Sunday, February 01, 2009

Kek Marble


Mulai today kakliza terpaksa tutup resepi di Fotopages ...
so jika mahukan resepi boleh saja request di dalam blog ini..
jangan malu-malu untuk hantarkan permintaan...




kek marble

BAHAN:
bahan A

250 gm butter
40 gm majerin
210 gm gula kastor/halus
5 biji telur ayam

bahan B
230 gm tepung gandum......]
1 sudu teh baking powder....] ayak bersama
30 gm serbuk koko ]

80 ml susu segar/fresh milk

Cara
1. Pukul mentega dan gula hingga betul-betul kembang.
2. Masukkan telur sebiji deni sebiji dan diikuti dengan esen vanilla.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar.
4. Teruskan memukul adunan dengan perlahan untuk seketika sehingga benar-benar sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang dimasukkan ke dalam bekas berasingan.
6. Satu bahagian ditambah dengan serbuk koko. Satu bahagian lagi biarkan warna asal.
7. Panaskan oven 180'C selama 10 minit.
8. Sediakan acuan loyang yang telah digriskan terlebih dahulu dengan sedikit mentega dan taburkan tepung nipis sikit atau lapikkan loyang dengan kertas minyak.
9. Sudukan adunan ke dalam loyang dari kedua-dua bahagian secara berselang-seli sehingga kelihatan berbelang.
10. Bakar adunan selama 50 - 60 minit dengan suhu 180 C.

5 comments:

ady said...

cantik kek marble kak liza ini, nampak belang2nya.

Aishah @ UmmiAqil said...

suke kek marble nih...

NurulAzamIka said...

kak liza..,
saya ada cuba resipi akak tapi lepas bakar ngan suhu 180c 50-60 minit, kek jadi err..bukan keseluruhan laa but luar nya agak tebal n x lembut...bahagian dalam mmg gebu and lembut just kulit nya n base nyer agak tebal/xlembut...camner yer...nk kene pukul lama ke adunan tu ...?

Cikgu Ani said...

Kak Liza,

Saya dah cuba resepi kek Kak Liza..
menjadi sebab saya ikut timbangan yang betul...sedap dan sudah banyak kali saya buat...suami dan anak2 saya semua suka...thanks kak liza..semoga akak terus sukses..

fatmawati said...

salam,
sy baru je cuba resepi akak. sblm ni sy guna resepi lain. agak keras dan kasar. tp resepi ni best. gebu dan lembut. terima kasih ya. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers