Friday, August 31, 2012

Ayam Bakar Berempah

hari ini kakliza berada di rumah anak sulong kakliza d Mutiara Damansara..tetapi anka kakliza terpaksa ke Cameron Highland bersama iparnya kerana mereka dah booked apaprtment disana sebelum kakliza plan nak ke KL..

kakliza berada d KL kerana menghadiri majlis perkahwinan anak kakak angkat kakliza esok Sabtu di Shah Alam dan Isnin pula kakliza ada rakaman dengan TV3..

Oleh kerana kakliza berdua saja dengan suami..rasa malas nak keluar tu menebal sikit..so masak apa yang ada jer dalam petisejuk dan dapur anak..


AYAM BAKAR BEREMPAH

Bahan
1/2 ekor ayam [potong 4]
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 labu bawang besar ]
3 ulas bawang putih ] kisar halus
2 inci halia ]
garam secukup rasa

Cara Membuat
1. Bersihkan ayam dan basuh. Tuskan sehingga kering.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
3. Perapkan selama 2 jam atau lebih.
4. Gunakan pemanggang jaib atau kuali non-stik bakar ayam selama 20 minit sambil balikkan sekali sekala.
5. Hidangkan dengan sos lada hitam atau sos cili.

Tips
Boleh bakar dalam oven pada suhu 180'C selama 2o -30 minit. Susunkan ayam atas jaring untuk dapatkan garing kedua-dua belah bahagian [tidak perlu pusingkan ayam].


Wednesday, August 29, 2012

Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-Berita Harian

Sempena dengan Bookfest 2012 yang dibuat oleh POPULAR Bookstore di Kuala Lumpur Convention Centre pada 18 - 26 Ogos 2012 baru-baru ini kakliza telah diundang untuk hadir majlis Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR - Berita Harian pada 25 Ogos 2012 [Sabtu] jam 2 petang d Plenary Theatre, Tingkat 3 KL Convention Centre.



Majlis berlansung dengan meriah sekali dimana semua calun-calun buku Fiksyen dan Bukan Fiksyen diperkenalkan diatas pentas majlis. Berseri-seri wajah mereka semua.

Diakhir pengumuman POPULAR telah memberikan Anugerah Penghargaan pada kakliza atas jualan melebihi 100000 Naskah buku 1 Hari 1 Resipi..

Alhamdulillah..Syukur pada Allah kerana setelah sekian lama bersusah payah kesana kesini meninggalkan keluarga untuk membuat promosi jualan dan demo masakan bersama POPULAR Bookstore jualan telah mencapai sasaran..

semoga kami akan dapat mencapai sasaran jualan sehingga 200000 naskah pula...
InsyaAllah...

Tuesday, August 28, 2012

Majlis Anugerah Berlian PTS atas Jualan Melebihi 100000 Naskah Buku 1 Hari 1 Resipi

ALHAMDULILLAH....
setelah berusaha sekian lama...
bersama PTS Media Group dan POPULAR Bookstore akhirnya berjaya mencapai sasaran 100000 naskah terjual..

jemputan ke Majlis


dengan banner majlis


bersama Puan Chairman PTS


bersama Puan Chairman PTS Puan Ainon Mohd dan
anakdanya CEO PTS Tuan Arief Hakim Sani


hadiah yang tiada ternilai


bersama orang kuat PTS dan POPULAR Bookstore



bersama orang yang sentiasa menyokong
dan pengkritik tegar..suami tercinta


Sunday, August 12, 2012

BISKUT BEBOLA KACANG HAZEL


Bahan A

200 gram mentega

50 gram lemak sayuran [shortening]

160 gram gula kastor

1 biji kuning telur

1 sudu teh esen vanilla

150 gram kacang hazel (Dikisar)

260 gram tepung gandum

100 gram tepung jagung


Bahan B (Hiasan)

100 helai acuan kertas

500 gram coklat masakan

200 gram coklat putih

70 gram cocoa butter


Cara Membuat

1. Gaulkan mentega, lemak sayuran dan gula sehingga lembut dan sebati.

2. Masukkan telur dan esen vanila, kemudian gaulkan lagi.

3. Masukkan kacang hazel dan tepung, gaulkan lagi.

4. Buatkan bentuk bebola kecil dan susunkan di dalam loyang

5. Panaskan ketuhar pada suhu 170'C selama 10 minit

6. Bakar selama 20 minit ataupun masak. Sejukkan di dalam loyang.

7. Cairkan coklat masakan cara double boiler dan campurkan dengan cocoa butter. Kacau rata.

8. Gunakan penyepit kecil dan celupkan biskut. Masukkan biskut dalam acuan kertas.

9. Hiaslah dengan coklat putih yang telah dicairkan secara doubler juga.

10. Lorekkan hiaskan diatas coklat tadi.

11. Biarkan biskut sejuk dan masukkan dalam bekas kedap udara.


Saturday, August 11, 2012

DEMO KEK & PUDING lagi...


Oleh kerana sambutan tersangat baik sekali [meriah sungguh] dalam Demo Kek dan Puding anjuran Perpustakaan Kerteh pada Sabtu 4 Ogos 2012 baru-baru ini, Perpustakaan Kemaman juga menjemput kakliza untuk berdemo disana..
Alhamdulillah..

Untuk orang-orang Kemaman...JOM ramai-ramai kita ke sana....

Friday, August 10, 2012

Salsa Tomato

Resipi ini adalah salah satu dari 10 resipi yang kakliza tulis untuk SAJI Keluaran Julai 2012..
Nanti kakliza akan tuliskan satu persatu bila ada kelapangan yer..



SALSA TOMATO

Bahan-bahan

4 biji tomato muda ]

1 biji bawang besar ] dipotong dadu

1 biji capsicum hijau ]

3 tangkai cili merah [dicincang halus]

2 pokok daun ketumbar [dicincang]

5 biji limau kasturi [diambil jusnya]

1 sudu kecil lada hitam [dikisar]

Garam secukup rasa

Cara Membuat

1. Masukkan semua bahan di dalam mangkuk.

2. Tuangkan jus limau dan gaulkan rata.

3. Masukkan dalam petisejuk sebelum dihidangkan.

4. Hidangkan bersama nasi.

Thursday, August 09, 2012

Daging Buah Kurma

Resipi ini kakliza masak untuk majalah SAJI keluaran Jun 2012 lalu..
Alhamdulillah anak-anak [food-tester tetap] sangat berpuashati..katanya lain dari masakan seharian yang mereka pernah cuba makan...

Untuk kelainan apa kata kita cuba ya...


Bahan A
600 gram daging [dipotong nipis]
15 biji buah kurma
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar rempah kari
4 sudu besar minyak
1 cawan air
garam secukup rasa

Bahan B [Dimesin]
4 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
5 sm halia

Cara Membuat
1. Daging dibersihkan dan gaulkan dengan sos tomato, rempah kari, cili mesin dan kicap pekat.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging. Kacau rata. Biarkan masak sehingga daging lembut.
4. Buah kurma dibuangkan biji dan dimesin halus.

5. Masukkan buah kurma dan garam. Kacau rata.

6. Masakkan dengan api perlahan sehingga kuah pekat dan naik minyak.
7. Hidangkan bersama nasi putih atau nasi minyak.

Wednesday, August 08, 2012

Cendul Bandung

waaaa.....ada yang terkejut ker..tajuk entry ni..
maklumlah lain dari yang lain..tapi bukanlah makan/minun cendul di Bandung pulak..

al-kisahnya kami sekeluarga suka makan cendul terutama bila cuaca panas..
tetapi nak perah santan atau beli santan cukuplah 'rajin'..
ditambah tahu santan ni ada unsur kalestrol kurang baik..
mana nak masak air gula merah lagi..
makanya..bab senang kerja..buka tin susu cair atau susu pekat jer..


CENDUL BANDUNG

Bahan

1 bungkus cendul [500 gram]
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
pewarna merah secukupnya
ais ketul

Cara Membuat
1. Tapiskan cendul dan masukkan dalam jug atau mangkuk besar.
2. Masukkan susu cair dan susu pekat dicampur dan kacau rata.
3. Masukkan pewarna merah secukupnya untuk nampakkan warna merah jambu.
4. Masukkan ketulan ais dan hidangkan.

Tuesday, August 07, 2012

BINGKA ROTI BERLAUK

BINGKA ROTI BERLAUK

Bahan Bingka

1 buku kecil roti [10 -12 keping ]
800 ml santan [1/2 biji kelapa]
3 s/b tepung gandum
3 s/b butter [cairkan]
3 biji telur
garam

Cara
1. Roti dikoyakkan dan rendamkan dengan santan sehingga kembang.
2. Gaulkan semua bahan lain dengan roti yg telah direndam supaya sebati.
3. Masukkan dlam loyang 10 x 10 yg telah disapukan minyak.
4. Bakar dalam oven 180'C selama 30 minit.
5. Keluarkan loyang dan taburkan bahan berlauk dan bakar lagi selama 30 minit.
6. Bila telah masak taburkan bahan hiasan.
7. Potong dan dan hidangkan.

Bahan Lauk
400 g daging kisar [kkliza gunakan daging kisar Ramly]
2 labu bawang besar [potong dadu]
1 biji kentang [ potong dadu kecil]
1 batang carrot [potong dadu kecil]
3 s/b rempah kari
3 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
minyak
garam

Bahan Hiasan [hiriskan]
daun sup
daun bawang
cili merah
bawang goreng

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu dan wangi.
2. Masukkan daging kisar yg telah diperoiikan. Kacau rata.
3. Masukkan rempah kari dan kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan kentang, carrot, garam, sos cili & sos tomato. Kacau rata.
5. Masakkan sehingga kentang dan carrot lembut.
6. Bila telah masak masukkan dalam pinggan [jangan ambil lebihan minyak].

Monday, August 06, 2012

Buku Resipi Warisan





Alhamdulillah 5 buku ini telah pun berada di kedai buku seluruh Malaysia..
mempunyai 23 resepi setiap buku dimana kebanyakan resipi warisan turun temurun yang bahannya adalah mudah didapati dan masakan yang simple..tetapi sedap InsyaAllah..
saperti biasa resipinya juga senang untuk dicuba...

jangan lupa dapatkan di kedai buku berdekatan..
harga adalah RM5.50 senaskah..

MUFFIN BERLAUK


MUFFIN BERLAUK

Bahan Inti

2 cawan isi ayam [cincang]
4 biji kentang [potong dadu]
5 ulas bawang merah[cincang]
2 s/b rempah kari daging
2 s/b minyak
daun sup
garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan daun kari sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan kacau rata sehingga naik minyak.
3. Masukkan kentang, ayam dan garam.
4. Masukkan sedikit air dan biarkan masak sehingga kentang lembut.
5. Masakkan sehingga agak pekat. Sejukkan.

Bahan Muffin
130 gm tepung gandum

3 biji telur
50 gm gula halus
1 s/b susu cair
1/2 s/k baking powder
1/2 s/k garam
1 s/k ovallate


Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan pukul menggunakan balloon whisk sehingga gebu.
2. Panaskan kukusan.
3. Masukkan adunan kedalam acuan muffin yg telah dilapikkan kertas.
4. Lapiskan dengan inti ayam dan kukus selama 20 -25 minit.
5. Sejukkan baru dihidangkan.

NOTA:
Bahulu ni boleh dibakar dalam oven pada suhu 180'C selama 15 minit.

Saturday, August 04, 2012

Lemak Ciliapi Sardin

LEMAK CILIAPI SARDIN

Bahan-bahan

1 tin besar ikan sardin
3 tangkai serai [diketuk]
2 cawan santan pekat [1/2 kelapa]
1 cawan santan cair
7 biji buah belimbing buloh
garam secukup rasa

Bahan kisar:
15 biji ciliapi
3 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup

Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk.
2. Masakkan sehingga mendidih sambil sentiasa mengacau supaya tidak pecah minyak.
3. Masukkan santan pekat.
4. Kacau lagi perlahan sehingga mendidih.
5. Tutup api dan hidangkan.

Friday, August 03, 2012

Kambing Goreng Jintan

sajalah nak kongsikan resipi yang lain sikit dari biasa..


Daging Goreng Jintan

Bahan A
500g daging kambing [dipotong nipis dan bersihkan]
2 sudu besar serbuk jintan manis ]

1 sudu kecil lada hitam [ditumbuk ] ] bancuh dengan sedikit air

1 biji buah tomato [belah 4]
1 sudu besar jus limau nipis

2 sudu besar minyak
air secukupnya

garam

Bahan B [hiriskan]
3 tangkai cili hijau
1 tangkai cili merah

3 ulas bawang kecil

2 ulas bawang putih

3 sm halia
1 biji bawang besar
1 tangkai daup sup
1 tangkai daun bawang

Cara:

1. Panaskan minyak dan tumiskan halia, bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.

2. Masukkan rempah yang dibancuh. Kacau rata.

3. Masukkan daging dan air secukupnya untuk merebuskan daging sehingga lembut.

4. Bila daging telah lembut dan kering air masukkan, cili dan bawang yang dihiris. Kacau rata.

5. Masukkan buah tomato, jus limau, daun sup dan daun bawang.

6. Hidangkan.


Tips

Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Kelas Kek dan Puding

Kakliza akan mengadakan kelas baking anjuran Perpustakaan Kerteh Terengganu pada hujung minggu ini..
buat adik-adik di Kerteh, Kemasik jom ramai-ramai kita hadir..PERCUMA...







Thursday, August 02, 2012

Daging Kisar Goreng

Bahan
400 gm daging kisar [relaikan]
1 labu bawang besar [potong dadu]
4 biji tomato [cincang]
1 biji lobak merah [potong dadu]
1 tin cendawan butang[ potong kecil]
1 biji cili capsicum hijau
1 sudu besar lada hitam
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar majerin
garam

Cara
Membuat
1. Panaskan majerin dan tumiskan bawang sehingga layu.
2. Masukkan daging dan kacau supaya masak sebati.
3. Masukkan tomato cincang, lobak merah, sos tomato, dan semua bahan.
4. Masakan sehingga pekat dan nampak naik minyak.
5. Rasakan garam dan biar masak sehingga nampak pekat.
6. Hidangkan dengan salad dan roti.

FETTUCCINI GORENG PAPRIK

Bahan A

500 gm fettuccini

5 sudu besar sos tomato

5 sudu besar sos cili

3 sudu besar sos tiram

5 helai daun limau purut

1 pokok daun ketumbar [hiris kasar]

5 biji ciliapi [ketukkan]

3 ulas bawang putih [ketukkan]

1 ulas bawang merah [hiriskan]

½ cawan air

2 kiub pes tomyam

3 sudu besar minyak


Bahan B [potong kecil]

300 gm hirisan ayam

300 gm sotong

100 gm lobak merah

100 gm bunga kobis

100 gm brokoli

100 gm putik jagung

1 labu bawang besar

1 biji tomato

3 tangkai cili hijau


Cara Memasak

1. Rebuskan fettuccini dengan sedikit garam sehingga lembut dan toskan. Gaulkan dengan sedikit minyak.

2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.

3. Masukkan ayam, sotong dan pes tomyam. Kacau rata.

4. Masukkan air, lobak merah, sos tomato, sos cili dan sos tiram. Biarkan mendideh.

5. Masukkan sayuran lain dan kacau rata.

6. Bila mendideh masukkan daun limau purut dan kacau rata.

7. Tutup api dan masukkan mee dan daun ketumbar. Kacau lagi.

8. Hidangkan.

Wednesday, August 01, 2012

Bihun Singapore


Bahan-Bahan:
600 gm bihun [direndam lembut dan toskan]
200 gm daging [dihiris nipis dan rebus lembut]
200 gm sotong [dihiris kecil]
200 gm kucai [dipotong pendek]
250 gm kobis [racik halus]
1 batang carrot [disagat ]
1/2 cawan air
3 s/b minyak masak
garam secukupnya

Bahan Tumbuk
1 s/b lada hitam
1 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

bahan hiasan/tabur
1 biji telur [buat dadar dan hiriskan]
2 biji cili merah [mayang halus]

Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehinggan wangi.
2. Masukan daging dan kacau rata.
3. Bila nampak masak masukkan sotong, kobis, carrot, garam dan air. Kacau rata.
4. Masukkan bihun. Kacau rata sehingga sebati.
5. Bila nampak bihun lembut masukkan daun kucai.
6. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam.
7. Bila menghidang, taburkan hirisan telur dadar dan cili merah.

BAMIA AYAM

BAMIA AYAM

Bahan

1 ekor ayam [potong kecil]
12 - 15 tangkai kacang bendi saiz kecil
3 sudu besar serbuk rempah kari daging
2 inci kayu manis
3 ulas bawang putih ]
4 labu bawang besar ] tumbuk halus
2 inci halia ]
1 tin kecil tomato puree
1/2 cawan minyak
1 tin susu cair
Garam secukupnya

Cara

1. Gorengkan kacang bendi sehingga layu. Ketepikan.

2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk dengan kulit kayu manis dan rempah kari sehingga wangi dan naik minyak.

3. Masukkan ayam, susu cair,tomato puree dan garam. Kacau rata.

4. Bila telah naik minya dan agak pekat masukkan kacang bendi.

5. Sedia untuk hidangkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers