Saturday, February 28, 2009

Fresh Cream

kakliza dapat soalan dalam emel..
Apakah Fresh Cream? Adakah sama dengan whipping cream?

setelah mencari dan membuat penyelidikan kakliza dapati..



Di negara kita,fresh cream yang digunakan untuk menyalut kek dikenali sebagai Non-Dairy Whipping Cream (Krim Putar Bukan Tenusu) .Bahan ini ada dijual di kedai-kedai bahan kek dalam kotak 1 liter dan terdapat dalam bermacam jenama seperti Bakers Mix,Trans,Anchor dan lain-lain.Krim ini bewarna putih dan rasanya sudah manis, tidak perlu ditambah gula lagi. Untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut mengenai Dairy dan non dairy whipping cream, sila ke label aising atau label tip dan panduan. Ada jenis yang dibekukan dan ada yang tidak perlu dibekukan. Jika anda menggunakan jenis yang dibekukan, nyah-bekukan ia pada suhu bilik beberapa jam sebelum diputar. Krim segar hendaklah diputar dalam keadaan ia masih sejuk supaya ia mudah kembang. Tuangkan krim kedalam mangkuk adunan dan kuantitinya tidak melebihi 20 peratus dari saiz mangkuk. Ini untuk memudahkan proses mengembang.Jika dimasukkan terlalu banyak, ia akan melimpah keluar.Putar dengan kelajuan sederhana menggunakan alat whisk (bulat) sehingga kembang dan kental.Jangan terlalu lama dipukul kerana ia akan menjadi kasar,kering dan susah disapukan pada kek. Krim ini boleh dibuat filling dan juga menyalut kek. Kek yang bersalut krim segar perlu disimpan dalam peti sejuk kerana ia tidak tahan panas.Keluarkan hanya apabila hendak dipotong. Di dalam peti sejuk, ia tahan 4 - 5 hari. Contoh kek menggunakan topping fresh cream ialah Black Forest Cake, Blueberry Cake dan sebagainya.

1. Fresh Cream ini perlu disejukkan, bukan dibekukan. Ia pekat dan boleh terus dituang ke dalam mangkuk adunan.

2. Krim yang telah diputar boleh bertahan dalam peti sejuk selama 4 hari.

3. Goncangkan kotaknya sebelum dituang dan isikan hanya 20 % dari saiz mangkuk pengadun supaya mudah diputar dan tidak terlalu penuh.

4. Putar dengan kelajuan sederhana dengan alat whisk (bulat) selama 5 minit sehingga terbentuk puncak yang lembut(berekor).

5. Jangan diputar terlalu lama kerana krim akan keras dan kering. Ia akan susah disapukan pada kek dan tekstur krim menjadi kasar.

6. Jika terlebih putar, masukkan sedikit krim yang cair dan putar semula kelajuan perlahan sehingga ia menjadi lembut.

7. Semasa menyapu krim pada kek, simpan lebihnya dalam peti sejuk supaya tidak kering dan kasar.

8. Setelah siap menyalut dan menghias, terus simpan dalam peti sejuk. Keluarkan hanya apabila hendak menghidang.

9. Krim yang lebih boleh dimasukkan dalam bekas plastik dan simpan peti sejuk.Kacau semula adunan apabila hendak digunakan.

10.Krim ini juga boleh diwarnakan mengikut warna disukai.

11.Sebaiknya,kerja-kerja menghias dengan krim ini perlu dilakukan di tempat sejuk, supaya krim tidak mudah rosak.

sumber dari :
http://resipinoraini.blogspot.com/search/label/aising

3 comments:

putribongsu said...

Salam kak liza,

Sy nak tau apa beza Fresh Cream & Buttercream?

Amsyar Hamtaro said...

Terima kasih akak... Maklumat yg sangat berguna...
(#^ _ ^)v

syida said...

Salam, sy nak tanye..ni ke cara yang digunakan untuk buat topping yg tak keras. selalu saya buat chocolate cake topping mesti jadi keras selepas masuk peti sejuk. tak jadi soft mcm topping coklat di secret recipe, etc

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers