Monday, September 08, 2008

Asam Pedas Ikan Pari



Syarat-syarat sah puasa ada enam perkara:

  • Islam - tidak sah puasa orang-orang kafir dan orang murtad.

  • Berakal atau mumaiyiz - tidak sah puasa orang yang hilang akal atau belum mumaiyiz.

  • Suci daripada haidh dan nifas sepanjang siang hari puasa.

  • Berniat tiap-tiap malam.

  • Menahan diri dari segala yang membatalkan puasa.

  • Pada hari yang sah puasa - tidak sah puasa pada hari yang diharamkan berpuasa.




baru-baru ni kkliza beli ikan pari untuk buat asam pedas..tapi baru arini sempat buat..
jangan terkejut sebab walaupun dah beberapa hari kkliza beli..
tapi kesegaran isi ikan tu masih terserlah...
ini adalah disebabkan masa kkliza beli tu ikan pari tu masih betui2 fresh...
al-maklumla kannn..kakliza kan tinggal kat tempat ikan segar bugar....




ASAM PEDAS IKAN PARI

bahan

500 gm ikan pari [bersihkan]
10 biji bendir
1 biji buah tomato [belah 4]
1/2 cawan jus asam jawa
5 tangkai daun kesum
4 s/b minyak masak
garam

bahan mesin
20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 s/k kunyit serbuk
3 cawan air

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak dan wangi.
2. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendideh.
3. Masukkan ikan & garam dan biarkan sehingga mendideh lagi.
4. Masukkan buah tomato, daun kesum dan bendir.
5. Perlahankan api dan biarkan sehingga naik minyak dan sayur lembut.
6. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih dan ikan masin.


1 comment:

brown said...

wow sedap ni kak liza time buka.. yum yum..

tak pakai lada hitam eh?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers