Thursday, February 26, 2009

Gulai Siam Ikan


GULAI SIAM IKAN

Bahan-Bahan:

500 gm ikan tengiri/merah/tbala atau kembung
3 cawan santan [1 biji kelapa]
Sedikit terung pipit
sedikit buah belimbing buloh
5 helai daun limau purut
3 tangkai cili hijau (belah 2)
Garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan Mesin
10 tangkai cili kering
10 biji cili api
1 s/k lada hitam
5 batang serai dihiris
2 cm lengkuas
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm belacan
2 cm kunyit hidup

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi.
2. Masukkan santan dan biarkan mendideh.
4. Masukkan ikan, terung dan daun limau purut. Biarkan mendideh.
5. Masukkan buah belimbing buloh dan cili hijau. Perlahan api dan biarkan mendideh dan naik minyak.
6. Bila kuah telah pekat tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.

1 comment:

Rini Shariff said...

sdapnye msakan ni..boleh try utk juadah brbuka nnt..hehe.. nnt akak try la tgk recipe kami plak.. http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fyoutu.be%2FOBUuamUkp0s&h=uAQGtUBxF

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers