Thursday, February 26, 2009

Stew Tulang


baru-baru ni ada sesaorang meminta kakliza sediakan resepi yg boleh dibuat dalam slow-cooker..
so kakliza pun buat....
.




STEW TULANG

Bahan

700 gm tulang rusuk [basuhkan dan toskan
400 gm kentang [potong dadu]
1 batang carrot [potong dadu]
2 batang celery [potong pendek]
5 biji buah tomato [potong dadu]
10 biji cendawan butang [belah 4]
1 bungkus/bunjut rempah sup tulang
1 labu bawang besar
3 cm halia mayang
3 ulas bawang putih
1 s/b lada hitam
garam
air secukupnya

daun sup [racik]

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam slow-cooker dan setkan low. Air sama paras dengan bahan.
2. Masakkan selama 4 -5 jam.
3. Bila tulang/daging dah lembut lecekkan separuh kentang supaya kuah pekat..
4. Taburkan daun sup.
5. Hidangkan dengan roti biasa atau roti arab.

2 comments:

Norazizah said...

salam k.liza sloow cooker 2 per ye.

fadzlee nazaruddin said...

Masak secara pelahan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers