Sunday, February 08, 2009

Chilled Blueberry Cheesecake



CHILLED BLUEBERRY CHEESECAKE

Bahan Base

150 gm biskut chipsmore [mesinkan/hancurkan halus]
2 sudu besar butter [suhu bilik]

Bahan Kerim
250 gm cheese cream philidephia
300 ml yogurt [perisa blueberry ]
100 gm gula halus [gula kastor]

Larutan agar-agar cair [panaskan]
130 ml air
1 sudu besar agar-agar serbuk cap bintang
[jika gunakan brand NONA gunakan 2 sudu besar]

Hiasan [kacau sebati]
250 gm Filling blueberry
1 s/b air suam

Cara
1. Gaulkan biskut chipsmore dengan butter dan tekankan dalam loyang.
2. Pukul cheese cream dan gula sehingga kembang [sebati].
3. Masukkan yogurt dan kacau rata
4. Masukkan larutan agar-agar cair dan kacau sebati.
5. Masukkan dalam loyang. Sejukkan dalam petisejuk beberapa jam.
6. Keluarkan dan letakkan filling blueberry.
7. Hidangkan.

4 comments:

Aishah@Ariffin@Aqil said...

dah ama tak wat nih...nampak yummy...

Permata Bahagia said...

askum,

nk tanya masuk peti sejuk tu kt air batu tu ke?

MeGa_Lisa said...

butter tu kena cairkan dulu ke atau just gaul je terus dengan chipmore??

hafizsidah said...

akak..xpayah bakar dalm oven ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers