Monday, September 10, 2012

Ayam Goreng Kunyit

Salam..
lama tak menulis..bercerita..
almaklumlah bizi sokmo...

tugasan sebagai isteri, ibu harus dibuat..tetapi kadangkala angin malas lebih banyak dari angin rajin..
jadi nak masak pun buat yang senang jer..
pendek cerita kita amsak yang sempoi..cepat tapi sodap....

AYAM GORENG KUNYIT

Bahan

1 ekor ayam
10 tangkai kacang panjang [dipotong pendek]
2 biji tomato [dipotong kecil]
1 labu bawang besar [dihiris]
1 sudu besar serbuk kunyit
3 sudu besar minyak
garam secukup rasa

Bahan Tumis [dihiris]

3 inci halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili merah
5 tangkai ciliapi

Cara Membuatnya
1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuh dan tos kering.
2. Gaulkan serbuk kunyit dan garam dengan ayam.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan tumis.
4. Gorengkan sehingga wangi dan masukkan ayam dan kacang panjang. Kacau rata sehingga ayam masak dan agak garing.
5. Masukkan bawang besar dan tomato. kacau rata.
6. Sedia untuk dihidangkan.

Nota.
Jika mahukan lebih pedas boleh tambahkan ciliapi yang ditumbuk kasar.



4 comments:

Phong Hong said...

Kak Liza, memang betul. Kadang-kadang angin malas bila mendatang, huih, semua tak nak buat. Hah! Hah! Ayam goreng kunyit ni simple tapi sedap.

MAK TEH said...

lagi simple lagi best kak liza...I likeeee

LinRosly said...

Assalamualaikum Kak Lin :D

Kalau ada anak2 balik pastinya Lin akan masak ayam goreng kunyit...tunggulaaa...

Eekin Mutalib said...

wow! nak cube la..suka sangat makan msak ayam kunyit nih..penah buat, sedap, tapi bahan xla kaya macam ni..hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers