Monday, September 17, 2012

Nasi Tomato Jagung Lobak merah

Fuh..panjangnya nama resipi...
kakliza masak nasi ni gara-gara nak habiskan bahan tomato, jagung dan lobak merah yang ada baki dari demo masak di Kampung Air Putih, Kemaman anjuran Perpustakaan Kemaman baru-baru ini..

jom kita tenguk apa bahannya...

NASI TOMATO JAGUNG LOBAK MERAH

Bahan-Bahan

5 cawan beras basmati
[kakliza gunakan beras basmati extra long]
4 biji tomato ]
7 cawan air ] dikisar
1 cawan jagung
1 batang lobak merah [dipotong kecil]
½ cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi
3 sudu minyak masak
1 sudu besar gula
garam secukup rasa
daun pandan [disimpul]

Bahan Tumis
3 ulas bawang putih ]
5 ulas bawang merah ] dihiris
1 labu bawang besar ]
1 inci halia ]
1 batang serai [di ketuk]
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Cara Membuat:
1. Basuh dan rendamkan beras selama 30 minit. Tuskan.
2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam kuali atau periuk dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan tomato yang telah dikisar, susu cair, gula, garam dan biarkan mendidih.
4. Masukkan beras, jagung dan lobak merah. Masakkan sehingga kering air.
5. Pindahkan nasi kedalam periuk kukusan dan masakkan selama 30 minit.
6. Gemburkan nasi dan sedia untuk dihidangkan.


7 comments:

Phong Hong said...

Sedap ni!

Anonymous said...

thanks 4 de resepi tp yg 6 cup air lg tu wat pe pulak...konfiusss niee.

shoes.handbag.closet said...

Good resepi!!

rahel said...

bole cuba ni...

Amie said...

Sayang kalau ada bahan lebihan memasak... eloklah digunapakai ikut kreativiti ye Kak Lieza.

hanieliza said...

Salam...
mohon maaf..kakliza tersilap taip..tapi kakliza dah betulkan..
terimakasih atas teguran..

zila norazila said...

salam kak liza,
nampak sedap nie..nnt leh try:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers