Hari ini kami sekeluarga terlibat dengan aktibiti berbasikal sejauh 42 KM dari Kg Baru Kerteh ke Air Terjun Menderu melalui Kemasik nun dan petang pula berjumpa adik kakliza di Paka menyebabkan jadual kakliza agak padat dan kepenatan [al-maklumlah umur dah senja ni stamina amat kurang] jadi kakliza hanya bergembira dengan aktibiti ini ...tiada upacara memotong kek atau makan besar...
Apapun kakliza berdoa agar kami sekeluarga sentiasa didalam lindungan dan keberkatan Allah SWT..dimurahkan rezeki dan juga bahagia selama-lamanya didunia dan akhirat..Amin..

Sempena dengan usia nya yang ke 55 tahun ni maka tamatlah perkhidmatannya dengan pekerjaan rasminya...
buat masa ni dia hanya ingin membuat kerja yang difikirkan telah lama tertangguh saperti membaiki kapal terbang atau helikopter kontrol [hobinya] basikal anak-anak, baikpulih rumah..uruskan urusan belakang tabir demo masak kakliza dan sebagainya..
kakliza tak kisah cuma kami banyak menghabiskan masa bersama dirumah mengadap PC atau laptop masing-masing sambil makan/minum bersama..berbual dan berbincang tugasan membuat buku, demo masak dan sebagainya...
sekali sekala berjalan bersama ke pantai atau ambil/hantar anak ke sekolah.
nampaknya kegiatan kakliza bersama teman agak terbatas sedikit memandangkan dia di rumah cuma kakliza akan pergi juga aktibiti masjid/surau saperti biasa..InsyaAllah...







































.gif)




