Thursday, February 26, 2009

Serimuka























memandangkan daun pandan yg banyak dibelakang umah kakliza..
dah macam hutan jer tu..

kakliza terpaksa memasak kueh yg berwarna hijau...
hehehhehhe






KUEH SERIMUKA

Lapisan Bawah:

2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Cara
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat
1/2 cawan jus pandan + warna hijau
1/2 cawan gula
3 s/b tepung gandum
3 s/b tepung kastad
1 biji telur
1 s/t garam

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.


NOTA: untuk memasak pulut untuk serimuka ni..masukkan pulut dalam loyang bersama santan dan garam..pastu letakkan loyang tersebut dalam periuk kukusan dan tutup. kukuskan sehingga 30 minit. Keluarkan dan kacau rata..pastu tekan pulut dalma loyang yg mahu digunakan untuk kueh serimuka supaya mampat dan kemas..then baru masuk kan lapisan atas..

2 comments:

Ummu Aqil said...

sedapnye nampak kueh ni...dpt lak guna daun pandan segar...
kek carrot tu pon menarik gak...

az said...

Saya try ikut resepi ni tapi hampa sgt coz bila dah siap, dua-dua lapisan lembik. apa sebabnya ye?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers