Simple recipes prepared with love... specially dedicated to my dearest family and friends.....
Tuesday, March 12, 2013
Sunday, July 22, 2012
2. Tumbuk jintan putih dan bawang putih.
4. Lumur ikan dengan bahan-bahan tadi dan perap lagi selama ½ jam.
5. Bakar ikan atas dapur arang.
Saturday, July 21, 2012
Ayam Panggang Serai
(Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
4 keping peha ayam
8 biji bawang merah
Cara Membuat:
Thursday, August 12, 2010
Bazar Ramadan Kerteh 2010
PENGHAPUS DOSA-DOSA
Ramadhan adalah bulan untuk menghapus dosa. Hal ini berdasar hadits Abu Hurairah z bahwa Rasulullah n bersabda:
الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ لَمَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتُنِبَتِ الْكَبَائِرُ
“Shalat lima waktu, dari Jum’at (yang satu) menuju Jum’at berikutnya, (dari) Ramadhan hingga Ramadhan (berikutnya) adalah penghapus dosa di antaranya, apabila ditinggalkan dosa-dosa besar.” (HR. Muslim)
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap ridha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah z)
Biasanya setiap kali Ramadahn kakliza akan bawa camera ke Bazar Ramadan Kerteh , Terengganu untuk mengambil gambar segala jualan kueh, minuman dan makanan disana..
jom kita tenguk meriahnya Bazar Ramadan kali ini...
Tuesday, August 10, 2010
Ramadah Al Mubarak
Friday, October 23, 2009
Friday, February 20, 2009
Amalan Sunat hari Jumaat

Bagi kita di Malaysia dan penduduk negara lain yang mempunyai cuaca serupa,mandi ialah suatu rutin hidup.Namun,mandi boleh menjadi amal soleh jika kita meniatkannya semata-mata kerana Alah s.w.t. Contohnya ialah mandi pada hari Jumaat dengan maksud mematuhi galakan Rasulullah s.a.w selaras dengan sabda baginda yang bermaksud,
"Apabila datang kepada kamu hari Jumaat,maka mandilah."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Hari Jumaat umpama hari raya untuk minggu tersebut. Justeru,kita disunatkan menghias diri dengan kadar yang dibenarkan oleh syarak dengan memakai pakaian yang baik dan berwangi-wangian.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat,memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya,kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain,solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya,maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu." (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)
Sekiranya kita mampu pakailah baju berwarna putih pada hari Jumaat sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih.Sesungguhnya ia adalah pakaian kamu yang paling baik dan kafankanlah orang-orang yang telah meninggal dunia di kalangan kamu dengannya."

Islam amat mementingkan kebersihan dan kekemasan.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan,mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak,memotong kuku dan menggunting misai." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Persoalan kebersihan hendaklah diberi perhatian pada sepanjang masa terutama pada hari Jumaat kerana pada hari tersebut kita akan pergi beramai-ramai ke masjid dan berjumpa dengan saudara seagama.Sudah tentu kita tidak mahu dipandang hina oleh orang lain hanya kerana kita tidak mahu menjaga kebersihan dan kekemasan diri.

Sunat membaca Surah al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat,nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan." (Riwayat Al-Hakim dan Al-BaihaQi)
Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud,
"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat,nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `AtiQ." (Riwayat Al-BaihaQi)

Doa adalah senjata bagi orang-orang yang beriman.Kita mempunyai ramai musuh sama ada di dalam atau luar diri kita,di samping berhadapan dengan banyak cabaran sepanjang hidup kita.Sehubungan itu,kita amat mengharapkan pertolongan dan rahmat daripada Allah s.w.t untuk menghadapi segala ujian ini.Antaranya dengan cara berdoa.
Kita digalakkan untuk banyak berdoa,apatah lagi pada malam dan hari Jumaat terutama sekali semasa waktu-waktu mustajab berdoa.Di antara hadis Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini ialah sabda baginda yang bermaksud,
"Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk sehingga selesai solat." (Riwayat Muslim).
6. Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
Pada hari Jumaat,kita juga disunatkan supaya banyak berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Sabda baginda yang bermaksud,
"Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku."

Wallahu A'lam..
Friday, February 13, 2009
IBU

Abu Hurairah radhiallahu ‘anh berkata:Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya adalah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. [al-Ahqaf 46:15]
mereka yang berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya, nescaya akan melahirkan zuriat yang juga akan berbuat baik kepada mereka
Perkenankanlah Ya Rahman…
Saturday, November 22, 2008
Selawat Tafrijiyah

1. Amalan yang paling utama.
2. Boleh mennghapuskan kesalahan dan dosa.
3. Jaminan untuk mendapat rahmat Allah dunia dan akhirat serta syafaat Nabi S.A.W
4. Menjadi benteng sifat munafik dan kafir.
5. Selamat dari huru hara Hari Akhirat.
6. Menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima Allah.
7. Tiket untuk mudah masuk syurga dan terlepas dari perhisaban yang rumit.
8. Menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu bersedekah.
9. Dikasihi oleh Nabi S.A.W dan dapat turut serta mendampingi baginda di syurga kelak.
10. Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di Akhirat kelak terlepas dari segala yang mendukacitakan.