Wednesday, August 01, 2012

BAMIA AYAM

BAMIA AYAM

Bahan

1 ekor ayam [potong kecil]
12 - 15 tangkai kacang bendi saiz kecil
3 sudu besar serbuk rempah kari daging
2 inci kayu manis
3 ulas bawang putih ]
4 labu bawang besar ] tumbuk halus
2 inci halia ]
1 tin kecil tomato puree
1/2 cawan minyak
1 tin susu cair
Garam secukupnya

Cara

1. Gorengkan kacang bendi sehingga layu. Ketepikan.

2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk dengan kulit kayu manis dan rempah kari sehingga wangi dan naik minyak.

3. Masukkan ayam, susu cair,tomato puree dan garam. Kacau rata.

4. Bila telah naik minya dan agak pekat masukkan kacang bendi.

5. Sedia untuk hidangkan.

7 comments:

Phong Hong said...

Resipi ni memang ada kelainan. Gambarnya pun cantik, ala ala fine dining.

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, Kak Hanieliza.

Kita selalu jumpa style masakan macam ni di Restoran Daun Pisang. Memang sedap ni kak, tak pernah masak sendiri. Kena salin resepi, hehe.

Rohah said...

memang nampak sedap ni kak..menjilat jari kalau dapat calet kuahnye tu..

Fara Ada said...

nampak sedap sgt nak2 lagi kalau dapat cecah dgn roti keping kan? huhuhu..
anyway kak liza, bamia tu apa ek? kenapa dinamakan BAMIA AYAM? hehe

Anonymous said...

Dah cube resepi yg sedap
Ini.. Mmg besh!!!..tq for recipe... Dtg lh jenguk blog saya plak ek www.jomhealthywithme.blogspot.com tq��

m zubir jusoh said...

Nmpk sdp nk try hr niii...

m zubir jusoh said...

Nmpk sdp nk try hr niii...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers