Monday, February 02, 2009

Kek Kukus Coklat

kek coklat kukus02

kek coklat kukus

KEK COKLAT KUKUS

Bahan A

220 gm tepung gandum
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
50 gm serbuk koko
180 gm gula perang

Bahan B
2 biji telur
1 s/k esen vanila

Bahan C
200 ml susu cair atau susu segar
200 ml minyak mazola atau minyak sayuran biasa
200 mi air panas

Cara
1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata.
2. Pukul Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A. Kacau rata.
3. Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata.
4. Panaskan kukusan dan lapikkan kertas minyak dalam loyang 8 x 8 inci.
5. Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam dgn api sederhana. Lapkan tudung kukusan sebelum tutup semula.
6. Bila telah masak buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek.
7. Hiaskan dengan cream coklat.


Cream Coklat

Bahan

300 gm coklat masakan [potong kecil]
50 gm fresh cream

Cara.
1. Panaskan coklat didalam periuk secara double boiling.
2. Bila nampak coklat hampir cair tutup api.
3. Masukkan fresh cream dan kacau sebati sehingga agak sejuk
4. Bila dah hampir sejuk tuangkan atas kek dan hiaskan mengikut kesukaan sendiri.

7 comments:

lela said...

Kak Liza, boleh tak kalau minyak Mazolla tu kita tukar dengan minyak masak atau minyak kacang soya?

SURINA A TAHIR said...

Kalau takde susu segar /susu cair boleh tak saya gantikan dengan susu tepung yg telah di bancuh.

hanieliza said...

Lela..
kalau takder minyak Mazolla..boleh saja gunakan minyak masak biasa..
asalkan jangan minyak bekas gorengan ikan jer...

SURINA..
boleh saja gunakan susu tepung yg dibancuhkan..
cuma elok tapiskan susu tu sebelum digaulkan dalam adunan..

mustaqimma said...

salam kak liza,
saya selalu juga buat kek kukus coklat guna method boilkan susu cair,koko dengan gula lepas tu baru campur dengan adunan minyak dan tepung tapi hasilnya sangat dukacita...kek tu jadi mendap ke bawah dan jadi padat tanpa rongga2..macal dodol pun ada. any idea kak liza?

Anonymous said...

kalau guna gula pasir je bleh x??

Anonymous said...

mutaqqima..kalau buat kek jgn hentakkan senduk pada bekas,.,nanti kek akan jadi bentat..sebb 2 la bila bakar, kek xnaek..mendap kat bawah..
sama jgk kalau dah masukkan adunan dalam loyang,kalau hentakkan ia akan mendap pas siap bakar..
just for sharing my experience

Adilah Manaf Celik Vitamin said...

Mak cik Sedara saya dulu selalu buat kek ni.

Maksimumkan Peluang Anda Untuk Hamil.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers