Tuesday, August 07, 2012

BINGKA ROTI BERLAUK

BINGKA ROTI BERLAUK

Bahan Bingka

1 buku kecil roti [10 -12 keping ]
800 ml santan [1/2 biji kelapa]
3 s/b tepung gandum
3 s/b butter [cairkan]
3 biji telur
garam

Cara
1. Roti dikoyakkan dan rendamkan dengan santan sehingga kembang.
2. Gaulkan semua bahan lain dengan roti yg telah direndam supaya sebati.
3. Masukkan dlam loyang 10 x 10 yg telah disapukan minyak.
4. Bakar dalam oven 180'C selama 30 minit.
5. Keluarkan loyang dan taburkan bahan berlauk dan bakar lagi selama 30 minit.
6. Bila telah masak taburkan bahan hiasan.
7. Potong dan dan hidangkan.

Bahan Lauk
400 g daging kisar [kkliza gunakan daging kisar Ramly]
2 labu bawang besar [potong dadu]
1 biji kentang [ potong dadu kecil]
1 batang carrot [potong dadu kecil]
3 s/b rempah kari
3 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
minyak
garam

Bahan Hiasan [hiriskan]
daun sup
daun bawang
cili merah
bawang goreng

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu dan wangi.
2. Masukkan daging kisar yg telah diperoiikan. Kacau rata.
3. Masukkan rempah kari dan kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan kentang, carrot, garam, sos cili & sos tomato. Kacau rata.
5. Masakkan sehingga kentang dan carrot lembut.
6. Bila telah masak masukkan dalam pinggan [jangan ambil lebihan minyak].

4 comments:

noradzlina.kamdani said...

wah..lin suka kuih bingka roti tu kak, tp xtau nk buat..thanks for the recipe.

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, aduhai bingka roti ni bilalah nak singgah ke rumah kita, hehe

Phong Hong said...

Sedapnya!

mummy Ayda said...

selalu buat puding dengan ni roti.... satu idea yang bagus ni boleh mummy cuba.... TQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers