Saturday, February 28, 2009

Mee Goreng Mamak


Bahan
500 gm mee kuning
100 gm daging ) hiris nipis
100 gm fish cake )
1 cawan taugeh
1 mangkuk sawi [potong kecil]
3 sudu cili mesin.~~ nak pedas bubuhlah lebih
1 sudu rempah kari
3 sudu kicap pekat
2 sudu minyak masak
1 labu bawang besar [cincang halus]
1 cawan putih telur
3 biji cili hijau [hiris nipis]

Cara.
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.
2. Masukkan daging dan kacau rata.
3. Masukkan fish cake. Biar sebentar.
4. Masukkan kicap dan mee. Kacau rata.
5. Masukkan taugeh dan sawi.
6. Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
7. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
8. Masakkan mee agak kering.
9. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan

1 comment:

Unknown said...

my faveret...setakat mkn kat restoran melayu, seme x memenuhi kriteria kemamakan mee tu..hehe..hanya mamak yg buat dgn betull..saya x prnh buat sendiri..biasa buat mee goreng basah jer..thanx kak for sharing..nnt nk try resepi kak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers