Monday, September 15, 2008

Acar Buah

menjelang posa selalunya kakliza buat jualan acar buah ni...



memang sedap bila ada acar ni waktu sahur..
kalau kakliza dan asben bersahur ada acar buah dan telur masin..sedikit sayur salad dah cukup ..
le ni anak2 pulak mmg tak tinggal nak acar masa sahur...

teringat masa kakliza baru kawin dulu selalu Mak mertua belikan dari sedara dia untuk bagi pada kkliza..
dan juga dia bagi bekal untuk kakliza bawa p UK..hanya 250 gram saja..habis dalam 3 ari..
mana taknya kakliza dan asben makan ngan telur rebus..buat sandwich masa kami menginap kat hotel..
so lepas tu mmg niat nak belajar buat..

then selepas beberapa tahun ada seorang saudara asben kakliza supply acar kismis semasa wedding adik ipar..
apa lagi kakliza pun mintalah resepi..
tapi dia hanya bagi resepi acar kismis..yg mana kakliza kurang minat..
then kakliza try olah bahan2 tu dan campurkan dengan buah2 jeruk saperi belimbing buluh kecut..jeruk mangga..buah pala..lobak asin dan buah2 jeruk lain..
pada mulanya kakliza buat hanya untuk makan sendiri..kasi adik beradik..
tapi lama-kelamaan masing2 bertanyakan acar buah..
so kakliza pun mula memasak dan buat jualan..
selalunya mmg kakliza buat banyak kali ..setiap kali tu mencicah 10 kilo bahan..
bayangkan kakliza buat sensorang..mmg jenuh nak potong bahan tu..
tapi acar ni satu jer pantang ..masa masak..jangan masukkan air sikit pun..
garvy [kuah tu] adalah terhasil dari campuran cili mesin, gula dan cuka..masak ngan api yg kecil dan selalu kena kacau..
sambal [cili mesin] yg ditumiskan tu mmg kena masak lama..sampai berjam dengn api kecil untuk menjamin ketahanan acar ni supaya tidak basi walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk..
satu lagi..masak acar mmg gunakan minyak yg banyakk. ini adalah untuk menghalang kekeringan pada acar buah tu..cuma masa makan tu ceduklah buah2 dan sambal saja..minyak tu just tinggalkan dalam bekas tu supaya baki acar tu sentiasa nampak basah..

setakat ni acar kkliza mmg tahan lama.. saja kakliza biarkan kat luar dalam bekas2 yg kakliza jual tu untukmenguji ketahanannya..
percaya tak acar tu tahan sampai lebih 6 bulan..

masa kakliza baru bergiat dalam forum dan berkenalan ngan org siber..kakliza masak acar dan packed 300 gram dan poslaju pada depa..
sampai Sabah Sarawak kakliza hantar..just free for testing..
tapi le ni..kakliza buat hanya untuk jualan kat kawasan kak liza tinggal saja..




ACAR BUAH

Bahan

500 gm buah campur [kismis hitam/kuning,prune,aprikot,mangga jeruk,kurma & lobak asin..potong kecil]
sedikit cili api jeruk [jika suka]
belimbing kecut [belimbing yg telah dijerukkan dn di jemur sampai kecut]
jeruk limau

Bahan Mesin Halus
500 gm bawang kecil
10 ulas bawang putih
10 cm halia
100 gm cili kering
3 s/b rempah kari ikan [goreng tanpa minyak]

500 gm minyak
500 gm gula pasir
1 botol kecil cuka
1/2 cawan bijan [goreng tanpa minyak]

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi,garing dan naik minyak.
2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi.
3. Masukkan semua buah campur & cili api jeruk dan masakkan lagi sehingga naik minyak dan pekat.
4. Sejukkan baru dimasukkan dalam bekas kering.
5. Bila nak hidangkan baru taburkan bijan tadi.

13 comments:

mamajasmins said...

askm...saya ni silent reader jer kat blog kak liza ni...ari2 bukak..ni saya nak try buat acar buah ni..mmg f'rite saya..thanks ...btw..selamat berpuasa n selamat menyambut hari raya...moga kak liza sekeluarga beroleh keberkatan dariNYA..

Anonymous said...

salam kak liza ... cuka tu .. jenis apa ye .. maksudnye brand apa ... saya tak pernah masak guna cuka sebab mak tak boleh makan cuka .. sakit perut ... cuka tu botal saiz brp ml ye .. thx liza ... nak cuba ni hubby suka ...

Anonymous said...

kak liza, cuka brand apa ye nak guna .. 1 botol tu byk mana ye .. brp ml yg nak guna ...

mas aslin said...

kak 1 bekas berapa RM???

Anonymous said...

[URL=http://imgwebsearch.com/35348/link/mesothelioma/1_pharma4.html][IMG]http://imgwebsearch.com/35348/img0/mesothelioma/1_pharma4.png[/IMG][/URL]

[URL=http://imgwebsearch.com/35348/link/mesothelioma/2_pharma4.html][IMG]http://imgwebsearch.com/35348/img0/mesothelioma/2_pharma4.png[/IMG][/URL]

[URL=http://imgwebsearch.com/35348/link/mesothelioma/3_pharma4.html][IMG]http://imgwebsearch.com/35348/img0/mesothelioma/3_pharma4.png[/IMG][/URL]

[url=http://bit.ly/ac01je]Online Gambling[/url]

[url=http://bit.ly/coNz4o]Online Casino Gambling[/url]

[url=http://bit.ly/ac01je]Online Gambling[/url]

[url=http://bit.ly/9q4tTo]Online Sports Gambling[/url]

idawan said...

Cik Hanie...saya dah cuba buat acar buah ikut ur resepi. Alhamdulillah...sedap betul. Terimakasih kerna sudi kongsi resepi.

ina said...

tumpang tanya,jerok asam limau beli kat mana ye?

Anonymous said...

Just desire to say your article is as surprising. The clearness
to your publish is simply spectacular and i could think you are a professional in this subject.
Fine with your permission allow me to take hold of your feed to stay up to date with coming near near post.

Thanks one million and please carry on the rewarding work.


Here is my web page electrician katy

Anonymous said...

Undeniably believe that which you stated. Your favorite reason
appeared to be on the internet the simplest thing to be aware of.
I say to you, I certainly get annoyed while people think about worries that they plainly do not know about.
You managed to hit the nail upon the top and also defined out
the whole thing without having side effect , people can take a signal.

Will probably be back to get more. Thanks

my blog Arabic Books

Anonymous said...

buy tramadol online no prescription cheap buy tramadol overnight - tramadol dosage get high

Anonymous said...

nak sedap lagi sangai ketumbar ngan jintan hitam.blender skali ngan cili kering yg juga dsangai.leh thn lamg dan sedap

Anonymous said...

leh buat sendiri.rebus limau buang air.belah 2.isi garam halus celah belahan.tuang cuka.perap 3minggu ke 1 bulan.jadi lah ia

Deanrafyqy Michael said...

Assalamualaikum Sis. saya buat acar buah menggunakan resepi you. then i shared the resepi kat site yg famous se Malaysia - Buku Resepi. saya jugak ada menyebut nama sis, tua yg punya resepi. banyak respond sebab ramai yg suka acar buah tapi tak tau cam mana nak buat. tq very much Sis for sharing the recipe :)

http://prntscr.com/2jff1w

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers