Friday, February 13, 2009

Nasi MInyak Warna Warni


Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi [basuh dan toskan]
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
3 biji tomato buah [cincangkan]
1 batang serai [ketukkan]
2 helai daun pandan [simpulkan]
1 kiub ayam
1 s/k garam
pewarna hijau merah dan kuning
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar majerin

Bahan tumis:
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1 inci halia ]
3 ulas bawang merah ] tumbuk
1 ulas bawang putih ]

Bahan hiasan:
bawang goreng
daun bawang [mayang]

Cara membuat:
1. Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk.
2. Masukkan bahan tumis, serai dan daun pandan. Goreng hingga naik wangi.
3. Masukkan air dan garam. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan susu cair, kiub ayam, buah tomato, beras, kismis dan beras. Kacau rata.
5. Masakkan saperti nasi biasa.
6. Bila nasi hampir kering, letakkan 1 warna pada 1 tempat yg berlainan.
7. Biarkan nasi hingga masak dan kering. Kemudian gembur-gemburkan supaya warna tadi rata keseluruhan nasi.
8. Sebelum dihidangkan, hiaskan dgn taburan bawang goreng dan daun bawang.

3 comments:

Aishah@Ariffin@Aqil said...

nih yg buat org kenyang leh jadik lapo....lagi2 sejuk2 nih...cepat noi laponye..

ZaiY said...

kalau dapat sepinggan ni takyah susah2 nak masak utk tghari..hiihiii..
nasi ni sama ngan nasik minyak hujan panas kan kak?

hanieliza said...

>> Aishah...
mmg la kalau sejuk cepat jer lapo...

>> ZaiY
mmg betui..ada juga dipanggil nasi hujan panas..
tapi kakliza x der jawapannya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers