Tuesday, February 03, 2009

Sambal Kundang

Quote:
Buah Kundang atau Remia (Bouea gandaria/Bouea oppositifolia) merupakan sejenis buah-buahan yang mana buahnya seperti buah mempelam mini. Rasanya masam, sebagai pemecah selera. Biasanya dimakan bersama dengan kulitnya, isinya mempunyai serat yang tinggi sebagaimana buah mangga. Biji dalamnya berwarna kundang [puple]. Buah yg muda berkulit hijau tetapi bila masak buahnya akan berwarna jingga [oren].

Buah-Kundang02

Buah-Kundang
buah kundang muda



buah kundang yg masak

kakliza jumpa buah ni kat pasar malam..
nampak cantik..dan mmg kakliza biasa makan jaman anak dara dulu...
masa tu kakliza just tumbuk dgn cili dan taburkan gula sikit..
then makan gitu saja...
tapi le ni..aduhhhhh..jgan kata nak makan gitu..sebut pun dah semacam jer rasa...
kalau makan ngan nasi cicah sayuran rebus dan ikan bakar..mmg sodap laaaa...
ada pulak ikan pekasam goreng..waaalllllaaaaaaaaa..mmg takkan berpaling kat lain masa makan tu...
kalau tak caya..acu cuba try test tenguk...


Sambal-Kundang

SAMBAL KUNDANG

Bahan

cili merah
cili api
belacan
garam
buah kundang [belah 2 dan buang biji]

Cara
1. Tumbukkan semua bahan kecuali buah kundang sehingga hancur dan lumat.
2. Masukkan buah kundang sikit2 dan tumbuk lagi.
3. Gaulkan rata dn hidangkan dengan sayuran rebus..ikan bakar dan juga ikan pekasam goreng.



3 comments:

Noorma said...

Akak, mana dapat buah kundang tu? kecur air liur dibuatnya tengok buah kundang tu.

shima said...

pestime tgk buah kundang yg masih hijau...mana nk crik tuh?? mcm dah pupus jekkk...ikshh kak liza ni wat org kecur air liur jelaaa.. :-P

cintanorth2south said...

good info. baru saya tau biji kundang warna purple...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers