Thursday, October 14, 2010

Jualan Buku Resepi Chef Hanilieza Mengatasi Jualan Novel

Alhamdulillah...
kakliza amat gembira sehingga menitiskan air mata membaca berita oyang dituliskan oleh Cik Azrina Azmi (foto), adalah eksekutif syarikat kedai buku POPULAR..
[saperti dituliskan oleh Puan Ainon Pengerusi PTS.com.my


Cik Azrina Azmi (foto), adalah eksekutif yang bertanggungjawab membangunkan pasaran dan jualan produk-produk berbahasa Melayu di dalam rangkaian kedai buku POPULAR.

Kedai buku POPULAR dimiliki oleh pelabur Singapura.

Sebelum Cik Azrina dilantik bertugas di syarikat POPULAR, syarikat itu terkenal sebagai kedai buku Cina yang terbaik di negara ini. Beliau memikul tanggungjawab memperkenalkan buku-buku Melayu, dan membawa masuk pembeli buku berbangsa Melayu ke dalam kedai-kedai buku syarikat itu.

Dalam posting Facebook beliau semalam, beliau mencatatkan berita yang menggembirakan, iaitu pada minggu lalu, jumlah jualan buku resipi Chef Hanilieza mengatasi jumlah julan novel popular.

Buku ini hanya dapat dibeli di kedai-kedai buku POPULAR.

Pada masa ini POPULAR mempunyai 63 buah cawangan di seluruh negara.

POPULAR adalah pelanggan terbesar PTS.

semoga Allah memberkati usaha POPULAR dan PTS yang mempopularkan kak liza..hehehheh....

9 comments:

aeinio said...

tahniahhh kakkkk....

Mat Gebu said...

Tahniahh kak lizaaa!!!

danishahumaira said...

tahniah kak liza, sy da dptkan buku tu mmg terbaikla, da 2-3 jenis masakan sy cuba dr buku 365 tu, alhamdulillah hasilnya tdk pernah mengecewakan tekak kami sekeluarga

nurfardzianafadil said...

tahniah kak liza...murah rezeki kak....

Fazlinil Irma said...

tahniah kak liza.
tak sabar nak balik msia. dapatkan buku tu.

noni said...

assalamualaikum kak liza,
tahniah.. semoga Allah memberkati akak.
fotopage akak menjadi 1st rujukan ketika mula2 saya berinternet dulu utk cari panduan masakan.
okey skrg dah ada bukunya pula.

Kak Lin said...

Salam Kak Liza....Tahniah Kak Liza...Alhamdulilah....

ilahslilpinkkitchen said...

Saya da get a copy of this book last wed!!! im so excited and cant wait to try the recipes...

Jamaludin Ali said...

Jana pendapatan online cara mudah di http://www.mesra-mood.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers