Showing posts with label Snack/Jajan. Show all posts
Showing posts with label Snack/Jajan. Show all posts

Sunday, March 24, 2013

Jagung Kukus


Salam buat adik-adik sekelian..
kakliza ni memang sukaaaaa benar dengan jagung..
pantang nampak ada jualan jagung memang beli punya..
dan sungguh tak sangka rupanya cucu perempuan kakliza pun hantu jagung..

baru-baru ini kakliza beli jagung kat pasar malam..
tetapi oleh kerana agak sibuk ..asik bertangguh jer..


.so satu malam tu kakliza terajin nak perisikan butir jagung [bukan hiris macam dalam gambar] untuk buat bubur keesokkannya..
tapi oleh kerana teringin nak makan jagung kukus dengan kelapa muda so kakliza buat juga menggunakan pemanggang ajaib..
jika tiada pemanggang ajaib boleh kukuskan jagung yang digaulkan dengan sedikit garam..
Cuba laaaa...pasti tidak rugi...



JAGUNG KUKUS

Bahan
2 biji jagung
1/2 cawan air
1/2 cawan kelapa muda
3 sudu gula 
sedikit garam

Cara Membuat
1. Jagung diperisikan bijinya [boleh juga hiris kasar]
2. Masukkan jagung, air dan sedikit garam ke dalam peamanggang ajaib, Tutup pemanggang.
3. Masakkan selama 5 minit dengan api perlahan.
4. Masukkan jagung, kelapa muda dan gula ke dalam mangkuk dan gaul rata.
5. Hidangkan.

Sunday, November 14, 2010

Sosej & Telur Hancur

Salam Ahad...
pagi ni hujan..cuaca agak sejuk..
nak g cari roti canai pun malas jer nak keluar...
so kakliza pun godek-godeklah sosej dan telur..makan dengan roti bun sosej...

SOSEJ & TELUR HANCUR

Bahan
3 batang sosej ayam [potomg kecil]
2 biji telur [pukul sedikit]
1 pokok kecil brokoli [potong kecil]
1 labu bawang besar ]
2 biji tomato ] potong dadu
2 biji cili merah ]
1 sudu besar minyak
garam secukupnya
cili sos
sos mayonis /thousand island
roti bun sosej [belah tengah]

Cara
1. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar.
2. Masukkan sose, brokoli dan cili. Gaul rata.
3. Masukkan telur dna biarkan keras sebentar. kacau supaya bergaul rata.
4. Angkat dan masukkan dalam roti bun sosej.
5. Hidangkan dengan sos cili dan sos mayonis/thousnad island.


Monday, February 09, 2009

Rojak Buah


Bahan [agak-agak jer]
mangga muda
nenas
jambu batu
jambu air
sengkuang
betik muda

semua bahan hiris kecil dan nipis]

Kuah Rojak
Bahan

15 biji cili api tumbuk
1/2 cawan air asam jawa
1 s/b belacan
1 s/b petis udang
1 cawan kicap lemak biasa
3 s/b gula

1 s/b bijan goreng tanpa minyak
1/2 cawan kacang tanah, digoreng dan dtumbuk kasar

Cara:
1. Mesinkan csemua bahan.
2. Masakkan sebentar.
3. Bila telah sejuk masukkan kacang tanah tumbuk dan bijan.

[Kuah rojak ni boleh disimpan lama..]

Chocolate Banana Split


Bahan
aiskerim coklat
pisang
coloring rice
kismis

Cara
1. Pisang dipotong serung.
2. Skopkan aiskerim coklat.
3. Taburkan coloring rice dan kismis.
4. Hidangkan sejuk.

Friday, January 30, 2009

HOME-MADE CHOCOLATE


teruja ngan kecomelam bentuk2 puding yg kakliza buat dalam acuan kecil..
kakliza pun terfikir nak buat home-made coklat sendiri menggunakan acuan ini..
so taraaa....
boleh buat hantaran atau untuk diberikan pada kanak2 masa besdey..





AcuanCoklat
acuan yg kakliza gunakan untuk membentukkan coklat


coklat kacang
kekacang yg dimasukkan dalam coklat


coklat01
coklat02
dah jadi coklat


coklat03
dimasukkan dalam bekas kertas comel


HOME-MADE CHOCOLATE

Bahan
300 gm cooking coklat [jual kat kedai bakery tu]
50 gm cocoa butter
kekacang [badam/hazel/walnut..kismis]

acuan coklat

Cara
1. Cincangkan semua bahan dan masukkan dalam bekas tahan panas.
2. Letakkan dalam kuali berisi air dan panaskan sehingga coklat cair.
3. Tuangkan coklat dalam acuan coklat.
4. Masukkan beberapa biji kacang atau kismis. Tekan dengan garfu sampai tenggelam. Sejukkan
5. Keluarkan dari acuan [tekan ditengah bekalang acuan saperti keluarkan air batu]
6. Hidangkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers