Monday, July 30, 2012

BUBUR AYAM

BUBUR AYAM

Bahan

2 cawan beras

1 keping dada ayam

1 kiub pati ayam

2 inci halia [hiris]

Air secukupnya

3 ulas bawang merah [hiriskan]

1 sudu besar rempah kari

Minyak untuk menggoreng

Garam secukup rasa

Air secukupnya

Bahan Hiasan

Daun sup & daun bawang [hiriskan]

Bawang goreng

Cara Membuat

1. Rendamkan beras selama 1-2 jam. Tuskan.

2. Masukkan beras, kiub pati ayam, halia, bawang merah, garam dan air secukupnya dalam periuk. Masakkan sehingga beras hancur dan kembang.

3. Ayam dipotong dan bersihkan. Gaulkan dengan garam dan rempah kari.

4. Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan ayam sehingga garing.

5. Koyakkan ayam goreng dan ketepikan.

6. Masukkan nasi bubur dalam mangkuk hidang dan taburkan ayam goreng yang telah dikoyakkan dan bahan hiasan.

7. Hidangkan bersama sup.

Tip

Jika suka boleh siramkan sedikit minyak gorengan ayam.

5 comments:

adda syuhada said...

sedapnya bubur ayam...biasanya kalau xde selera jer mesti request bubur ayam ngn En Hubby..tp cm biasa la konpem dia bg yang cepatnya..bubur ayam Mcd...uhuhu

azian said...

sesekali berbuka dengan bubur ayam ok juga...

hana said...

salam ramadhan buat kakliza skluarga... sedapnyer bubur ayam.. dah lama tak membuatnya. tetiba macam nak buat... adehhh

LinRosly said...

Assalamualaikum Kak Liza Cayang!
Bubur Ayam...Bestnya...

nora cherry said...

makan bubur sekali sekala mmg sedap, bubur simple mcm bubur ikan bilis pun dah ckup menyelerakan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers