Monday, February 09, 2009

Chocolate Cupcakes

kakliza teruja ngan resepi kek coklat yg sempoi2..senang kojo makcik kannnn..
so kakliza terjumpa dalam FP MamaFaMi..


MuffinCoklat

CHOCOLATE CUPCAKES

Bahan-bahan :
2 cawan gula kastor
1 3/4 cawan tepung gandum ]
3/4 cawan serbuk koko ] ayak 2 kali
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik ]
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat ]
1 sudu kecil garam
2 butir telur
1 cawan susu segar
1/2 cawan minyak masak
2 sudu kecil esen vanilla
1 cawan air panas

Kaedah penyediaan :
1. Panaskan ketuhar pada 350 F.
2. Masukkan gula ke dalam mangkuk pembancuh.
3. Masukkan bahan yg diayak dan garam ke dalam mangkuk yang sama.
4. Di dalam mangkuk lain, masukkan telur, susu, minyak dan vanilla. Pukul sekadar semua bahan sebati, menggunakan whisk.
5. Tuangkan bahan cecair ke dalam adunan tepung dan pukul dengan menggunakan mixer dengan kelajuan sederhana sehingga berkerim.
6. Tuangkan air panas ke dalam bancuhan dan kacau menggunakan whisk hingga sebati.
7. Tuangkan ke dalam acuan cupcakes kertas dan bakar selama 20- 25 minit atau sehingga masak.
8. Biarkan sejuk dan hiaslah mengikut kreatibiti sendiri.

2 comments:

Anonymous said...

kak liza 350 F tuh berapa darjah celcius???

Zubainishah Razali said...

kak liza, minyak masak tu minyak masak yang mana satu?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers