Tuesday, June 21, 2011

Sayur Lemak Jambu Golok dan Sotong

sekarang ni sana-sini orang cerita candat sotong...
sedapnya jika dapat sotong besar dan segar bugar.....

masa mula-mula kakliza diperkenalkan masakan ni..agak ragu-ragu nak makan..
macam pelik jer..sebab ada buah jambu golok atau buah gajus dalam masakan sotong..
tapi bila dah mula makan..eh..sedap pulakkk..
kalau tak caya..acu cuba test masak...sure sedap..
nak pulak makan dengan orang Terengganu..sure lagi beh...


SAYUR LEMAK SOTONG & BUAH JAMBU GOLOK [BUAH GAJUS]

Bahan

5 ekor sotong
10 biji buah gajus masak
1 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
garam secukupnya

Bahan Hiris
3 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
1 labu bawang besar

Cara
1. Sotong dibersihkan dan potong kecil
2. Buah gajus dibelah 4 dan perahkan sikit air pahitnya.
3. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk.
4. Masakkan sehingga mendideh sambil mengacau kuah supaya tidak pecah minyak.
5. MBila dah mendideh masukkan santan pekat dan kacau lagi sampai mendideh lagi.
6. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.


Sunday, June 19, 2011

Kelas Masak NASI...

JOMMMMMMMMMMMMMMM.....

Cabaran DAISY 2011 lagi....

Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 dihidangkan Bersama Kosmo!

Cabaran Daisy Sehebat Chef merupakan kerjasama antara Kosmo! dan Minyak Jagung Daisy serta rakan strategik Tupperware yang bertujuan untuk membantu usahawan-usahawan kecil dan sederhana untuk mengukuhkan serta mengembangkan perniagaan mereka.

Cabaran Daisy ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu kek dan biskut. Ia terbuka kepada semua usahawan termasuk suri rumah, peniaga-peniaga kecil dan mereka yang mempunyai minat yang mendalam dalam memasarkan kek dan biskut raya mereka. Cabaran Daisy adalah platform terbaik kepada mereka untuk menonjolkan kebolehan kepada umum.

Objektif kempen :-

· Mencari dan mencungkil bakat-bakat usahawan kecil yang mahir dalam pembuatan kek dan biskut di Malaysia.

· Membimbing dan berkongsi dengan orang ramai tentang teknik menggunakan Minyak Jagung Daisy dalam masakan kek dan biskut.

· Mempromosikan kek dan biskut tradisional serta moden kepada semua generasi muda dan warga emas.

· Kerjasama antara Minyak Jagung Daisy dan Kosmo! sebagai tanggungjawab sosial kepada masyarakat dalam menyokong, membantu dan mempromosikan usahawan kecil dan sederhana sambil menambahkan kehangatan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

· Memberi peluang kepada usahawan menjadikan cabaran ini sebagai platform dan berkongsi idea serta kreativiti dalam masakan bersama Duta Minyak Jagung Daisy, Chef Liza.

Empat lokasi telah dipilih untuk menjadi lokasi rasmi peringkat zon bagi Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 dihidangkan Bersama Kosmo!. Cabaran ini akan bermula di Giant Kuala Terengganu pada 18 Jun, diikuti pusat beli-belah AEON AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur pada 26 Jun. Pusat beli-belah Star Parade, Alor Setar akan menjadi lokasi ketiga pada 2 Julai manakala Giant Tampoi, Johor Bahru pada 10 Julai 2011. Seorang pemenang bagi setiap kategori peringkat zon, layak ke cabaran peringkat akhir yang akan diadakan di Plaza Shah Alam pada 17 Julai 2011. Satu bengkel bersama Mentor Chef Liza akan diadakan di Laman Chef Liza iaitu pada 15 Julai 2011 kepada lapan peserta yang layak ke peringkat akhir.

Mekanisma

Mereka yang ingin menyertai cabaran ini perlu mengisi borang penyertaan yang di siarkan dalam akhbar Kosmo! sejak 1 Jun sehingga 20 Jun 2011. Borang perlu dihantar bersama satu resipi ciptaan sendiri mengikut kategori yang dipilih. Semua resipi perlu menggunakan Minyak Jagung Daisy. Setiap peserta hanya boleh mengambil bahagian dalam satu kategori dan terhad kepada 15 peserta dalam setiap kategori bagi peringkat zon.

Resipi yang dihantar perlu lengkap, kemas bertaip dalam kertas saiz A4. Peserta peringkat zon yang layak perlu membawa 2 biji kek / 2 set biskut yang telah siap dimasak ke lokasi pertandingan. Peserta perlu mempamer resipi dan hiasan masakan mengikut tema serta kreativiti yang ditetapkan oleh penganjur.

Tema yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

· Giant Kuala Terengganu – Seni dan Kebudayaan

· AEON AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur – Alam Fantasi

· Star Parade, Alor Setar – Flora

· Giant Tampoi, Johor Baharu – Dasar Laut

· Cabaran Peringkat Akhir, Plaza Shah Alam, Selangor – Hari Raya Aidilfitri

Hadiah dan Wang Tunai Cabaran

Cabaran ini tidak mengenakan sebarang bayaran kepada mereka yang berminat sebaliknya memberi peluang kepada mereka yang terpilih , sama ada menang atau kalah untuk menerima ganjaran sebanyak RM100 setiap seorang berserta hadiah Daisy dan Tupperware bernilai RM100. Amalan ini jarang dilakukan dalam mana-mana pertandingan memasak kerana peserta yang kalah pada peringkat separuh akhir juga turut membawa pulang wang tunai dan hadiah. Pemenang bagi peringkat zon akan menerima wang tunai bernilai RM300 untuk setiap kategori.

Keseluruhan hadiah dan wang tunai yang ditawarkan di dalam cabaran ini bernilai lebih daripada RM50,000. Juara akan memenangi wang tunai RM5,000 berserta hadiah Tupperware bernilai RM5,000. Pemenang di tempat kedua pula layak mendapat wang tunai RM3,000 berserta hadiah Tupperware bernilai RM3,000. Tempat ketiga pula akan menerima wang tunai RM2,000 berserta hadiah Tupperware RM2,000. Hanya seorang penerima saguhati akan dipilih dan membawa pulang wang tunai RM500 berserta hadiah Tupperware bernilai RM1,000.

Mengenai Minyak Jagung Daisy

Merupakan jenama minyak jagung No.1 di Malaysia. Menggunakan 100 peratus minyak jagung asli dan bebas kolesterol diperkaya dengan vitamin E dan omega 6.

Minyak Jagung Daisy mengandungi Soft-Poly yang bagus untuk membuat biskut dan kek. Soft-Poly adalah lemak politidaktepu yang diekstrak dari isi jagung yang bermutu tinggi.

Keistimewaan Soft-POLY :

· Mengadunkan ramuan biskut dan kek dengan mudah untuk rasa yang sempurna.

· Biskut menjadi lebih gebu, ringan dan cair di mulut.

· Kek menjadi lebih halus, lembut dan lembap.

· Membantu mengurangkan kolesterol dalam badan.

Minyak Jagung Daisy adalah jenama pilihan kepada para pembuat kek dan biskut kerana kandungan soft-poly.

Duta minyak jagung Daisy, Chef Liza Zainol merupakan chef selebriti terkenal yang berpengalaman lebih sedekad dalam bidang masakan dan pembuatan kek. Beliau memiliki akademi kulinarinya sendiri dan merupakan konsultan untuk Program Usahawan MARA. Beliau juga merupakan duta kulinari Malaysia di kebanyakan negara termasuk Itali, Paris, London, Amerika Syarikat, Vietnam, Singapura dan Indonesia.


Wednesday, June 08, 2011

Cabaran DAISY 2011



Assalamualaikum..
Baru-baru ni kakliza telah dihubungi oleh pihak Utusan Media menjemput memeriahkan Cabaran Daisy 2011 bersama Chef Liza Zainol d Kuala Lumpur...
sayangnya kakliza ada mengajar kelas masakan di Kerteh bersama dengan cekgu dan penduduk disekitar Kerteh dibawah anjuran Kolej Komuniti Kemaman yang bermula pada 7 Jun 2001 sehingga 9 Jun 2011...
Kakliza menyediakan 12 resepi terdiri dari pizza, pie, muffin dan tart..

sayang sekali tak joinkan diri ke majlis itu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers