Friday, October 29, 2010

Koktel Buah Berkuah

Salam....
Ramai yang bertanya mengenai dessert yang kakliza pamirkan dalam blog minggu lepas..
kakliza pernah buat tetapi kali ini adalah gambar dari hasil teman kakliza..[kakliza pun tak ingat siapa yang buat ni..]


KOKTEL BUAH_BUAHAN BERKUAH

Bahan
1 tin fruit cocktail
1 tin buah laici
1 mangkuk jeli buah-buahan de nata [mangga atau laici]
1 tin susu cair
1 cawan gula
ketulan ais secukupnya

Cara
1. Larutkan gula dengan susu cair.
2. Masukkan semua buah dan bancuhan gula & susu cair dalam mangkuk hidang yang besar.
3. Masukkan ketulan ais dan hidangkan sejuk.

13 comments:

Hamidah said...

sedapnya makan time panas2 ni......

n.h.m.s said...

selalu buat koktel ni di rumah.
suka tambah tepung kastard sikit.
jadi pekat kuahnya.:)

anymz said...

selalu menjamu tetamu buat koktel nih..mudah kan..

my kitchen said...

sup buah indonesia kak?

mekar said...

Buleh cuba buat nih

Mata Hati said...

selalu buat koktel buah ni...mudah dan simple

Ummi said...

Salam k.liza cayang..waaah rindu lama x borak laaa..hehee..K.Liza bz lagi eh...Terliur tgk dessert2 berkuah ni...xleh jadi ni..balik kang kita nak cari buah fresh laa..wat cam Maz hari tu..hehee..muaahhh!

Lin Rosly said...

Sejuk Tekak Bila Dapat Menikmati Koktel Ni Yer Kak Liza...

Nur Aini said...

sedapnya

lina said...

hai kak...lina nak share pasal koktel buah berkuah ni...lina campurkan susu cair n gula pastu masak smpai mendidih...api kecik jer la..pastu masukkan buah2an...yg lain same jer cuma lina masak jer...

Encik CI said...

salam
nak tanya buah dalam tin tu masukkan dengan air dia sekali ke??

IffahRina said...

Kalau kat johor, tambah sikit ice krim soda

Anonymous said...

Kak lieza... air fruit coctail & laici tu masuk sekali ke..?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers