambil sentiasa kacau dengan senduk kayu panjang [untuk elakkan kena percikan nenas].
5. Bila agak pekat [bukan kental] tutup api dan sejukkan.
6. Simpan dalam bekas.






Monday, June 04, 2012

Biskut Daisy


Baru-baru semasa kakliza hadir dalam Sidang Akhbar Cabaran Daisy Secebat Chef, kakliza telah diberikan tugasan membantu membuat biskut ciptaan Chef Liza Zainol..

Biskut Daisy

Bahan-bahan
160 gm
Tepung Gandum

60 gm
Tepung Suji




100 gm
Gula Kastor

11/4 sudu kecil
Serbuk Penaik

1/4 sudu kecil
Soda Bikarbonat

150 gm
Kacang Tanah – dibakar dan dimesin

60 gm
Oat – dimesin

20 gm
Kelapa Kering - dimesin
120-140 gm
Minyak Jagung Daisy

1/8 sudu kecil
Garam
Hiasan:
D Sapuan Telur

Cara membuat sapuan telur: Campurkan telur dan susu cair, kemudian tapiskan.
Cara-cara
  1. Campurkan kesemua bahan A dan sebatikan di dalam mangkuk pengadun dan putar selama 2 minit dengan kelajuan yang sederhana.
  2. Campurkan kesemua bahan B yang telah dimesin dan putar selama 1 minit.
  3. Akhir sekali masukkan Minyak Jagung Daisy dan garam, putar lagi 1 minit dan sebatikan.
  4. Adunan dicanai dan diterap berbentuk bulat, sapukan telur dan bakar selama 25-28 minit pada suhu 150 – 160C.

  5. Siap untuk dihidang.
Saiz Hidangan: 60-65 keping
Masa Penyediaan: 45 minit
Petua: Kacang tanah hendaklah dibakar terlebih dahulu sehingga kekuningan agar biskut wangi baunya.


ini dia biskut yang team kakliza buat ...sedappp...

Friday, September 03, 2010

Biskut Hazelnut Balls


BISKUT HAZELNUT BALLS

Bahan

200 gm butter
50 gm shortening
160 gm gula kastor
1 biji kuning telur
1 s/t vanilla
150 gm hazelnut kisar ]
260 gm tepung gandum ] gaulkan rata
100 gm tepung jagung ]

hiasan
paper cup
coklat putih
manik hiasan

Cara
1. Gaulkan butter, shortening dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung dan gaulkan lagi.
4. Buatkan sapeti bentuk bebola kecil dan susunkan dalam loyang
5. Panaskan oven pada suhu 170'C selama 10 minit
6. Bakar dalam suhu selama 20 minit atau masak. Sejukkan dalam loyang.
7. Cairkan coklat putih cara double boiler dan celupkan biskut.
8. Masukkan biskut dalam paper cup.
9. . Hiaslah mengikut suka hati.
10. Tunggu sampai biskut sejuk betul baru masukkan dalam bekas kedap udara

CREAM COKLAT PUTIH

Bahan

250 gm coklat putih
30 gm shoterning atau cocoa-butter

Cara
1. Cairkan kedua-dua bahan dengan cara double boil sehingga semuanya cair.
2. Masukkan sedikit coklat putih dalam mangkuk kecil.
3. Celupkan biskut dan masukkan dalam paper-cup. Gunakan penyepit kecil.
4. Hiaskan dgn candy merah dan biarkan beku.
5. Simpan dalam bekas.


Thursday, September 02, 2010

Biskut Dahlia

mai tertanya mengenai biskut ini.. so apa kata kita tenguk hasil yang eprnah kakliza buat masa zaman terlalu rajin dulu... tahun 2006 dulu...



BISKUT DAHLIA

Bahan

225 gm butter
110 gm gula ising
1 biji kuning telur
1/2 s/k esen vanilla
70 gm tepung jagung
120 gm tepung kastad
170 gm tepung rose/tepunng gandum
ceri merah sebagai hiasan

Cara
1. Gaulkan butter dan gula ising sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. kacau rata.
3. Ayakkan semua tepung dan masukkan dalam bancuhan butter sedikit demi sedikit.
4. Gunakan acuan dahlia dan pamkan dalam loyang.
5. Letakkan ceri merah ditengah adunan yg dipamkan.
6. Bakar dalam oven suhu 170'c selama 15 - 18 minit.
7. Sejukkan betul dan simpan dalam balang kedap udara.






Tat Buah-buahan [Fruit Tartlets]








FRUIT TARTLETS [TAT BUAH]

Bahan

125 gm butter
125 gm majerin
80 gm gula perang
1 biji kuning telur A
400 gm tepung gandum
1/2 cawan cornflakes [kisarkan]

Keju Kerim
250 gm keju kerim
50 gm butter
50 gm gula halus
[Pukul semua bahan dan masukkan dalam tat]

Buah Hiasan
buah peach
epal hijau
anggur merah
jelly apricot [to glaze] >> [boleh beli dikedai jual bahan kek]

Cara
1. Gaulkan butter, majerin dan gula sehingga sebati
2. Masukkan telur dan kacau rata
3. Masukkan tepung dan cornflake yang dikisar halus sedikit demi sedikit sehingga sebati dan lembut.
4. Ambil sedikit doh dan masukkan dalam acuan tat. Tekan nipis dan potong atas tepi acuan.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170 selama 20-25 minit.
6. Keluarkan tat dan sejukkan.
7. Masukkan adunan kerim keju dan hiaskan dengan buah peach, epal hijau dan anggur merah yg telah dipotong kecil dan digaulkan dengan jeli apricot.
8. Hidangkan.



jom rasa....


acuan tat yg digunakan...


sekiranya tak suka Kerim Keju boleh gantikan ngan ..

KERIM KASTAD

Bahan

250 ml susu segar
1 biji telur
3 s/b gula
2 s/b tepung kastad

Cara
1. Gaulkan dan tapiskan semua bahan dalam periuk.
2. Kacau dengan whisker sehingga adunan nampak pekat.
3. Tutup api dan kacau lagi supaya adunan tidak bergentel.
4. Masukkan dalam kulit tat yg telah sejuk.
5. Hiaskan mengikut buah kesukaan sendiri.

Wednesday, August 18, 2010

Biskut Kelapa Permata



merujuk pada permintaan...
nazifa: salam..kak liza ade x resepi biskut yang pakai kelapa parut..hehe



BISKUT KELAPA PERMATA

Bahan
250 g butter
200 g gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 cawan kelapa kering
1 cawan tepung ubi ] diayakkan
1 1/2 cawan tepung gandum ]
bahan hiasan...ceri merah [ potong kecil ]

Cara
1. Tepung yg telah diayak digaulkan dengan kelapa supaya samarata.
2. Pukul butter dan gula sehingga sebati.
3. Masukkan telur dan esen vanila dan gaul lagi.
4. Masukan kelapa yg telah digaul rata dengan tepung tadi.
5. Gaulkan sehingga menjadi doh lembut.
6. Canaikan dan teraplah mengikut acuan kegemaran.
7. Hiaskan dengan ceri merah dan bakar selama 15 - 20 minit dalam suhu 180'C.
8. Sejukkan sebelum simpan dalan bekas kedap udara.


Gambar adalah diambil dari dalam majalah SAJI

NOTA : Resepi ini telah disiarkan dalam majalah KELUARAN KHAS SAJI OGOS 2010. Ada 10 resepi biskut raya kakliza didalamnya.

Friday, June 25, 2010

Kelas Biskut Raya di Kuala Lumpur



Assalamualaikum..
kakliza akan mengadakan Kelas Biskut Raya di Kuala Lumpur pada 3 Julai 2010 [Sabtu] jam 9.30 pagi - 2.00 petang..
Jom ramai-ramai hadirkan diri..
Jangan lupa..sarapan disediakan Nasi Lemak Kukus dan sampingannya....

Wednesday, August 19, 2009

BISKUT RAYA 2009

Due to tempahan yang overloading..dan kakliza telah tuliskan order tutup 2 minggu puasa..so..



masalah untuk buat biskut raya..
apa kata kita tenguk disini...
tempahan diterima sehingga 2 minggu puasa..

so apa lagi..jangan tunggu lama-lama....
cepat buat tempahan..

Che Bedah Home Made Cookies merupakan pengusaha kuih yang dibuat asli dari rumah yang telah berpengalaman sejak 1985. Pengusaha ini adalah adik perempuan kakliza.


Alamat Pembekal:
Che Bedah Cookies
15, Jalan 4/3A
Bandar Baru Selayang Fasa 2B,
68100 Batu Caves
Selangor

Tel : 012-6254790
Puan Zabedah binti Kamarudin

http://chebedahcookies.fotopages.com/


Biskut Tat Nenas ~ RM23.00 [54 biji]


Biskut Makmur ~ RM23.00 [60 biji]


Biskut Ferrero Roche ~ RM23.00 [54 biji]


Biskut Almond London ~ RM23.00 [54 biji]


Biskut Snow White ~ RM26.00 [70 biji]


Biskut Romalex ~ RM26.00 [70 biji]


Contoh balang yang disediakan

Thursday, August 06, 2009

Kelas Biskut Raya



Salam buat adik-adik sekelian..
oleh kerana kelas biskut raya yang sepatutnya dibuat semalam dibatalkan kerana malam Nisfu Syaaban..
so mereka meminta kakliza gantikan pada Sabtu ini..






kak liza akan ajar membuat biskut ini...so jom kita ramai-ramai meriahkan kelas ...

Monday, August 03, 2009

Kelas Biskut Raya



Salam..
kakliza diminta membuat kelas biskut raya..
so sesiapa yang berminat boleh lah join...




Monday, February 09, 2009

Biskut Coklat Chips Rangup



BISKUT COKLAT CIPS RANGUP

Bahan A

125 g butter
125 g majerin
1 sudu besar shortening
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B [gaul rata]
230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum

Cara
1. Gaulkan butter, majerin, shortening dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara
.

Wednesday, January 21, 2009

Biskut Arab dan Biskut Makmur

Biskut-Arab


BISKUT ARAB

Bahan
250 gm tepung gandum
125 gm gula halus
125 gm minyak sapi
pewarna..merah ..kuning dan hijau

Caranya:
1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
2. Bahagikan adunan kepada 3 warna dan masukkan warna yg berlainan saperti merah, kuning dan hijau.
3. Bentukkan adunan saperi bebola dan cantumkan 3 warna saperti dalam gambar.
4. Masukkan dalam paper-cup dan bakar dalam 180'C selama 20-25 minit.
5. Bila dah sejuk taburkan gula halus.
6. Simpan dalam balang kedap udara.


Bisku-Makmur


BISKUT MAKMUR

Bahan Doh/Kulit

500 gm tepung gandung
80 gm gula halus
minyak sapi [ikut lembut boleh kepal]

Bahan Inti
300 gm kacang tanah
70 gm gula halus

Gula icing [untuk salut kueh]

Cara
1. Gaulkan semua bahan Doh sehingga lembut dan boleh dibentukkan.
2. Kacang tanah dibakar dalam oven selama 20 minit [sehingga kulit boleh tanggal bila di gosok kacang]
2. Mesinkan kacang dan gaulkan dengan gula.
3. Ambil doh dan leperkan.
4. Masukkan inti yg telah dibulat bentuk bujur sebesar biji buah kurma. Bentukkan bujur.
5. Bakar dalam suhu 180'C selama 20 - 25 mnit [sehingga nampak masak]
6. Sejukkan baru golekkan dalam gula icing.
7. Simpan dalam balang kedap udara.

Monday, January 19, 2009

Hazelnut Balls



Bahan
200 gm butter
50 gm shortening
160 gm gula
1 biji kuning telur
1 s/t vanilla
150 gm hazenut kisar ]
260 gm tepung gandum ] gaulkan rata
100 gm tepung jagung ]

hiasan
paper cup
coklat putih
manik hiasan

Cara
1. Gaulkan butter, shortening dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung dan gaulkan lagi.
4. Buatkan sapeti bentuk bebola kecil dan susunkan dalam loyang
5. Panaskan oven pada suhu 170'C selama 10 minit
6. Bakar dalam suhu selama 20 minit atau masak. Sejukkan dalam loyang.
7. Cairkan coklat putih cara double boiler dan celupkan biskut.
8. Masukkan biskut dalam paper cup.
9. . Hiaslah mengikut suka hati.
10. Tunggu sampai biskut sejuk betui baru masukkan dalam bekas kedap udara



CREAM COKLAT PUTIH
Bahan
250 gm coklat putih
30 gm shoterning atau cocoa-butter

Cara
1. Cairkan kedua-dua bahan dengan cara double boil sehingga semuanya cair.
2. Masukkan sedikit coklat putih dalam mangkuk kecil.
3. Celupkan biskut dan masukkan dalam paper-cup. Gunakan penyepit kecil.
4. Hiaskan dgn candy merah dan biarkan beku.
5. Simpan dalam bekas.

Saturday, January 17, 2009

Tat Dahlia /Tat Gulong

TatDahlia01
tat dahlia sebelum dibakar

BakedTatDahlia
tat dahlia setelah dibakar

TAT GULUNG

Bahan

60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Jem Nenas..
boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek
atau..
1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula
1/2 cawan air ]
1 cawan gula
Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning

Cara.
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Kalau kak liza rajin dan ada pembantu/kawan..kak liza selalu buat kueh ni..
kalau rasa macam nak cepat jer..
kak liza buat saperti ini..
masukkan bahan adunan dalam acuan bunga dahlia/bunga cina tu dan pamkan dlm acuan kertas..
tekan tengah sikit..
pastu kak liza mmasukkan jem nenas dalam beg pelastik kecil dan lubangkan hujung bucu..
pamkan jem kedalam adunan bunga dahlia tadi..
bakar sehingga kuning keemasan..[15 - 20 minit gak].

cara ni memang cepat..dan ada kelainan dari biskut tat yg selalu disajikan dirumah orang lain..

1. Bulatkan jem nenas dan ketepikan dalam pinggan [tujuannya untuk mengelakkan tangan berlengas nanti]


2. Pamkan doh. Terbalikkan bahagian bunga jalur tart itu ke bahagian bawah.



3. Letakkan inti jem yg telah dibulatkan dan gulungkan. Potong bahagian yg berlebihan.


4. Susunkan tat dalam loyang.


5. Sapukan kuning telur. Bakar sehingga kuning keemasan.


tat_nenas_gulung

6. Siap untuk dihidangkan.

Thursday, October 23, 2008

Cornflake Madu Coklat Chips


masa nak buat biskut kegemaran anak kkliza no.3 [Mohd Azib] kakliza dapati ada banyak stok coklat chips dan juga roasted badam cincang..
so kakliza pun sediakan..




CORNFLAKES MADU COKLAT CHIPS

Bahan A

150 gm butter
120 gm gula kastor
8 s/b madu

Bahan B
250 gm cornflakes [ramaskan sikit]
100 gm coklat chips
100 gm badam cincang panggang

Hiasan
paper cup kecil
coloring rice atau coklat rice

Cara
1. Panaskan bahan A sehingga butter cair.
2. Masukkan Bahan B dan gaulkan rata.
3. Sudukan dalam paper-cup kecil.
4. Hiaskan dengan coloring rice/coklat rice
4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers