Showing posts with label Salad. Show all posts
Showing posts with label Salad. Show all posts

Sunday, September 22, 2013

Salad Burger


SALAD BURGER

 Bahan
5 keping burger daging
2 biji tomato 
1 batang timun jepun
1 labu bawang besar kuning [saiz kecil]
1 cawan kobis manis
1 cawan isi jagung rebus
3 biji cili merah [dicincang halus]

Bahan Sos
1 cawan mayonis
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar jus limau kasturi

Cara Membuat
1. Burger dibakar sehingga masak dan garing. Sejukkan dan potong dadu.
2. Tomato, timun, bawang besar dan kobis dipotong dadu kecil.
3. Masukkan semua bahan yang dipotong ke dalam mangkuk besar.
4. Semua bahan sos dimasukkan ke dalam mangkuk kecil dan gaul sebati.
5. Tuangkan bahan sos ke dalam mangkuk bahan yang dipotong dan gaul rata.
6. Sejukkan dan hidangkan dengan roti.



Monday, January 09, 2012

SALAD SOSEJ

kakliza buat secara tidak dirancang..gunakan apa saja bahan yang ada...

SALAD SOSEJ

Bahan
5 batang sosej
3 biji kentang ]
1 pokok brokoli ]
1 batang lobak merah ] dipotong kecil
2 biji tomato ]
1 biji capsicum hijau ]
1 batang kecil timun ]
1/2 cawan sos thousand island
1 sudu kecil serbuk lada hitam

Cara Membuat
1. Sosej dibakar dan potong kecil.
2. Kentang dan lobak merah direbuskan sehingga lembut dan tuskan.
3. Brokoli direbuskan selama 3 minit dan rendamkan dalam mangkuk berisi air sejuk. Tuskan.
4. Masukkan semua bahan dalam mangkuk hidangan.
5. Gaulkan sos thousand island dan lada hitam.
6. Hidangkan bersama salad.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers