Monday, September 15, 2008

Bubur Lambuk Terengganu

biasanya kalau bulan puasa..bubur lambuk adalah hidangan yg paling suka dibuat oleh ibu2 di Terengganu...
memang pemes..sehingga banyak dijual di Pasar Ramadhan tapi takleh sesedap buatan sendiri..
kakliza pun tak lepas peluang untuk menjamu keluarga dengan masakan ni...




sayuran yg digunakan untuk buat bubur lambuk


dalam mangkuk


siap dimakan

BUBUR LAMBUK

Bahan

2 cawan beras [rebuskan dalam slow cooker]
1/2 kg keledek [warna merah/jingga]...potong kecil
1 s/b lada hitam
2 cm. halia
5 ulas bawang merah
5 tangkai pucuk ubi
5 tangkai daun cekur manis
1 ikat daun paku merah
1 ikat pucuk paku hijau
5 pokok kangkong
2 tangkai dan kadok
4 tangkai daun kesom
4 tangkai daun kemangin
1 helai daun kunyit
1 cawan udang basah saiz kecil [tak der pun tak per]
2 ekor ikan kembung [bakar dan ambil isi]
air secukupnya
garam

Cara membuat
1. Semua sayuran dipotong, basuh dan toskan.
2. Tumbuk lada hitam hingga lumat, setelah itu masukkan 10 ulas bawang merah, halia dan tumbuklah lagi sehingga lumat bersama isi ikan tadi.
3. Masukkan keledek dan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama ikan yg dihancurkan kedalam bubur nasi tadi.
4. Masukkan udang dan kacau sehingga rata.
5. Bila sudah hampir untuk diangkat, masukkan sayur-sayura & garam secukupnya sambil dikacau hingga cukup rata dan sayur layu.
6. Angkat dan hidangkan.

7 comments:

bibu said...

sedapnye.bubur ni siap ade paku pakis merah...susah nak cari kat sini pakis ni...kalu wat masak air..colek sambal balacan..adusss..kecur sy dibuatnya kak

Noor Aida Kamaruddin said...

Saya pun suka bubur lambuk. Belajar n ambil resepi dari internet dan juga tanya mak mertua - org Tgganu. Mak mertua suruh masuk pati santan dalam secawan bila sayur dah agak layu. Lagi sedap.

Shemmi said...

tumpang ambil resepi yer...

Anonymous said...

Alhamdulillah.... dah cuba....Menjadi resepi ini. Cuma saya tambah santan sedikit dan lebihkan lada hitam. Terimakasih kerana saya lama dah rindukan masakan terengganu.

Crystal Hati said...

Wah sdp nyer bubur lambuk ni.. Lame dh x buat. Slalunya saya letak santan, ikan bilis, sotong, serai dan paling penting adalah budu.. Fuhh sesedap rasa hehe

Anonymous said...

mak mertua sy masukkan kerisik n sedikit budu..mmg sedap,sy xpenah mkn bubur lmbuk ni tp bile mak mertua sy buat,2 mangkuk jugak habis..hehehhe,tabur ikan bilis goreng lagi sedap,meleleh la! yummmyyyyy...!!!

Anonymous said...

if my mom lak..dia akan tumis darat bawang merah, bwg putih, rempah 4sekawan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers