Friday, November 19, 2010

Demo Masakan lagi...

Salam..kakliza akan sibuk bagaikan Wanita Pertama jer..[perasan jerr] untuk jelajah Malaysia..

20 November 2010 [Sabtu] ke Kuala Lumpur

22 - 26 November 2010 [Isnin - Jumaat] - Photo-shooting buku Biskut dan Kek Perayaan [50 resepi]

27 November 2010 [Sabtu] - Kelas Masakan di Putri Apatment, Jalan Setiawangsa 21, Kuala Lumpur [6 resepi]

28 November 2010[Ahad] - Bengkel Masakan dengan MSU/Mingguan Wanita di Shah Alam


2 Dsember 2010 [Khamis] - Majlis Konvokesyen anak dara kakliza di UiTM Shah Alam


3 Disember 2010 [Jumaat] ke Port Dickson [rumah adik perempuan kakliza]


4 Disember 2010 [Sabtu] ke Johor Bahru, Johor [akan singgah jumpa En. Mat Gebu di Sedenak, Johor]


5 Disember 2010 [Ahad] - Demo Masakan di Danga City Mall jam 2.00 - 2.45 petang [2 resepi] [Balik Kerteh]

9 Disember 2010 [Khamis] - Lawatan Keluarga ke Plant Petronas Penapisan


10 Disember 2010 [Jumaat] - Demo Masakan di Kedai Buku POPULAR Mesra Mall,
Kerteh, Terengganu jam 3.00 - 5.00 petang [4 resepi]

11 Disember 2010 [Sabtu] - Demo Masakan di Kedai Buku POPULAR Kuantan Mega
Mall, Kuantan, Pahang jam 3.00 - 5.00 petang [4 resepi]

12 - 14 Disember 2010 [Ahad - Selasa] ke Kuala Lumpur


14 Disember 2010 [Selasa] - Balik Alor Setar, Kedah


17 Disember 2010 [Jumaat] - Demo masakan di Kedai Buku POPULAR Star Parade,
Alor Setar, Kedah jam 5.00 - 7.00 petang [4 resepi]

18 Disember 2010 [Sabtu] - Demo Masakan di Kedai Buku POPULAR Star Parade,
Alor Setar, Kedah jam 3.00 - 5.00 petang [4 resepi]

19 Disember 2010 [Ahad] - Demo Masakan di Kedai Buku POPULAR Plaza Gurney,
Pulau Pinang jam 3.00 - 5.00 petang [4 resepi]

20 Disember 2010 [Isnin] Balik Kerteh

Thursday, November 18, 2010

Kelas Masakan di Kuala Lumpur


Assalamualaikum..
kakliza akan mengadakan kelas masakan di Kuala Lumpur pada 27 November 2010 akan datang..
sesiapa yang ingin hadir boleh hubungi no. telefon yang tertera.
Tempat adalah terhad. Siapa yang ingin, boleh buat bayaran pendaftaran untuk mendapat tempat.

Sunday, November 14, 2010

Sosej & Telur Hancur

Salam Ahad...
pagi ni hujan..cuaca agak sejuk..
nak g cari roti canai pun malas jer nak keluar...
so kakliza pun godek-godeklah sosej dan telur..makan dengan roti bun sosej...

SOSEJ & TELUR HANCUR

Bahan
3 batang sosej ayam [potomg kecil]
2 biji telur [pukul sedikit]
1 pokok kecil brokoli [potong kecil]
1 labu bawang besar ]
2 biji tomato ] potong dadu
2 biji cili merah ]
1 sudu besar minyak
garam secukupnya
cili sos
sos mayonis /thousand island
roti bun sosej [belah tengah]

Cara
1. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar.
2. Masukkan sose, brokoli dan cili. Gaul rata.
3. Masukkan telur dna biarkan keras sebentar. kacau supaya bergaul rata.
4. Angkat dan masukkan dalam roti bun sosej.
5. Hidangkan dengan sos cili dan sos mayonis/thousnad island.


Saturday, November 13, 2010

Bendi Rebus & Sambal


Salam.. le ni banyak dapur dok tayang Bendir rebus dan Sambal..
aceli 3 minggu lalu kakliza ada buat kelas [bengkel masak] untuk peserta dari PLPP Jerteh, Terengganu..
antara menu yang dimasak adalah Bendir rebus dan Sambal..
kkliza ada ambil gambar tetapi tak berapa cantik..
so 3..4 hari lalu kakliza pun ulang masak sayur itu..

BENDIR REBUS & SAMBAL

Bahan A
500 gm bendi kecil [potong hujung]
1 liter air
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil minyak
1 cawan ketulan ais

Bahan B
10 tangkai cili merah ]
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] mesin kasar
1 sudu besar udang kering ]
1 sudu kecil belacan ]
3 sudu minyak
garam

Cara
1. Masukkan semua bahan A kecuali bendi dan ketulan ais dalam periuk dan panaskan sehingga air mendideh.
2. Masukkan bendir dan biarkan selama 5 minit.
3. Angkat bendir dan amsukkan dalam mangkuk yang tersedia ketulan ais. Biar sekejap.
4. Toskan dalam tapiskan. Susunkan dalam pinggan hidangan.
5. Panaskan minyak dan tumiskan bahan ayng dimesin sehingga naik minyak.
6. Masukkan garam dan kacau rata.
7. Tuangkan atas bendir dan hidangkan.


Friday, November 12, 2010

Kek Pelangi

KEK BUTTER PELANGI

Bahan
250 gm butter
40 gm majerin
210 gm gula kastor/halus
5 biji telur ayam
230 gm tepung gandum ]
1 sudu kecil baking powder ] ayak bersama
80 ml susu segar/fresh milk
1 sudu kecil coklat pes
pewarna merah dan hijau

Cara
1. Pukul mentega dan gula hingga betul-betul kembang.
2. Masukkan telur sebiji deni sebiji dan diikuti dengan esenvanilla.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu.
4. Teruskan memukul adunan dengan perlahan untuk seketika sehingga benar-benar sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian yang dimasukkan ke dalam bekas berasingan.
6. Setiap satu bahagian ditambah dengan coklat pes, merah dan hijau Satu bahagian lagi biarkan warna asal.
7. Panaskan oven 180'C selama 10 minit.
8. Sediakan acuan loyang yang telah digriskan terlebih dahulu dengan sedikit mentega dan taburkan tepung nipis sikit atau lapikkan loyang dengan kertas minyak.
9. Sudukan adunan ke dalam loyang dari setiap bahagian yang berlainanan warna secara berselang-seli sehingga kelihatan berbelang.
10. Bakar adunan selama 50 - 60 minit dengan suhu 180 C.
11. Sejukkan dan hiaskan mengikut citarasa sendiri.

Thursday, November 11, 2010

Bermesra-mesra di Mesra Mall Kerteh

me n my pasta


Salam..
semalam dengan tak dirancang kakliza membuat late breakfast gathering diMesra Mall Kerteh bersama dengan beberapa orang gang blogger/FB..
kebetulan kakliza ingin menguji masakan Pasta yang di Melayukan..
kali ini kakliza memasak Fertucinni Goreng Paprik..
ini adalah rentetan beberapa resepi PASTA yang kakliza akan tuliskan untuk majallah..
Alhamdulillah mereka gembira sekali menikmati masakan Pasta yang dimelayukan...

aceli kakliza bawa camera tapi malasnya nak tembak-tembak...so kakliza pinjamkan dari gambar yang di tembak oleh penguji maskan kakliza..
so kakliza ucapkan terimakasih kerana sudi memberi pinjam gambar untuk tayangan blog akak...


gambar ni kakliza ambil dirumah untuk majalah..

ni dari camera food tester kakliza..

ni dia sebahagian food tester kakliza..

tembak..jangan tak tembakkkk..

Monday, November 08, 2010

Daging Lada HItam

salam..
pagi tadi kakliza bawa lauk Daging Lada Hitam ke majlis baca Yassin rumah kawan..
so boleh lah cuba masak..




DAGING LADA HITAM

Bahan-bahan

500 gm daging lembu [potong kecil dan nipis]
2 s/b kicap pekat
2 s/b tepung jagung ] bancuh
1 cawan air ]
2 s/b lada hitam [tumbuk]
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...

Bahan Tumis [mayangkan/hiriskan]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

Bahan Hiasan
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang ]potong 1 inci
1 biji tomato [belah 6]
2 biji cili merah
2 biji cili hijau

Cara membuat
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut.
3. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kicap pekat.
4. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
5. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.

Tuesday, November 02, 2010

BIZI more than the BEES




Assalamualaikum..
Alhamdulillah... bizi tu bermakna rezeki....
dengan tak disangka..projek demi projek berjalan masuk...
tapi biasalah jika ada projek..sudah tentu bizi giler-giler punya la...

kakliza akan mengendalikan Kelas Masakan lagi..
kali ini akan ambil masa selama 3 hari..pada cuti hujung minggu ini..
saperti biasa kakliza akan menyediakan text resepi..kali ini 32 resepi Nasi dan Lauk-pauk
kemudian akan dicetak dan bindkan untuk memudahkan peserta membuat rujukan..

kakliza akan membuat kelas ditempat [rumah Aktibiti Petronita] di Rantau Laut juga memandangkan rumah itu agak sesuai untuk pembelajaran..
sebenarnya rumah itu digunakan untuk kelas tusyen bagi anak-anak kakitangan Petronas disini..


semoga Allah permudahkan segala urusan kelas masakan pada hujung minggu ini ....
InsyaAllah....

Saturday, October 30, 2010

Somtam [Kerabu Betik]


SOM TAM [KERABU BETIK]

Bahan

1 biji kecil betik mengkal [warna jingga/merah-oren]
1 biji mangga muda
3 batang kacang panjang [racik]
5 helai daun salad
2 kuntum bunga kantan [racik halus]
8 tangkai cili padi [racik halus]
2 tangkai cili merah [racik halus]
1 s/b udang kering [ditumbuk kasar ]
5 s/b kacang tanah goren tnpa minyak [ditumbuk kasar]
3 labu kecil bawang besar [mayang]
2 pokok daun ketumbar [,ayang]
2 sudu besar sos ikan
gulla secukup rasa
5 biji limau kasturi - ambil jusnya

Cara:
1. Betik dan mangga dibuangkan kulit dan racik memanjang.
2. Satukan sos ikan, gula dan jus limau nipis. Kacau rata.
3. Campurkan betik, mangga, kacang panjang, tomato, cili padi, udang kering dan kacang tanah gaul hingga rata.
4. Kiranya kurang masin boleh ditambah garam kerana sos ikan sudah masin.
5. Alaskan pinggan dengan daun salad, isikan som tam dan makan segera.

NOTA..tak perlu tambah garam kerana sos ikan ni masin...

Friday, October 29, 2010

Koktel Buah Berkuah

Salam....
Ramai yang bertanya mengenai dessert yang kakliza pamirkan dalam blog minggu lepas..
kakliza pernah buat tetapi kali ini adalah gambar dari hasil teman kakliza..[kakliza pun tak ingat siapa yang buat ni..]


KOKTEL BUAH_BUAHAN BERKUAH

Bahan
1 tin fruit cocktail
1 tin buah laici
1 mangkuk jeli buah-buahan de nata [mangga atau laici]
1 tin susu cair
1 cawan gula
ketulan ais secukupnya

Cara
1. Larutkan gula dengan susu cair.
2. Masukkan semua buah dan bancuhan gula & susu cair dalam mangkuk hidang yang besar.
3. Masukkan ketulan ais dan hidangkan sejuk.

Thursday, October 28, 2010

Sup Makaroni

SUP MAKARONI

Bahan

200 gm macaroni [rebus sehingga lembut dan toskan]
500 gm ayam [potong kecil]
3 biji kentang [potong dadu]
1 batang carrot [potong kecil]
sedikit kobis [potong kecil]
1 pokok daun sup [racikkan]
1 pokok daun bawang [racikkan]
1 s/b lada hitam [tumbukkan]
bawang goreng
air secukupnnya
minyak
garam

hirisan ciliapi + jus limau

Bahan tumis
2 ulas bawang putih [hiris]
3 ulass bawang merah [hiris]
2 cm halia [hiris]
1 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga


Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan ladahitam. Kacau sehingga naik bau.
3. Masukkan air, garam kentang dan carrot. Biarkan mendideh.
4. Bila sudah masak hidangkan dengan macaroni dan daun sup, daun abwang dan juga bawang goreng.
5. Jika nak pedas tambahkan cili hiris dan perahan limau.



Monday, October 25, 2010

Alhamdulillah....TOP 50

Alhamdulillah..syukur pada Allah SWT atas rezeki yang diberikanNya...
dan terimakasih pada PTS kerana menjayakanya....
semoga Allah sentiasa memberkati segalanya....

menurut laporan dalam blog Puan Ainon Pengerusi PTS


TOP 50 Judul bagi Tempoh 1 Januari - 21 Oktober 2010 Berdasarkan Jumlah Naskhah Terjual



1. Senangnya Memasak Ayam - 20,869
2. Senangnya Memasak Nasi - 19,944
3. Senangnya Memasak Ikan - 19,931
4. Senangnya Memasak Mi, Mihun & Kuetiau - 19,874
5. Dahsyatnya Doa Ibu - 19,667
6. Hidangan Mudah, Cepat & Enak: Bersahur - 19,262
7. Hidangan Mudah, Cepat & Enak: Berbuka Puasa - 18,914
8. Senangnya Memasak Kuih-Muih Minum Petang - 18,226
9. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung - 18,214
10. Senangnya Memasak Kerabu & Salad - 16,852
11. Senangnya Memasak Sambal & Sos - 16,523
12. Senangnya Memasak Makanan Barat - 16,104
13. Senangnya Memasak Puding & Desert - 15,729
14. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah - 15,593
15. Senangnya Memasak Daging - 15,546
16. Alexander Adalah Zulqarnain - 15,304
17. Memasak Sehebat Chef Sup - 13,678
18. Senangnya Memasak Makanan Laut - 13,460
19. Memasak Sehebat Chef: Bubur - 12,528
20. Senangnya Memasak Sayur - 12,301
21. Senangnya Memasak Tauhu & Telur - 12,224
22. Senangnya Memasak Kuih Kukus - 11,088
23. Magnet Rezeki Dengan Solat Duha - 10,438
24. Memasak Sehebat Chef Rendang - 10,267
25. Senangnya Memasak Kambing - 9,962
26. Ajaibnya Sedekah - 9,891
27. Biografi Muhammad bin Abdullah ed. Hard Cover - 9,812
28. 1 Hari 1 Resipi 365 Menu Istimewa Chef Hanieliza - 9,759
29. Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah - 9,751
30. Hidangan Terbaik Dunia: Thailand - 9,635
31. Dahsyatnya Qiamullail - 9,616
32. Cita Rasa Malaysia: Kelantan - 9,600
33. Cita Rasa Malaysia: Johor - 9,579
34. Hidangan Terbaik Dunia: Cina - 9,465
35. Hidangan Terbaik Dunia: Siam - 9,387
36. Hidangan Terbaik Dunia: Jawa - 8,576
37. Armagedon 2012: Bencana Akhir Zaman - 8,554
38. Aku Mahu Superbibik - 8,304
39. Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain - 8,286
40. Hidangan Terbaik Dunia: Singapura - 8,210
41. Munajat Malam - 8,118
42. Umar Abdul Aziz: Bayangan Khalifah al-Rasyidin - 8,046
43. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem - 7,999
44. Hidangan Terbaik Dunia: Brunei - 7,969
45. Agenda Yahudi Menakluk Dunia - 7,784
46. Adab Ramadan - 7,697
47. Koleksi Doa Terpilih Daripada Hadis - 7,400
48. Imam Syafie: Pejuang Kebenaran - 7,375
49. Jejak Bisnes Rasul - 7,332
50. Koleksi Doa Terpilih Daripada Al-Quran - 7,160

Istilah 'terjual' yang digunakan di sini bermakna jumlah buku yang keluar dari gudang PTS dan dihantar kepada agen dan kedai-kedai buku.





NOTA: Data ini disediakan oleh Tuan Zain Aziz (foto), timbalan pengurus jabatan jualan dan khidmat pelanggan PTS.

Sunday, October 24, 2010

Meriahnya Bengkel masak

Alhamdulillah..
saperti yang dirancangkan bengkel masakan yang dibuat pada Khamis dan Jumaat lalu telah berjaya menjadi kenyataan..
Masing-masing gembira belajar masak dan menikmati hasilnya
penat tu tak boleh cakaplah tetapi rasa puas hati sangat kerana projek berjalan saperti yang dirancangkan...
lepas satu persatu semua bertungkus-lumus memasak dengan gembira..

acar nenas

dalca

hidangan tengahari hari pertama

sedang menyediakan bahan untuk masakan seterusnya

daging masak hitam

rendang ayam

puding koktel sos mangga

acar buah

nasi jagung

sedang masak nasi kandar

para peserta bengkel..masa untuk bersurai...

depan rumah Jalan 59 Rantau Laut

depan rumah yang dibuat bengkel masakan

tepi rumah ..belakang tu Laut China Selatan..bunyi ombak memukul pantai kuat sekali..

Tuesday, October 19, 2010

Bengkel Masakan 2 hari d Kerteh



Salam buat semua..
untuk 2..3 hari ini jadual kakliza akan begitu padat dengan projek bwngkel masakan bersama kakitangan PLPP [Jabatan Pertanian Besut] seramai 6 orang....

kakliza akan berkampung dirumah Aktibiti Petronita Rantau Laut selama 2 hari ...
diharapkan semuanya dipermudahkan oleh Allah SWT ..
InsyaAllah...


Resipi:

SET A

1-NASI ARAB

2-AYAM TANDOORI GORENG

3-ACAR NENAS

4-DALCA SAYURAN

5-PUDING LAICI DANGDUT


SET B

6-NASI JAGUNG

7-RENDANG AYAM

8-DAGING MASAK HITAM

9-ACAR BUAH

10-AYAM GORENG BEREMPAH

11-PUDING BUAH KOKTEL SOS OREN atau MANGGA


SET C

12-NASI KANDAR

13-KARI KEPALA IKAN

14-SOTONG GORENG MAMAK

15-UDANG MASALA

16- DALCA TELUR*

17-KOBIS GORENG KUNYIT


SET D

18-NASI GORENG KAMPUNG

19-MEE JAWA

20-MEE KARI

21-MEE GORENG MAMAK




Majlis Baca Yassin untuk MamaJah

semalam kakliza dan kawan-kawan hadir dalam majlis baca Yassin untuk MamaJah yang akan berangkat ke Mekah minggu ini..

kakliza dapati masing-masing secara sukarela memberikan sokongan dari segala material..tenaga kerja..juadah..masakan dan segalanya sehinggakan MamaJah begitu sebak untuk berkata-kata semasa diminta membuat ucapan..
majlis begitu meriah dengan kehadiran ramai teman-teman yang selalu beliau dampingi...

sepanjang pengetahuan kakliza MamaJah ni amat rajin menolong.membantu teman-teman..segalanya boleh dibuat..terutama bab memasak..
memang kami sayangkan beliau...

kakliza dan teman-teman mendoakan semoga MamaJah akan beroleh Haji Mabrur dan akan dipermudahkan segala urusan ibadat disana..selamat pergi dan selamat kembali..

jom kita tenguk apa yang ada..
macam iklan ASTRO..macam-macam adaaa....

sebahagian mak dara yang hadir


fruit koktel berkuah..mmm sedap tau...

Tomyam Pasta..hidangan dari kakliza...

masak tempoyak daun-daun



sambal tempoyak..ada ikan bilis..pedas berapi...




rendang ayam

meja hidangan


bahan mee kari

mak dara yang rajin memasak sedang menjamu selera

Saturday, October 16, 2010

Mohd Azib Masak Nasi Goreng Kampung

Salam beberapa hari lalu anak kakliza no4 Mohd Azib dan kelasnya diberikan tugasan oleh guru Kemahiran Hidup untuk membuat masakan..
Dia bercadang masak Nasi Goreng Kampung..
sebelum itu dia membuat rehesal dirumah..nampaknya dia berjaya memasak dengan baik kerana nasi goreng yang dimasak habis dimakan oleh ayah dan adiknya...
kakliza dapat merasa sikit jer sbb nampak mereka sedap makan...

semasa Azib memasak kakliza hanya jagi jurugambar sahaja..
tak boleh la nak ajar dia masak lagi sebb segala pembikinan Nasi Goreng Kampung dan kerja memasak, markah akan diambilkira oleh gurunya...

jom kita tenguk kekucahan yang berlaku dibilik Kemahiran Hidup..

guru Kamahiran Hidup SMK Rantau Petronas..muda baru berumur 25 thn..juga bekas muris sekolah ini..

persiapan yang dibuat oleh rakan sekelas..memotong sotong..nak buat sotong celup tepung..
tapi tepungnya terlalu cair ..so kurang melekat..mereka tak buat rehesal kat rumah..rugi..

Azib baru menumiskan sambal untuk masukkan bahan seterusnya..kawan-kawan jadi pemerhati...

memasukkan nasi yang telah mereka diperoikan...dikacau oleh kawannya..

kacau ....jangan tak kacau yer Azib..semoga berjaya jadi chef kat rumah..heheheh...


rakan sekelas sedang membuat air nescafe untuk dimakan dengan Nasi Goreng..


rakan sekelas sedang menumiskan sambal untuk round kedua Nasi Goreng Kampung..ramai yang menunggu so kena buat lebeh...

pemerhati bebas...jauh datang dari Port Dickson ...

taraaa...dah siap ..untuk guru...

aksi yang mahal tu...

hidangan Nasi Goreng Kampung untuk guru-guru yang ada...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers