Monday, February 09, 2009

Kueh Serimuka Pelangi


Bahan-bahan:
Lapisan Bawah

2 cawan pulut [rendamkan 3 jam]
2 cawan santan cair
1 s/k garam

Lapisan Pelangi
4 cawan santan pekat
1 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung kastad
1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam

pewarna
kuning..hijau..merah ..coklat paste

Cara
1. Masukkan semua bahan bawah dalam loyang dan kukuskan.
2. Bila telah masak, tekankan dalam loyang sehingga mampat.
3. Bancuhkan semua bahan lapisan pelangi kecuali pewarna dan tapiskan.
4. Bahgaikan adunan lapisan pelangi kepada 4 mangkuk
5. Masukkan setiap mangkuk dengan 1 warna.
6. Kukus semula pulut yg telah dimanpatkan.
7. Lapiskan dengan warna hijau dan kukus selama 10 minit dengan api perlahan.
8. Buat lapisana seterusnya sehingga habis.
9. Bila telah habis semua adunan sejukkan betui2 [dalam 4 jam] baru dipotongkan.
10. Hidangkan untuk minum petang.

2 comments:

zuwaidah said...

sedapnyaaaaa...cantik pulak tu...kalau saya nak buat nih..adoiii mesti tak jadi...belum pernah cuba lagi hehehheheheh

Norazizah said...

nampak sedap betoi serimuka pelangi kak liza.kak liza tambah ler lagi resepi baru dlm blog kak liza.saya peminat blog kak liza.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers