Friday, November 12, 2010

Kek Pelangi

KEK BUTTER PELANGI

Bahan
250 gm butter
40 gm majerin
210 gm gula kastor/halus
5 biji telur ayam
230 gm tepung gandum ]
1 sudu kecil baking powder ] ayak bersama
80 ml susu segar/fresh milk
1 sudu kecil coklat pes
pewarna merah dan hijau

Cara
1. Pukul mentega dan gula hingga betul-betul kembang.
2. Masukkan telur sebiji deni sebiji dan diikuti dengan esenvanilla.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu.
4. Teruskan memukul adunan dengan perlahan untuk seketika sehingga benar-benar sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian yang dimasukkan ke dalam bekas berasingan.
6. Setiap satu bahagian ditambah dengan coklat pes, merah dan hijau Satu bahagian lagi biarkan warna asal.
7. Panaskan oven 180'C selama 10 minit.
8. Sediakan acuan loyang yang telah digriskan terlebih dahulu dengan sedikit mentega dan taburkan tepung nipis sikit atau lapikkan loyang dengan kertas minyak.
9. Sudukan adunan ke dalam loyang dari setiap bahagian yang berlainanan warna secara berselang-seli sehingga kelihatan berbelang.
10. Bakar adunan selama 50 - 60 minit dengan suhu 180 C.
11. Sejukkan dan hiaskan mengikut citarasa sendiri.

4 comments:

MrsYusofhussain said...

saya xpernah buat kek, takut tak jadi..tp teringin sbrnya nk buat

lovelyadibah said...

huuu~...bestnyer!!thanks kak!nk try r t:D

azina said...

saya dh cuba buat resepi kek hanieliza ..hurm.smuanye mnjadi..!! x pyah bli kek yg dh siap lg..hihiihii..thanks hanieliza.. :)

Anonymous said...

Salam kak liza. Sy Mira. Sy mmg minat buat kek ni. Sy penah try buat beberapa kek antaranya cokelat kek,carrot kek and span kek.Tapi yg menjadi masalahnya, setiap kali saya bake kek itu, bhgn bwh die akan sedikit ranggup atau hangus! kena jadi mcm ini? apa mslh dia? kalo nk ikotkan sy dah follow semua instruction given which is bake for 175-180 celcius within 25-30 min. tp seblom achieve dis timing die dah hangus dulu. yg peliknya bhgn atas ok/lembut tp yg bwh keras dan hangus. lagi satu mslh sy tak sure setting oven ini, api harus disetkan dari atas or bwh or both? u get what i means?..plss help meee....tq

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers