Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Monday, September 17, 2012

Nasi Tomato Jagung Lobak merah

Fuh..panjangnya nama resipi...
kakliza masak nasi ni gara-gara nak habiskan bahan tomato, jagung dan lobak merah yang ada baki dari demo masak di Kampung Air Putih, Kemaman anjuran Perpustakaan Kemaman baru-baru ini..

jom kita tenguk apa bahannya...

NASI TOMATO JAGUNG LOBAK MERAH

Bahan-Bahan

5 cawan beras basmati
[kakliza gunakan beras basmati extra long]
4 biji tomato ]
7 cawan air ] dikisar
1 cawan jagung
1 batang lobak merah [dipotong kecil]
½ cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi
3 sudu minyak masak
1 sudu besar gula
garam secukup rasa
daun pandan [disimpul]

Bahan Tumis
3 ulas bawang putih ]
5 ulas bawang merah ] dihiris
1 labu bawang besar ]
1 inci halia ]
1 batang serai [di ketuk]
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Cara Membuat:
1. Basuh dan rendamkan beras selama 30 minit. Tuskan.
2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam kuali atau periuk dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan tomato yang telah dikisar, susu cair, gula, garam dan biarkan mendidih.
4. Masukkan beras, jagung dan lobak merah. Masakkan sehingga kering air.
5. Pindahkan nasi kedalam periuk kukusan dan masakkan selama 30 minit.
6. Gemburkan nasi dan sedia untuk dihidangkan.


Monday, July 30, 2012

BUBUR AYAM

BUBUR AYAM

Bahan

2 cawan beras

1 keping dada ayam

1 kiub pati ayam

2 inci halia [hiris]

Air secukupnya

3 ulas bawang merah [hiriskan]

1 sudu besar rempah kari

Minyak untuk menggoreng

Garam secukup rasa

Air secukupnya

Bahan Hiasan

Daun sup & daun bawang [hiriskan]

Bawang goreng

Cara Membuat

1. Rendamkan beras selama 1-2 jam. Tuskan.

2. Masukkan beras, kiub pati ayam, halia, bawang merah, garam dan air secukupnya dalam periuk. Masakkan sehingga beras hancur dan kembang.

3. Ayam dipotong dan bersihkan. Gaulkan dengan garam dan rempah kari.

4. Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan ayam sehingga garing.

5. Koyakkan ayam goreng dan ketepikan.

6. Masukkan nasi bubur dalam mangkuk hidang dan taburkan ayam goreng yang telah dikoyakkan dan bahan hiasan.

7. Hidangkan bersama sup.

Tip

Jika suka boleh siramkan sedikit minyak gorengan ayam.

Tuesday, August 17, 2010

Bubur Lambuk


Al-kisah teringin la sangat nak makan bubur lambuk..
so lepas jer antar darling p kerja [due to van masuk bengkel..kenalah antar dan amik setiap hari..jadi supir free jer ..] kakliza singgah kat pasar untuk mencari daun-daun kayu yang sesuai untuk buat bubur lambuk versi Terengganu...
setelah dapat segala daun, santan [saja tambah untuk lemakkan bubur tu], ikan..udang..baliklah ke rumah dan mulakan operasi..

masa basuh beras tu ..ingat nak buat lebih sikit..boleh kasi cekgu-cekgu sekolah fardhu ain kat Masjid Tengku Mizan pulak [aritu kasi ibu-ibu kat sekolah Rantau..] so tambah sikit lagi..dan rebus beras..sambil kupas keledek warna oren untuk campurkan dalam beras tu..
bila dah kembang beras..tenguk-tenguk..mak oiiiii....
banyaknyaaaaa...
cepat-cepat salin periuk lain sebab sayuran tak masuk lagi ni..
nnt sure melimpah ruah pulak masa kacau..


akhirnya setelah masuk sauyuran yang dibeli tadi..nampak ciput jer sayur..
nak kena beli algi sayur la..
akak plan nak tambah kangkung jer..beli masa nak amik anak kat sekolah nanti..
dan masukkan dalam bubur tu masa nak bagi cekgu-ckegu tu petang nanti..masa amik balik dari masjid jam 4.30 petang..


resepinya dah ada tulis dulu..... kita tenguk disini




Sunday, July 11, 2010

NASI AYAM





NASI AYAM

Bahan

1 ekor ayam [potong 4]
4 tin susu beras AAA
5 ulas bawang putih [ketuk]
2 inci halia[ketuk]
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 sudu besar kicap cair
2 helai daun pandan [simpulkan]
garam secukupnya

Sayuran
Daun salad
timun
tomato
daun sup & daun bawang [racik]
bawang goreng

Sos Cili
10 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cuka atau jus limau nipis
gula & garam secukupnya

Cara membuat
1. Rebuskan ayam, halia, bawang putih, garam, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
2. Bila sudah mendideh angkat dan toskan ayam.
3. Lumurkan kicap cair pada ayam dan gorengkan dalam minyak yang banyak sehingga masak
4. Ambil 5 tin susu air rebusan ayam dan masukkan dalam rice-cooker. Masukkan beras dan daun pandan. Masakkan beras saperti masak nasi biasa.
5. Air rebusan yg lebih tadi masukkan garam & carrot dan biarkan mendideh. [Sekiranya nampak sikit bolehlah tambahkan air supaya dapat seimbangkan dengan hidangan nasi.]
6. Sediakan bahan cilli sos dan kisar. Rasakan masin & masam dan manisnya.
7. Sayur dan ayam dipotong kecil.
8. Hidangkan dalam pinggan bersama nasi dan sup yg telah dimasukkan daun sup & bawang serta bawang goreng.

Tips
Ayam boleh juga dibakar pada suhu 180’C selama 30 minit.

Monday, July 05, 2010

Nasi Minyak

NASI MINYAK

Bahan A

1 kg beras bathmati
3 sudu besar minyak sapi
1 liter air
1/2 cawan susu cair ] bancuh
1/2 cawan air ]
50 gm daun ketumbar ] potong pendek
50 gm daun pudina ]
1 cawan kismis kuning
1 sudu besar perwarna kuning dibancuh dgn 1/2 cawan air
garam secukupnya

Bahan B
3 ulas bawang merah ] hiriskan
3 cm halia ]
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buah pelaga


Cara
1. Beras dibasuh dan rendamkan selama 30 minit. Tapiskan.
2. Masukkan semua bahan B dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
3. Masukkan beras, kismis, daun ketumbar dan daun pudina.
4. Biarkan nasi masak saperti biasa.
5. Bila telah masak siramkan bancuhan susu cair.
6. Curahkan bancuhan pewarna kuning keatas nasi pada 3 tompok yang berasingan.
7. Masakkan lagi sehingga nampak nasi cantik.
8. Gemburkan nasi perlahan dan hidangkan.

Tuesday, October 06, 2009

Rendang Pedas Ayam


Assalamualaikum..
semalam kakliza teringat nak makan rendang ayam yang pedas kaw-kaw sebab masa Raya bebaru ni SIL kakliza buat rendang tanpa sebiji cili pun kerana takut anak kecill tak makan..
tapi akhirnya bukan kata budak kecil jer tak makan..anak-anak kakliza pun tak makan sebab tak terasa pedas lansung..
untuk tidak merasa teringat-ingat..kakliza pun buat rendang pedas ayam dan dimakan dengan pulut kuning..

jom kita layan.

.

RENDANG AYAM

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit [mayang halus atau koyakkan]

garam

Bahan Mesin
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 cili kering
25 biji cili api

Cara:
1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuh dan toskan.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali besar dan kacau hingga sebati.
3. Masak dengan api sederhana sehingga ayam lembut dan kuahnya pekat dan naik minyak.
4. Rasakan garam dan bila telah pekat boleh hidangkan.




PULUT KUNING

Bahan
1 kg beras pulut [ dibasuhkan]
3 keping asam keping
3 s/b kunyit serbuk [bancuh dan tapiskan ]
air secukupnya untuk merendam pulut.
1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat]
1 sudu kecil gula
garam secukupnya



1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama beberapa jam
untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulkan bahan ini supaya
beras pulut ini rata warna kuningnya]
2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dildidehkan airnya.
5. Kukuskan sehingga naik wap.
6. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
7. Tuangkan santan yg telah digaulkan dengan garam dan gula.
8. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.
9. Kukuskan semula sehingga naik wap lagi [20-25 minit].
11. Bila telah naik wap, tutup api dapur dan tekan pulut dalam acuan ]jika mahukan pulut berbentuk]
12. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.

Friday, August 14, 2009

Demo Masakan di TV9 [Nasi Lemak Kopi O]






Assalamuaaikum...
semoga sihat ceria dihari Jumaat mulia ini...






























kakliza akan masak.. Nasi Goreng Tomyam [dari buku NASI]

Saturday, February 28, 2009

Nasi Bukhari Ayam




Bahan
1 ekor ayam [potong 8 dan bersihkan]
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan]
3 s/b rempah kurma + 1 s/b sos tomato [bancuhkan]
2 biji buah tomato [belah 4]
1 liter air
1/2 cawan susu cair/yogurt
1 pokok daun ketumbar [potong pendek]
4 s/b minyak sapi
garam
gula

bahan tumis
10 ulas bawang merah ]
4 ulas bawang putih ] tumbuk
3 cm halia ]
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan rempah yg dibancuhkan. Kacau rata dan biarkan sehingga wangi dan garing.
3. Masukkan air, garam dan gula. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan ayam dan buah tomato. Biarkan mendideh.
5. Masukkan nasi dan daun ketumbar.Biarkan mendideh dan kering saperti nasi biasa.
6. Bila sudah masak, gemburkan dan hidangkan bersama bawang goreng dan gulai dalca serta acar timun mentah.

Thursday, February 26, 2009

Nasi Beriani Udang

beriani udang

NASI BERIANI UDANG

Bahan

500 gm udang besar [bersihkan ]
1 kg beras bathmati
1/2 cawan lobak merah [potong dadu]
2 biji buah tomato [potong dadu]
5 cawan air
1 cawan susu cair
3 s/b minyak
3 s/b minyak sapi
garam

Bahan tumis [hiriskan]
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 s/b rempah beriani [bancuh air skit]

Cara.
1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan beras dan goreng rata.
3. Masukkan udang, buah tomato, lobak merah dan garam. Kacau rata.
4. Masukkan air dan susu cair. Masakkan saperti nasi biasa.
5. Bila dah nasi kering, kacau rata [gemburkan] dan biarkan kering lagi.
6. Hidangkan dengan salad atau acar timun.

Thursday, February 19, 2009

Nasi Goreng Cina



arini kakliza tak sedap badan..selsema dan batuk.. kepala pun pusing semacam jer tapi kerja rumah tetap kena uruskan saperti hantar dan amik anak dari kelas ugama di masjid dan juga pergi sekolah..

agaknya kepenatan sebab semalam [Selasa petang] kakliza buat demo masakan ngan periuk canggih bersama rakan2 ygmembeli periuk tu.kira macam klub periuk canggih pulak...


alangkah bagusnya ketika ini ada orang yg sudi bantu.. kalau kerja opis sure dapat MC ..

di waktu tengahari pulak agaknya dah rezeki ..
kakliza dipelawa lunch soto dan lontong di rumah maklang ketika kakliza berkunjung kerumah beliau untuk membincangkan projek keceriaan sekolah ...
sedap sungguh...terimakasih maklang walaupun makan dalam keadaan tergesa-gesa sebab kakliza punya hal yg urgent nak diuruskan jam 2 ptg tu..
sib baik sempat tau maklang..lega besoooo....

oleh kerana tak larat kkliza masak yg sonang saja..





















Bahan

1 mangkuk besar nasi sejuk [peroikan]
2 biji telur
isi ayam
udang
sayur campur [boleh gantikan dgn potongan kacang buncis dan carrot]
daun bawang
salad
minyak
garam

Bahan Tumis [tumbuk]

2 ulas bawang putih
1 s/k lada hitam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehinga wangi.
2. Masukkan telur dan biarkan sebentar.
3. Bila nampak telur separuh masak kacau supaya hancur sedikit.
4. Masukkan kacang campur dan udang. Kacau rata.
5. Masukkan nasi dan garam. Kacau supaya rata.
6. Masukkan potongan daun bawang dan kacau.
7. Angkat dan hidangkan dalam pinggan bersama dengan salad dan keropok.




Monday, February 09, 2009

Nasi jagung, Rendang Tok & Acar Rampai [Masak]



NASI JAGUNG

Bahan

6 caw beras bathmati....basuh dan toskan
2 caw jagung parut/jagung frozen
1 caw susu cair
8 caw air
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] mayang halus
2 cm halia ]
2 s/b rempah beriani
2 biji buah tomato.....potong dadu
3 s/b minyak sapi
2 cm kulit kayu manis ]
2 kuntum bungka lawang ]
5 biji bunga cengkih ] bahan tumis
3 biji buah pelaga ]
1 tangkai daun ketumbar.....mayang
daun pandan........simpulkan
garam
gula

Cara...
1. Panaskan minyak sapi dlam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah beriani. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, tomato dan susu cair. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras, jagung dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Bila telah masak bolih dihidangkan bersama Ayam Masak Merah, Rendang TOK dan Acar Rampai.




RENDANG TOK

Bahan

1 kg daging [potong sebesar 3 inci]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1/2 cawan kerisik
1/2 biji kelapa [dipotong nipis] >> kakliza x masukkan sebab anak2 tak suka..
3 s/b gula merah
3 keping asam keping
Daun kunyit [koyakkan]
garam

Bahan mesin
2 s/b ketumbar
1 s/b jintan manis
1 s/b jintan putih
1 s/b lada hitam
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
25 biji cili kering
20 biji bawang merah
5 cm halia
5 batang serai
3 cm lengkuas

Cara:
1. Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit, kerisik dan asam keping dalam kuali.
2. Masakkan dengan api perlahan sehingga pekat dan naik minyak.
3. Bila telah pekat masukkan daun kunyit, asam keping dan kerisik. Kacau rata.
4. Masakkan lagi sehinggan naik minyak dan cukup pekat. [sebaiknya keringkan sikit rendang ni]
5. Hidangkan.



RENDAG TOK

Ingredients
1 kg beef, cut into cube 3 x 3 inch
2 cupsof coconut milk [1 grated coconut]
1/2 cup kerisik [fried grated cococnut]
1/2 coconut slice [I didn't put due to my child dont like]
3 tbsp brown or palm sugar
3 pcs asamkeping
3 tumeric leaf [tear]
3 lemongrass, crushed
salt to taste

To Blend
2 tbsp
coriander seeds
1 tbsp fennel seeds
1 tbsp cummin seeds
1 tbsp blackpepper
3
star anise
5 cloves
25 dried chillies
20 shallots
5 cm ginger
5
lemongrass
3 cm galangal

Method

1. Put all the ingredients in the wok except tumeric leaf, asam keping and kerisik.

2. Cook with the medium heat till thick and oily.

3. Add in tumeric leaf, asam keping and kerisik. Stir well.

4. Let it cook until gravy almost dry. Season to taste.

5. Serve.




ACAR RAMPAI [masak]

Bahan

1 batang timun
1 batang carrot
2 labu bawang besar
3 tangkai cili merah
3 tangkai cili hijau
1/2 cawan cuka tiruan
1 s/b gula
1 s/b biji sawi
garam
kunyit
1 s/k kapur [dibancuh ngan 1 liter air]

Bahan tumis [mayang]
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
minyak

Cara
1. Semua sayur dipotong kecil dan panjang.
2. Rendamkan dlam air kapur [supaya rangup].
3. Toskan sayuran supaya kering
4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis dan biji sawi sehingga layu.
5. Masukkan cuka tiruan, garam, serbuk kunyit dan gula.
6. Bila mendideh masukkan sayuran dan kacau rata.
7. Bila nampak pekat boleh angkat dan hidangkan
.


Nasi-dan-Setnya

Wednesday, February 04, 2009

Pulut Lemak Serunding Kelapa

Serunding-Kelapa

SERUNDING KELAPA

Bahan:

1/2 biji kelapa parut muda
2 helai daun kunyit mayang
100 gm udang segar kecil

Bahan Mesin
10 tangkai cili kering
1 s/k jintan manis
3 batang serai
5 ulas bawang merah
2 s/b udang kering
3 cm kunyit hidup
3 s/b minyak masak
garam
gula

Cara:
1. Panaskan minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang dimesin hingga wangi.
2. Masukkan kelapa parut, udang dan sedikit garam. Kacau hingga sebati.
3. Bila nampak kering taburkan hirisan daun kunyit dan sedikit gula. Kacau rata
4. Masukkan dalam pinggan dan sejukkan.




Pulut-Serunding

PULUT LEMAK

Bahan

2 cawan beras pulut [basuh dan toskan]
2 cawan santan [1/2 biji kelapa]
garam

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam loyang.
2. Letakkan loyang dalam kukusan.
3. Masakkan sehingga pulut sebati dengan santan.
4. Bila dah masak gaulkan pulut supaya santan serata.
5. Hidangkan dengan serunding kelapa muda.

Tuesday, February 03, 2009

Nasi Kukus & Kari Kepala Ikan

nasi-kukus

NASI KUKUS AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan

2 cawan beras panjang AAA
2 cawan air

Cara
1. Basuh beras dan rendamkan beberapa jam
2. Masukkan beras dan air dalam loyang dan kukus sehingga naik wap dan ansi masak. [lebih kurang 30 minit][/img]

AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan

1 ekor ayam [potong 8 dan bersihkan]
3 s/b rempah kari ayam/daging
3 s/b cili mesin
1 s/b serbuk kunyit
3 s/b tepung goreng ayam
3 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] mesin halus
6 inci halia ]
3 batang serai ]
garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama beberapa jam
2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing.

Sambal Belacan

Bahan

5 tangkai cili merah
5 tangkai ciliapi
1 biji tomato buah
3 cm belacan
garam
2 biji limau nipis [ambil jusnya]

Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali jus asam limau dalam blender dan mesin kasar.
2. Tuangkan dalam mangkuk dan gaulkan dengan jus asam limau.
3. Rasakan masam dan masinnya.

kakliza buat kari kepala ikan..
masak pekat-pekat gitu..buh terung bulat dan kacang bendir..

kari-kepala-ikan

KARI KEPALA IKAN

Bahan-Bahan:

1 ekor kepala ikan merah/tenggiri/jenahak [dibersihkan]
2 bungkus serbuk kari ikan [bancuh ngan sikit air]
5 biji sayur bendir
2 biji terung bulat [belah 4]
3 biji cili hijau [buangkan tangkai]
2 biji tomato [belah 4]
1 cawan air asam jawa
1 cawan santan pekat
minyak
garam

Bahan tumis
5 ulas bwang merah ]
2 ulas bawang putih ] tumbuk /hiriskan
1 inci halia ]
1 s/b halba campur
2 tangkai daun kari

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan rempah kari yg dibancuh sehingga pecah minyak.
3. Masukkan asam jawa tadi [digaul dengan pati santan dan tapiskan]
4. Masukkan ikan. Tambahkan air sedikit supaya santan tak berapa pekat.
5. Kecilkan api dan biarkan mendideh dan naik minyak.
6. Apabila mendidih masukkan sayur bendir, terung bulat, tomato dan garam. Biarkan naik minyak lagi sikit dan tutup api.
7. Hidangkan dengan nasi putih/kukus..atau roti biasa/canai.

Cara Hidangan
Hidangkan semuanya dalam pinggan bersama kari ikan atau kepala ikan, sambal belacan, ulaman timun dan sayuran mentah.

Thursday, January 29, 2009

Lontong

bila jemu makan nasi..boleh cuba buat..

Lontong

LONTONG atau KUAH LODEH


Bahan sayuran
1/2 biji kobis [potong kecil]
5 batang kacang panjang [potong pendek]
2 biji terung bulat/panjang [potong kecil]
3 biji kentang [potong kecil]
1 biji carrot [potong kecil dan pendek]
Tahu [gorengkan dan potong dadu]
Tempe [potong kecil dan gorengkan]
sengkuang [potong pendek dan kecil]
cili merah [hiriskan]
bawang besar [mayangkan]
suhun dan fucuk [rendamkan supaya lembut]

bahan dimesinkan
5 biji cili merah + ciliapi sikit
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai serai
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

bahan lain
1 biji kelapa [amik 5 cawan santan]
250 gm udang basah
minyak [tumis]
garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi.
2. Masukkan udang, santan dan sayuran yg keras dan biarkan sehingga lembut.
3. Bila dah lembut masukkan sayuran lain dan gram.
4. Bila dah lembut dan rasakan garamnya.
5. Hidangkan dengan serunding daging atau rendang ayam dan juga sambal kuah kacang.

Nasi-himpit

NASI IMPIT

Bahan
2 cawan beras
6 cawan air
daun pandan
garam
daun pisang

Cara
1. Basuhkan beras dan masukkan semua bahan kecuali daun pisang dalam periuk biasa atau rice-cooker.
2. Masakkan saperti masak nasi biasa.
3. Bila nampak nasi telah kering masukkan dlam loyang yg dilapikkan daun pisang.
4. Tekan sampai padat dengan potato mash.
5. Lapikkan semula dengna daun pisang dan tindihkan dengan bahan yg berat saperti lesung batu atau periuk kecil yg berisi air.
6. Biarkan semalaman atau 5 -6 jam.
7. Bila dah sejuk potong dan hidangkan dengn kuah lodeh.

NOTA
sekiranya takder daun pisang boleh gantikan dengan pelastik biasa.

Thursday, January 22, 2009

Nasi Beriani & Daging Prunes




kakliza suka masak nasi kenduri bila anak2 balik bercuti..
so nak senang kerja kakliza buat masakan ni..


1Nasi-Beriani



NASI BERIANI

Bahan

1 kg beras bathmati [basuh dan toskan]
2 s/b rempah beriani [bancuh dgn sedikit air]
2 biji buah tomato [potong dadu]
3 biji cili merah [potong 2]
3 biji cili hijau [potong 2]
100 gm daun pudina ]
100 gm daun sup ] potong kasar]
100 gm daun ketumbar ]
1 liter air
1 cawan susu cair
2 s/b minyak
4 s/b minyak sapi
kismis
garam
1 s/b pewarna kuning [bancuh ngan sedikit air]

Bahan tumis
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] hiriskan
2 cm halia ]
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara.
1. Panaskan minyak dan minyak sapi dalam rice cooker pot. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan rempah yg dibancuh dan akcau. Masakkans ehingga naik minyak.
3. Masukkan daun yg dipotong kasar dan cili merah & cili hijau.
4. Masukkan air dan susu cair. Biarkan mendideh sekejap.
5. Masukkan beras dan alihkan periuk dalam rice cooker.
6. Bila dah nasi kering, titikan pewarna kuning dan biarkan kering lagi.
7. Bila telah kering gemburkan nasi perlahan supaya beras tak patah.
8. Hidangkan dengan daging prunes dan acar.



Daging-Prunes
DAGING PRUNES

bahan

600 gm daging [potong nipis]
1/2 cawan buah prune [buangkan biji dan mesin halus]
5 s/b sos tomato
4 s/b kicap pekat
2 s/b cili mesin
2 s/b rempah kari
4 s/b minyak
1/2 cawan air
garam

bahan mesin
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 inci halia

Cara
1. Daging dibersihkan dan gaulkan dengan sos tomato, rempah kari, cili mesin dan kicap pekat.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging. Kacau rata. Biarkan masak sehingga daging lembut.
4. Masukkan buah prune mesin dan garam. Biarkan sehingga kuah pekat.
5. Hidangkan bersama nasi putih atau nasi minyak atau beriani.


Acar-Nenas

ACAR NENAS

Bahan [hiris]

nenas
timun
cili merah
cili hijau
bawang besar
carrot
garam
gula
cuka atau lime jus

Bahan Mesin
3 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah

Cara
1. Semua sayuran dipotong dan basuh. Toskan.
2. Gaulkan bahan mesin dengan cuka, gula dan garam. kacau rata.
3. Gaulkan semua bahan dan hidangkan.

Monday, January 19, 2009

Nasi Tomato N The Gang

Nasi-Tomato


NASI TOMATO

Bahan-Bahan:

5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang

bahan tumis
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

Cara:
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..
5. Bolih dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun..



beriani-daging


BERIANI DAGING

Bahan
1 kg daging ]
4 s/b rempah beriani ] bancuh dgn sedikit air
1 cawan yogurt
3 s/b tomato puree
3 biji kentang potong kecil]
2 biji tomato buah [belah 4]
3 biji tomato buah ranum [mesinkan dengan 2 cawan air]
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 labu bawang besar [belah 4]
1 pkok daun ketumbar [potong kasar]
garam

Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
minyak

Cara
1. Daging dipotong kecil dan basuh. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani dan daging yg dibancuh dgn air. Kacau rata sehingga naik minyak.
4. Masukkan buah tomato yg telah dimesin denngan air dan juga tomato puree . Biarkan sehingga lembut.
5. Masukkan kentang dan yogurt. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
6. Masukkan buah tomato belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Rasakan garamnya.
7. Bila dah nampak layu boleh tutup api dan hidangkan dengan nasi beriani atau roti.


Ayam-Merah


AYAM MASAK MERAH

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam ..dipotong kecil..bersihkan dan buh kunyit & garam dan goreng

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
4 biji tomato
2 S/B tomato sos

kacang peas
bawang besar,,potong gelang
minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara:
1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat

Monday, September 15, 2008

Bubur Lambuk Terengganu

biasanya kalau bulan puasa..bubur lambuk adalah hidangan yg paling suka dibuat oleh ibu2 di Terengganu...
memang pemes..sehingga banyak dijual di Pasar Ramadhan tapi takleh sesedap buatan sendiri..
kakliza pun tak lepas peluang untuk menjamu keluarga dengan masakan ni...




sayuran yg digunakan untuk buat bubur lambuk


dalam mangkuk


siap dimakan

BUBUR LAMBUK

Bahan

2 cawan beras [rebuskan dalam slow cooker]
1/2 kg keledek [warna merah/jingga]...potong kecil
1 s/b lada hitam
2 cm. halia
5 ulas bawang merah
5 tangkai pucuk ubi
5 tangkai daun cekur manis
1 ikat daun paku merah
1 ikat pucuk paku hijau
5 pokok kangkong
2 tangkai dan kadok
4 tangkai daun kesom
4 tangkai daun kemangin
1 helai daun kunyit
1 cawan udang basah saiz kecil [tak der pun tak per]
2 ekor ikan kembung [bakar dan ambil isi]
air secukupnya
garam

Cara membuat
1. Semua sayuran dipotong, basuh dan toskan.
2. Tumbuk lada hitam hingga lumat, setelah itu masukkan 10 ulas bawang merah, halia dan tumbuklah lagi sehingga lumat bersama isi ikan tadi.
3. Masukkan keledek dan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama ikan yg dihancurkan kedalam bubur nasi tadi.
4. Masukkan udang dan kacau sehingga rata.
5. Bila sudah hampir untuk diangkat, masukkan sayur-sayura & garam secukupnya sambil dikacau hingga cukup rata dan sayur layu.
6. Angkat dan hidangkan.

Wednesday, July 09, 2008

Ketupat Sotong

minggu lalu adalah minggu terakhir anak dara kakliza bersama kakliza..
Khamis ni kakliza sekeluarga akan ke Shah Alam untuk menghantar dia masuk semula ke U..
sure sunyi balik la rumah kakliza kerana takder sapa nak berceloteh ngan kakliza during day time...
dia ada bertanya mengenai rasa ketupat sotong yg kawannya dakwa sangat sedap...
so kakliza pun buatkan untuk dia makan...
masa kakliza belajar buat sotong ni dia baru jer pandai bercakap..




KETUPAT SOTONG

Bahan-bahannya:

1 kg sotong
400 gm beras pulut [rendam dalam 1 -2 jam]
5 cm halia (dimayang)
3 biji bawang merah (dimayang)
1 s/b halba
4 cawan santan [1 biji kelapa]
Lidi kelapa dipotong 2 inci
1 s/k gula
garam (secukup rasa)

Cara-caranya:
1. Sotong dibuangkan kulit nipisnya dan dibasuh sehingga bersih. Tos kering.
2. Kukuskan pulut sehingga naik wap.
3. Angkat pulut dan masukkan dalam mangkuk. Gaulkan dengan 1 cawan santan yg telah dicampurkan garam.
4. Gaulkan pulut sehingga sebati dan berminyak.
5.Masukkan pulut anggaran 3/4 badan sotong.
6. Tutup badan sotong dengan lidi kelapa yang dipotong supaya beras pulut tidak terkeluar.
7. Rebus sotong tersebut dengan 1 cawan santan sehingga masak dengan api sederhana.
8. Masukkan lagi 2 cawan santan ,halia, bawang, halba, gula & garam.
9. Masakkan sehingga mendidih dan agak pekat.

Pulut Serunding



PULUT SERUNDING DAGING

Bahan

500 gm beras pulut [rendamkan sebentar]
2 cawan santan pekat [1/2 biji kelapa]
garam
daun pandan
serunding daging [beli jer]

Cara
1. Bersihkan dan toskan pulut.
2. Masukkan beras pulut, santan, garam dan daun pandan dalam loyang.
3. Letakkan loyang dalam kukusan.
4. Masakkan sehingga naik wap.
5. Kacau beras pulut dalam loyang supaya masak rata.
6. Bila sudah masak tutup api.
7. Hidangkan dengan serunding daging.

Tuesday, July 01, 2008

Soto Tulang

teringin nak makan soto..
so kakliza buat yg paling senang..kes all in one la kannn....
kalau gunakan ayam..nak kena koyakkan [siatkan]..
so kkliza buat gunakan tulang..sonang banget...

nasi impitnya kak liza gunakan yg paket kecil tu..comel2 jer...
rebus pn taklah susah sangat....
sejukkan dan potong..
pastu curahkan jer sup tulang yg dibuat tu...
kalau tak eprcaya...acu cuba try masakkk....





SOTO DAGING

Bahan- [anggaran 10 orang makan]
1 kg tulang [potong kecil]
nasi impit [kakliza gunakan yg paket mini nasi impit >> rebus sampai masak]
taugeh [kakliza gunakan hirisan kobis]
daun bawang dan daun sup [racikkan]
bawang goreng
air secukupnya
garam
minyak

Bahan tumis:
4 cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih

Bahan kisar:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
5 cm halia
3 cm lengkuas
3 batang serai
3 s/b rempah kurma
1 s/b lada hitam
5 biji buah keras

Cara
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan tumis dan bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan tulang, garam dan air secukupnya. Biarkan mereneh sehingga tulang lembut.
3. Untuk hidangan masukkan nasi impit atau mee/bihun dan daging serta bahan lain dan sendukkan sup/kuah tadi.
4. Untuk memberikan perisa tambahkan kicap pedas dan pegedil..

Kicap Pedas [mesin halus]
10 biji cili api
2 s/b kicap manis/pekat
2 ulas bawang putih
5 biji jus limau kasturi
garam



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers