Saturday, July 21, 2012

Ayam Panggang Serai


Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." 
(Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)






AYAM PANGGANG SERAI

Bahan-bahan:
4 keping peha ayam
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil gula
1 sudu besar minyak
garam secukupnya

Bahan Mesin
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
4 batang serai
4 sm halia

Cara Membuat:
1. Ayam dibasuh dan toskan sehingga kering.
2. Gaulkan semua bahan dan perapkan bersama ayam selama beberapa jam.
3. Bakar dalam oven selama 30 minit pada suhu 180’C
[boleh juga panggang menggunakan dapur arang atau gas sehingga masak]
4. Hidangkan dengan nasi putih.



2 comments:

inahar ali said...

selamat menjalani ibadah puasa wat kak liza sekeluarga ye!

bijuterii ama said...

Great blog you have herre

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers