Friday, August 03, 2012

Kambing Goreng Jintan

sajalah nak kongsikan resipi yang lain sikit dari biasa..


Daging Goreng Jintan

Bahan A
500g daging kambing [dipotong nipis dan bersihkan]
2 sudu besar serbuk jintan manis ]

1 sudu kecil lada hitam [ditumbuk ] ] bancuh dengan sedikit air

1 biji buah tomato [belah 4]
1 sudu besar jus limau nipis

2 sudu besar minyak
air secukupnya

garam

Bahan B [hiriskan]
3 tangkai cili hijau
1 tangkai cili merah

3 ulas bawang kecil

2 ulas bawang putih

3 sm halia
1 biji bawang besar
1 tangkai daup sup
1 tangkai daun bawang

Cara:

1. Panaskan minyak dan tumiskan halia, bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.

2. Masukkan rempah yang dibancuh. Kacau rata.

3. Masukkan daging dan air secukupnya untuk merebuskan daging sehingga lembut.

4. Bila daging telah lembut dan kering air masukkan, cili dan bawang yang dihiris. Kacau rata.

5. Masukkan buah tomato, jus limau, daun sup dan daun bawang.

6. Hidangkan.


Tips

Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

3 comments:

kakchik@ella said...

Alahai kak .. nmpk sedap sgt kambing tu. kalau ganti dengan daging lembu boleh tak kak?

hanieliza said...

Salam...
boleh saja digantikan dengan daging..or even dengan ayam juga..

Anonymous said...

Daging kambing ni cpt tak empuk?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers