Wednesday, February 11, 2009

Chilled Coffee Cheesecake

Coffee Cheesecake



Bahan Base
150 gm biskut chipsmore [mesinkan/hancurkan halus]
2 s/b butter lembut [suhu bilik]

Bahan Kerim
250 gm cheese cream philidephia
300 ml yogurt asli
100 gm gula halus [gula kastor]
1 s/b coffee paste

Larutan agar-agar cair [panaskan sehingga mendidih]
130 ml air
1 s/b agar-agar serbuk

Hiasan
coklat rice

Cara
1. Alaskan loyang cheesecake 8 inci dengan kertas kek [kertas A4 pun ok]
2. Gaulkan biskut chipsmore dengan butter dan tekankan dalam loyang. Bakar dalam suhu 180 selama 10 minit.
3. Pukul cheese cream dan gula sehingga kembang [sebati].
4. Masukkan yogurt dan kacau rata
5. Masukkan larutan agar-agar cair dan kacau sebati.
6. Masukkan coklat rice dan kacau rata.
7. Masukkan dalam loyang. Taburkan coklat rice sebagai hiasan.
8. Sejukkan dalam petisejuk beberapa jam.
9. Keluarkan dan hidangkan.

4 comments:

Anonymous said...

Wa...menarik la resipi ni kak liza.Lepas ni saya nak trylah.Dah banyak cuba resepi cheesecake tapi cofee cheesecake belum lagi.Thanks for the info!

Anonymous said...

Salam K'Liza..nampak sungguh yummy dan sng plak tu. Saya kat luar negara so banyak kn buat sendiri, dan baru nak belajar. Kalau saya tak de agar2 serbuk macamana..saya hanya ada agar2 biasa. Nak beli tak tau status halalnye. TK

Unknown said...

dh try buat, tp bukan perisa coffee. yg bluberry punya. tapi macam tak menjadi la. cukup ke 1SB serbuk agar2 tu? sbb ea mcm tak ckup kental. :)

rochi said...

try ganti kan agar2 ngan serbuk gelatin halal brand halagel @ nur

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers