Wednesday, March 31, 2010

Top Blogger 2010 Award

Assalamualaikum..
mak oiii...akak dapat award TOP BLOGGER dari Puan Ummi

tapi betul ker kakliza ni ngetop gitu...cam tak caya jerrr....

A :-Say thanks and link the person who gave you the award.
akak ucapkan berbanyak-banyak teriakasih atas pemberian award ni..terharu sangat...


B :-Pass this award onto (?) bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
oleh kerana akak ni TERAMAT BIZI so kakliza hanya dapat memberikan nama ini saja...

1. Cik Mat Gebu
2. MamaFaMi
3. Dayang Jack
4. Lemon Grass
5. Noreen Home Cooking
6. Pengalaman di Mekah
7. Juwita @ Jepun
8. Fiza Nordin
9. Aku dan Kehidupan Qaseh
10. My Little Kitchen

semoga adik-adik dapt menggantung di rumah masing-masing...

Tuesday, March 30, 2010

Pesta Buku


Assalamualaikum..
Mohon maaf kerana lewat menceritakan kisah demo masakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini..

Kakliza pergi ke Pesta Buku pada Jumaat [26.3.2010] lalu pada jam 10.30 pagi dan berada disana sehingga jam 1.00 tengahari. Disamping berjumpa dengan warga kerja PTS, kakliza juga sempat melihat orang amai membeli buku-buku resepi kakliza juga menandatangani buku yang telah mereka beli.

Pada pagi Sabtu jam 10.00 pagi kakliza telah sampai ke booth PTS uantuk bersedia membuat demo masakan pada jam 11.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.
Untuk keselamatan kakliza hanya menunjukkan demo masakan yang hanya menggaul sahaja.Tetapi semua bahan telah siap direbus dan potong di rumah.
Kali ini kakliza menunjukkan cara membuat Kerabu Betik Muda [Somtam] dari buku Kerabu & Salad dan Salad Kentang dari buku terbaharu kakliza iaitu Makanan Barat.



Alhamdulillah...sambutan amat menggalakkan..penuh sesak menunggu kakliza membuat demo.
Selasai menandatangani buku-buku resepi yang dibeli sehingga jam 2.00 petang sambil bertemu dan bergambar bersama mereka.





Kakliza meminta anak sulong kakliza [Mohd Azlan] dan suami mengambil gambar tetapi susana agak ramai pengunjung jadi kebanyakkan gambar diambil oleh jurugambar PTS.
Gambar kemeriahan di Pesta Buku yang diambil oleh Mohd Azlan boleh dilihat di sini

Dalam kunjungan kakliza di Pesta Buku kali ini kakliza telah berjumpa dengan sepupu kakliza yang telah 30 tahun terpisah kerana kami tinggal berjauhan. Aceli sepupu kakliza tu tinggal di Cheras saja tetapi setiap kali kakliza balik ke Kuala Lumpur kami tidak berkesempatan berjumpa. Kakliza amat gembira sekali dan begitu juga sepupu kakliza sehngga mengalir air mata beliau kegembiraan.


NOTA: gambar yang kakliza pamirkan disini kebanyakkannya kakliza ambil dari jurugambar PTS..terimakasih kakliza ucapkan...

Wednesday, March 24, 2010

Demo Masakan di Pesta Buku KL @ PWTC

Assalamualaikum...
esok kakliza akan bertolak ke Kuala Lumpur untuk mengadakan Demo Masakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur...

kakliza akan buat Demo Masakan pada 27 Mac 2010 [Sabtu] jam 11.00 pagi -12.00 tengahari di Booth PTS.
Jadual aktiviti boleh dilihat di http://pts.com.my/index.php/pbakl/aktiviti/

Jom kita ramai-ramai makan SOMTAM [Kerabu Betik Muda] @ Pesta Buku...

Tuesday, March 23, 2010

Majlis Makan Tengahari

Assalamualaikum...
tengahari tadi kakliza mengadakan majlis makan tengahri untuk kawan-kawan kakliza yang menolong kakliza semasa majlis kenduri perkahwinan putera kakliza pada 13 Mac 2010 lalu..dan juga meraikan kawan-kawan yang tidak dapat hadir ke majlis tersebut..

antara yang hadir


menu yang kakliza sediakan adalah saperti menu kenduri tetapi masakan daging kakliza buatkan Daging Goreng Ladahitam [masa kenduri caterer buat daging kicap]..
selain daging kakliza buat juga Gulai Ikan Kering Tumis Darat, Ayam Serai, Sambal Belacan Mangga, Ulaman/Salad, Dadih Mangga, kueh Talam Pandan [ini kakliza tempah dari teman yang memang pakar kueh talam/lapis di Kerteh ni..sapa nak tempah boleh hubungi kakliza] dan juga seloayang besar kueh Lompat Tikam yang dibawa oleh teman dari Kijal..[sedap wooo...best jer..laku habis..]

hidangan yang disediakan


gulai ikan kering tumis darat


daging blackpepeer


ayam serai


sambal mangga dan ulaman/salad



dadih mangga


kueh talam pandan

kueh lompat tikam



Majlis bertambah rancak apabila masakan daging habis tetapi kakliza syurkan beli buku masakan Daging tulisan kakliza...
buku yang dibeli kena lah ditandatangani sebagai tanda membeli dari kakliza...macam artis pulak...sign otograf..
bukan saja buku daging laris..buku lain juga kawan-kawan kakliza borong...

beli..jangan tak beli buku resepi kakliza...

diakhir majlis kakliza sampaikan ole-ole kenduri sebagai kenangan berkunjung ke majlis kakliza...

ole-ole untuk tetamu

Tuesday, March 16, 2010

Majlis Perkahwinan putera Hanieliza d Kerteh 13 Mac 2010

Assalamualaikum..
LEGAAaaa..segalanya telah selamat...
penat tu memang tak boleh dicakap laaa..
tetapi kakliza puashati segalanya berjalan lancar saperti dirancangkan...

jom kita layan jer gambar yang ada...

Pelamin


Kakliza dan pengantin


meja makan pengantin


pengantin siap sedia untuk makan


pengantin dan bloggers

keluarga pengantin perempuan


keluarga pengantin lelaki

kerabat pengantin lelaki



posing habis tuuu..


kek pengantin
[coklat moist disaluti kerim keju dan parutan keju cheddar hasil airtangan CT Naemah dari Paka, Terengganu..sedap giler...]


potong jangan tak potong...


perbincangan hangat antara bloggers yang hadir



kenangan bersama pengantin dan bloggers

Friday, March 05, 2010

BUSY


Assalamualaikum adik-adik sekelian..
Tibalah masa yang ditunggukan..
kakliza teramat-amat bizi sehingga nak duduk depan PC pun tak sempat..
lepas satu kerja satu kerja yang WAJIB kakliza bereskan ..
almaklumlah..ONE LADY SHOW...asben hanya membantu seadanya..

Majlis perkahwinan putera sulong kakliza akan diadakan pada 13 Mac 2010 Sabtu depan [cuti sekolah] di Dewan Sivik Kerteh
jadi segala persiapan harus kakliza segerakan..
tetapi rumah juga perlu disiapkan untuk menerima kedatangan menantu dan keluarga pihak kakliza & suami..
kebanyakan mereka akan sampai pada malam sebelum kenduri..
fuh..memang jadual kerja kakliza akan ketat sekali..
makan pun harus sambill berlari nampaknya..


kakliza terpaksa memanggil catering service untuk majlis tetapi kakliza ingin sumbangkan juga saperti acar buah, sambal belacan mangga, sambal tempoyak , ikan kering goreng dan juga ulaman...
rasa macam tak puas jika tak sumbangkan air tangan sendiri dalam majlis anak akak..

menu kenduri kakliza memang lain dari kebiasan kenduri kahwin..
sengaja kakliza ingin membuat kelainan..
antaranya gulai ikan kering tumis darat..ayam serai, daging kicap..digandingkan dengan nasi putih jer..
tapi nasi tomato pun ada juga uantuk memenuhi anak-anak yang suka makan nasi kenduri kahwin..
walau bagaimanapun dirumah kakliza akan sediakan juga makanan untuk keluarga pengantin perempuan dan juga keluarga kakliza dan suami


kakliza ingin sekali menjemput adik-adik bloggers tetapi apakan daya..
takutt ak dapat melayani semuanya nanti...
so kakliza harap ada yang tidak berkecil hati yer...
maaf la...kakliza hanya buat kecil-kecilan sahaja...


akhirnya kakliza berdoa semoga majlis ini akan berjalan saperti yang dirancangkan dengan sebaiknya..InsyaAllah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers