Monday, July 23, 2012

Angel Hair Goreng Ciliapi

HIKMAT PUASA
 [1] Menandakan kesyukuran kepada Allah kerana nikmat-nikmat yang banyak kepada hamba-hambanya. [2] Melatih jiwa supaya mempunyai rasa kasih dan belas terhadap orang-orang yang susah menderita.
 [3] Melatih jiwa supaya bersih daripada sifat tamak, sombong, hasad dan dengki.
 [4] Melatih diri supaya bersifat sabar dan tahan menempuh ujian-ujian dalam perjuangan hidup.
 [5] Menanam semangat perpaduan kerana sama-sama menunaikan kewajipan yang sama itu dapat menimbulkan semangat perpaduan. [
6] Menanam semangat sama rata dan menjauhkan sifat beza membeza di antara kaya miskin, hina mulia, raja dan rakyat kerana sama-sama menjunjung perintah Allah.
 [7] Melatih diri supaya mempunyai peraturan-peraturan dan menghargakan masa, kerana puasa mempunyai batas-batas waktu yang tertentu.
 [8] Membersihkan anggota-anggota di dalam tubuh dari daki-daki dan lemak-lemak makanan yang bekerja sepanjang tahun.
 [9]Memberi kerehatan kepada alat-alat di dalam tubuh, terutamanya alat pengisar makanan yang bekerja sepanjang tahun.
 [10] Memberi peluang untuk memperbanyakkan amal ibadat, kerana bulan ramadhan mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada bulan-bulan lain seperti Lailatul Qadar dan sembahyang tarawih.





ANGEL HAIR GORENG CILIAPI

Bahan-Bahan:

500 gm pasta angel hair
200 gm sotong [hiris nipis]
100 gm udang [buangkan kulit]
200 gm sawi [potong pendek]
200 gm kobis [racikkan]
300 gm buah tomato [belah 4]
2 tangkai cili merah [hiriskan]
3 sudu besar minyak
garam secukupnya

Bahan Mesin/Tumbuk
20 tangkai ciliapi
3 biji cili merah
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
50 gm udang kering

Cara
1. Rebuskan pasta Angel hair dengan sedikit garam sehingga lembut dan toskan. Gaulkan sedikit minyak.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi.
2. Masukan sotong dan udang, Kacau rata.
3. Masukkan kobis, sawi dan angel hair. Kacau rata sehingga sebati.
4. Tutup api dan masukkan buah tomato. Gaulkan rata.
5. Taburkan hirisan cili merah dan hidangkan.

4 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam Ramadan, Chef Hanieliza..

Wahhhh, kita memang suka masakan pasta macam ni, laju jer makan.. ;-)))

hanieliza's cooking said...

Salam Ramadan to u too...
Nampaknya boleh dicuba nanti...

Zura said...

nmpk cm sedap je kak, tp tk prnh masak angelhair pong....

Reuben Nathaniel said...

Hi nice reading your post

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers