Saturday, February 28, 2009

Whipping Cream




sumber:
http://resipinoraini.blogspot.com/search/label/aising
Whipping Cream adalah merupakan hasil tenusu dan mengandungi 35 % lemak susu. Ia sesuai digunakan dalam masakan-masakan Barat, membuat kek seperti tiramisu atau hiasan mudah untuk aiskrim atau pencuci mulut ala Barat.
Ia hendaklah dipukul dengan kelajuan sederhana hingga ia menjadi kental dan bolehlah dimasukkan dalam masakan-masakan tersebut. Tetapi krim ini tidak sesuai untuk hiasan kek seperti Black Forest dan lain-lain kerana warnanya kekuningan dan kurang stabil. Ini bermakna ia tidak boleh mengekalkan bentuknya dalam masa yang lama.
Kesimpulannya, Dairy Whipping Cream yang juga dikenali sebagai Thick Cream atau Double Cream tidak sesuai untuk dibuat hiasan kek kerana faktor-faktor yang saya telah jelaskan diatas.Krim ini terdapat dalam pelbagai jenama dan boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar.

2 comments:

ayousha said...

Salam kak liza. patutla sy cuba buat krim ianya x menjadi...
Baru je jumpa entri kak liza ni..niway tq 4 the info

sidah said...

salam... kak liza bleh tak bagi contoh cream yg bleh buat hiasan utk kek???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers