Wednesday, February 11, 2009

Mee Jawa

MeeJawa




Bahan-Bahan:

1 kg mee kuning (dicelur)
1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
300 gm tauge (buangkan kakinya)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah:
1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
3 ulas bawang putih ]
5 ulas bawang merah ]
3 batang serai ] mesin halus
Sedikit halia ]
sedikit lengkuas ]
100 gm udang kering ]
2 s/b cili kisar
3 s/b serbuk kari daging
air rebusan daging
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula

Caranya:
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili kisar hingga garing.
2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.

8 comments:

maklang said...

sedap2 semenya...

Aishah@Ariffin@Aqil said...

akak sedapnye nampak mee jawa nih...

MamaFaMi said...

Waduhhh... tak tahan mataku memandang!

hanieliza said...

>> maklang..
maklang buat lagi sodap...

>> Aishah..
nampak jer sedap..rasa belum tentu lagi kot...

>>MamaFaMi..
kakliza syurkan pakai spek mato hitam...hehehhehe...

Yanna said...

kak liza.. mee jawa ni ape beza dgn mee rebus utara?

Mya said...

puasa hr ni..bila nmpk mi jawa akak terliur..astaghfirullah

chah said...

kak lIza, dah try mmg sedap. senyum cik abang sampai telinga..tqvm kak liza..

Anonymous said...

Tempting....kak,lama dah lyn tak mengomen kat fb n blog kliza...hope boleh jumpa di sk tunku azizah kuantan lagi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers