Alhamdulillah anak-anak [food-tester tetap] sangat berpuashati..katanya lain dari masakan seharian yang mereka pernah cuba makan...
Untuk kelainan apa kata kita cuba ya...
Bahan A
600 gram daging [dipotong nipis]
15 biji buah kurma
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar rempah kari
4 sudu besar minyak
1 cawan air
garam secukup rasa
Bahan B [Dimesin]
4 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
5 sm halia
Cara Membuat
1. Daging dibersihkan dan gaulkan dengan sos tomato, rempah kari, cili mesin dan kicap pekat.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging. Kacau rata. Biarkan masak sehingga daging lembut.
4. Buah kurma dibuangkan biji dan dimesin halus.
5. Masukkan buah kurma dan garam. Kacau rata.
6. Masakkan dengan api perlahan sehingga kuah pekat dan naik minyak.
7. Hidangkan bersama nasi putih atau nasi minyak.
1 comment:
Assalamualaikum Kak Liza,
nmpk menarik resepi ni, tngk bahan2 pun mudah....sudah tentunya sedap..tq berkongsi resepi, mesti cuba ni..
Post a Comment