Tuesday, March 23, 2010

Majlis Makan Tengahari

Assalamualaikum...
tengahari tadi kakliza mengadakan majlis makan tengahri untuk kawan-kawan kakliza yang menolong kakliza semasa majlis kenduri perkahwinan putera kakliza pada 13 Mac 2010 lalu..dan juga meraikan kawan-kawan yang tidak dapat hadir ke majlis tersebut..

antara yang hadir


menu yang kakliza sediakan adalah saperti menu kenduri tetapi masakan daging kakliza buatkan Daging Goreng Ladahitam [masa kenduri caterer buat daging kicap]..
selain daging kakliza buat juga Gulai Ikan Kering Tumis Darat, Ayam Serai, Sambal Belacan Mangga, Ulaman/Salad, Dadih Mangga, kueh Talam Pandan [ini kakliza tempah dari teman yang memang pakar kueh talam/lapis di Kerteh ni..sapa nak tempah boleh hubungi kakliza] dan juga seloayang besar kueh Lompat Tikam yang dibawa oleh teman dari Kijal..[sedap wooo...best jer..laku habis..]

hidangan yang disediakan


gulai ikan kering tumis darat


daging blackpepeer


ayam serai


sambal mangga dan ulaman/salad



dadih mangga


kueh talam pandan

kueh lompat tikam



Majlis bertambah rancak apabila masakan daging habis tetapi kakliza syurkan beli buku masakan Daging tulisan kakliza...
buku yang dibeli kena lah ditandatangani sebagai tanda membeli dari kakliza...macam artis pulak...sign otograf..
bukan saja buku daging laris..buku lain juga kawan-kawan kakliza borong...

beli..jangan tak beli buku resepi kakliza...

diakhir majlis kakliza sampaikan ole-ole kenduri sebagai kenangan berkunjung ke majlis kakliza...

ole-ole untuk tetamu

7 comments:

aintsuperwoman said...

kak Liza, thanks for the acar buah..sedapppp...nanti nak posa boleh tak kita order?

Stylomom said...

Kak sedapnya nampak gambar lauk-pauk ni... alangkah sedihnya saya tak dapat rasa, saya naklah buku-buku resipi Kak Liza tapi saya di Belanda, takut bahan pun tak ada... yang tak tahan ni tengok gambar lauk ikan asin tumis darat, tu.. agaknya keterlaluan tak jika saya mintak resipi... terima kasih ya kak.

maklang said...

rugi tak dapat datang..

hazdihomedecor said...

kak liza, tahniah dah terima menantu.
sedap betul tgk masakan kak liza...tu baru tgk...saya dah beli buku masakan daging tu masa pesta buku baru2 ni....bolehlah cuba...

mizwa said...

salam akk..tergoda la tgk gulai ikan masin tuh..sedap nyer kena plak dgn sambal...xberkesempatan lg nk beli buku akk tuh asik abis je kat tmpt sy nie..

inabu said...

sedapnya tgk ayam serai tu, klu la nabu dok sana, kompem nabu pegi kenduri k.liza, klu k.liza tak jemput, nak gak mintak jemput, hehe...

Tie-Ibu wawanisolehah said...

kak liza nape x kabo ada buku..nak bli buku ni

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers