Wednesday, August 01, 2012

Bihun Singapore


Bahan-Bahan:
600 gm bihun [direndam lembut dan toskan]
200 gm daging [dihiris nipis dan rebus lembut]
200 gm sotong [dihiris kecil]
200 gm kucai [dipotong pendek]
250 gm kobis [racik halus]
1 batang carrot [disagat ]
1/2 cawan air
3 s/b minyak masak
garam secukupnya

Bahan Tumbuk
1 s/b lada hitam
1 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

bahan hiasan/tabur
1 biji telur [buat dadar dan hiriskan]
2 biji cili merah [mayang halus]

Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehinggan wangi.
2. Masukan daging dan kacau rata.
3. Bila nampak masak masukkan sotong, kobis, carrot, garam dan air. Kacau rata.
4. Masukkan bihun. Kacau rata sehingga sebati.
5. Bila nampak bihun lembut masukkan daun kucai.
6. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam.
7. Bila menghidang, taburkan hirisan telur dadar dan cili merah.

6 comments:

ibh_sue said...

Asslmkum Kak.
Bihun goreng singapo peberet sue. Letak lada banyak lagi sedap..Heee

ummisara said...

Sedapnya kak liza. makan dengan sambal kicap...phuhhh! sedap.

Bila nak buat entah...

Cik Nor said...

nyam3, sedapnya

nora cherry said...

memang sedap, makan dgn sambal ikan bilis or sambal udang kering, memang layan habis, hehe

Beauty Consultant Hasnah Daud said...

Nampak macam senang nak buat...rasa macam nak buatlah pula! Terima kasih Chef!

yati yazid said...

Assalamualaikum chef. Terima kasih, semlm sy masak bihun singapore ni ikut resipi chef. Alhamdulillah, suami kata mmg sedap.

Nanti sy nak buat lagi. Thanks chef

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers