Tuesday, February 03, 2009

Nasi Kukus & Kari Kepala Ikan

nasi-kukus

NASI KUKUS AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan

2 cawan beras panjang AAA
2 cawan air

Cara
1. Basuh beras dan rendamkan beberapa jam
2. Masukkan beras dan air dalam loyang dan kukus sehingga naik wap dan ansi masak. [lebih kurang 30 minit][/img]

AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan

1 ekor ayam [potong 8 dan bersihkan]
3 s/b rempah kari ayam/daging
3 s/b cili mesin
1 s/b serbuk kunyit
3 s/b tepung goreng ayam
3 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] mesin halus
6 inci halia ]
3 batang serai ]
garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama beberapa jam
2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing.

Sambal Belacan

Bahan

5 tangkai cili merah
5 tangkai ciliapi
1 biji tomato buah
3 cm belacan
garam
2 biji limau nipis [ambil jusnya]

Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali jus asam limau dalam blender dan mesin kasar.
2. Tuangkan dalam mangkuk dan gaulkan dengan jus asam limau.
3. Rasakan masam dan masinnya.

kakliza buat kari kepala ikan..
masak pekat-pekat gitu..buh terung bulat dan kacang bendir..

kari-kepala-ikan

KARI KEPALA IKAN

Bahan-Bahan:

1 ekor kepala ikan merah/tenggiri/jenahak [dibersihkan]
2 bungkus serbuk kari ikan [bancuh ngan sikit air]
5 biji sayur bendir
2 biji terung bulat [belah 4]
3 biji cili hijau [buangkan tangkai]
2 biji tomato [belah 4]
1 cawan air asam jawa
1 cawan santan pekat
minyak
garam

Bahan tumis
5 ulas bwang merah ]
2 ulas bawang putih ] tumbuk /hiriskan
1 inci halia ]
1 s/b halba campur
2 tangkai daun kari

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan rempah kari yg dibancuh sehingga pecah minyak.
3. Masukkan asam jawa tadi [digaul dengan pati santan dan tapiskan]
4. Masukkan ikan. Tambahkan air sedikit supaya santan tak berapa pekat.
5. Kecilkan api dan biarkan mendideh dan naik minyak.
6. Apabila mendidih masukkan sayur bendir, terung bulat, tomato dan garam. Biarkan naik minyak lagi sikit dan tutup api.
7. Hidangkan dengan nasi putih/kukus..atau roti biasa/canai.

Cara Hidangan
Hidangkan semuanya dalam pinggan bersama kari ikan atau kepala ikan, sambal belacan, ulaman timun dan sayuran mentah.

2 comments:

Aishah @ UmmiAqil said...

mmg kecur air liur nengok nih...pagi tadi mai sini cari resepi ayam berempah...dah siap buat nampak resepi kat sini...next time leh try versi akak lak nih...

glenarmrd said...

salam kak liza,
saya cuba buat apam beras tu, tapi bila kukus dia tk naik pun. kenapa ye, anak2 xceited nk makan tapi tk jadi.. kenapa yer kak liza

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers